Bab 7 : Tafsir al-Athari al-Nazari (II)Tafsir Ibn Kathir

Mac 16, 2009

 Tafsir al-Quran al-Azim Satu Pengenalan

Biografi Penulis:

Beliau ialah Imad al-Din Abu al-Fida’ Ismail bin Umar Ibn Kathir bin Dau’ bin Zara’ al-Qurashi al-Syafie. Dilahirkan pada 705H di Kg.Majdela, Busra. Beliau dibesarkan sebagai seorang yatim kerana bapanya meninggal dunia sewaktu beliau berusia tujuh tahun Bapanya Abu Hafs Umar merupakan orang Alim di kota Busra, imam dan khatib di kampungnya. Selepas kewafatan bapanya, ibunya membawa beliau dan abangnya menetap di kota Damsyik. Di Damsyik, beliau telah menghafaz al-Quran sejak kecil dan belajar ilmu fiqh, hadith, tafsi, sejarah dan bahasa Arab sehingga dia menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau berguru dengan lebih dari dua puluh ulama besar Syam antaranya

(a) Al-Hafiz Abu al-Hajjaj al-Mizzi: Yusuf bin Abdul Rahman bin Yusuf bin Abdul Malik(m742H) yang merupakan alim dalam ilmu sejarah, hadith, dan biografi . Beliau adalah pengarang kitab Tahdhib al-kamal fi Asma’ al-Rijal’. Gurunya kagum dengan beliau sehingga mengahwinkan Ibnu Kathir dengan anak perempuannya Zainab.

 (b) Ibnu Taymiyyah(m728H) Al-Mizzi sangat menyayangi Ibnu Taymiyyah sehingga beliau disemadikan bersebelahan kubur Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Kathir mewasiatkan supaya beliau dikebumikan bersebelahan kedua gurunya ini. Setelah mengutip ilmu yang banyak, Ibnu Kathir menjadi orang alim yang terkenal. Beliau mengajar tafsir di Masjid Umawi di Damsyik dan menjadi guru di Madrasah Umm al-Salih dan Dar al-Hadith dan tempat-tempat pengajian yang lain sehingga beliau meninggal dunia. Pada akhir usianya beliau diuji dengan kehilangan pandangan(buta). Ibnu al-Jazari salah seorang penuntut Ibnu Khathir memberitahu Ibnu Khathir berpesan kepadanya: Aku masih lagi menulis kitab Jami’ al-Masanid pada waktu malam…sehingga menjadi buta. Hasil Karya(m.s.92) Ibnu Kathir banyak menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang ilmu, terutama sejarah dan ilmu tafsir, antaranya karyanya yang terkenal ialah:

1) Al-Bidayah wa al-Nihayah fi al-Tarikh.

2) Tafsir al-Quran al-Azim

3) Al-Kawakib al-Darari fi al-Tarikh.

4) Intikab min al-Bidayah wa al-Nihayah.

5) Al-Ijtihad fi Talab al-Jihad.

 6) Jami’ al-Masanid

7) Sunan Hadi li Aqwam al-Sunan.

8) Al-Wadih al-Nafis fi Manaqib al-Imam Muhammad bin Idris.

Tafsir Ibnu Kathir Suatu pengenalan

Ibnu Kathir memberi fokus kepada al-Quran sejak kecil apabila menghafaz al-Quran semasa berusia 11 tahun dan belajar tafsir dengan ulama besar seperti Ibnu Taymiyyah. Beliau juga memiliki ilmu-ilmu yang melayakkannya untuk mentafsir al-Quran.

Sumber tafsir Ibnu Khatir

a) Kitab-kitab Tafsir

1. Tafsir Ibnu Jarir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Tafsir Abu Bakar bin al-Munzir, TafsirAbd bin Humayd, Tafsir Abu Bakar bin Mardawayh – Sumber kata-kata yang ma’thur dalam tafsir

2. Tafsir al-Kashshaf –Sumber balaghah dan bahasa

3. Al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir al-Quran oleh Abu Ishaq Ahmad bin Ibrahim al-Tha’labi sumber kata-kata ma’thur dan kisah-kisah

 4. Tafsir al-Razi , Tafsir Ibnu Atiyyah(Muharrar al-Wajiz), Tafsir al-Qurtubi

b) Kitab-kitab hadith

 1. Musnad Imam Ahmad 2. Sohih al-Bukhari, Sohih Muslim 3. Sunan Abu Daud, al-Thirmidhi, al-Nasai, Ibnu Majah, 4. Sunan al-Baihaqi 5. Muwatta Imam Malik dan Mustadrak al-Hakim

 c) Buku sirah dan sejarah

 1. Sirah Nabawiyah –Ibnu Ishaq 2. Maghazi oleh al-Waqidi 3. Dalail al-Nubuwwah; al-Baihaqi dan Abu Nuaim 4. Tarikh al-Tabari

d)Karya-karya lain

 1.Fadail al-Quran oleh al-Faryabi, Abu Ubaid al-Qasim bin al-Salam, Ibn al-Darris, al-Nasai 2. Musnad Abu Ya’la al-Musili, al-Sunan al-Kubra al-Baihaqi, Musannaf Abdul Razak dan Musannaf Ibnu Abi Shaibah.

e) Persoalan bahasa dan balaghah

 1.Tafsir al-Tabari, al-Zamakhshari, al-Razi dll 2.Tafsir Maani al-Quran oleh al-Farra’ 3.Maani al-Quran oleh al-Zajjaj, al-Akhfash 4. Majaz al-Quran oleh Abu Ubaydah Ma’mar bin al-Muthanna 5.Ta’wil Mushkil al-Quran oleh Ibnu Qutaybah

Metodologi Ibn Kathir dalam Tafsir

Pertama: Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran. Contoh: Apabila Ibnu Kathir mentafsirkan Istiazah dan menjelaskan hukumnya semasa mentafsirkan surah al-Fatihah, beliau menyebut ayat-ayat yang memerintahkan orang mukmin supaya memohon perlindungan dari Allah SWT.

Ayat pertama:(Surah al-Aaraf) 199.

Jadilah Engkau Pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. 200. Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan Maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

 Ayat kedua:(Surah al-Mu’minun)

96. Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan[1020]. 97. Dan Katakanlah: “Ya Tuhanku Aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. 98. Dan Aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.”

[1020] Maksudnya: perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan kaum musyrikin yang tidak baik itu hendaklah dihadapi oleh nabi dengan yang baik, umpama dengan memaafkannya, Asal tidak membawa kepada Kelemahan dan kemunduran dakwah.

Ayat ketiga:(Surah Fussilat)

34. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah Telah menjadi teman yang sangat setia. 35. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. 36. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, Maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dalam tiga ayat ini, Allah swt memerintahkan supaya berinteraksi dengan musuh dari kalangan manusia dengan ihsan untuk mengembalikan mereka kepada kebaikan dan memerintahkan supaya memohon perlindungan dengan Allah swt dari syaitan kerana pendekatan ihsan tidak mengubah syaitan kerana kerja syaitan ialah menghancurkan anak Adam dan permusuhan ketat antara syaitan dan manusia adalah sejak nabi Adam a.s.

Firman Allah: 

 Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia Telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga [Surah al-A’raf :27]

Firman Allah: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu Hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala

[Surah Fatir:6]

Firman Allah:

 patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. [ Surah al-Kahf:50]

Syaitan telah bersumpah dengan bapa (Adam a.s)dia menjadi penasihat, sedangkan syaitan berdusta, maka bagaimana interaksi syaitan dengan kita.

Firman Allah:  Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau Aku akan menyesatkan mereka semuanya, 83. Kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka[1304].

[1304] yang dimaksud dengan mukhlis ialah orang-orang yang Telah diberi taufiq untuk mentaati segala petunjuk dan perintah Allah s.w.t. [Sad 82-83]

 Firman Allah:

98. Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.

99. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. 100. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah. [al-Nahl 98-100]

 Imam Ibnu Khathir telah menyebut lapan ayat yang menghuraikan istiazah, beliau menghimpunkannya dan menghuraikannya.

KEDUA: Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan al-Sunnah

Ibnu Kathir ketika mentafsirkan al-Quran sangat banyak dengan hadith beserta jalur sanad dan menyebut perawi hadith daripada kutub al-Sittah(al-Bukhari, Muslim, Al-Thirmidhi, Abu Daud, al-Nasaie, Ibnu Majah) Setiap kali mentafsirkan satu-satu ayat Ibnu Kathir akan menyebut satu atau dua atau tiga hadith dan kadang-kadang lebih dari itu.

Contohya semasa Ibnu Kathir mentafsirkan ayat 284 surah al-Baqarah.

Firman Allah:

 284. Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Semasa mentafsirkan ayat ini, Ibnu Kathir menyebut hadith-hadith tentang turunnya ayat ini yang menunjukkan ayat ini sangat berat bagi sahabat kerana Allah memberitahu tentang Allah akan menghitung lintasan hati tetapi mereka berserah kepada Allah , lalu Allah mengampunkan kesalahan lintasan hati dengan ayat selepasnya.

 ، عن أبي هريرة، قال: لما نزلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم: {لله ما في السماوات وما في الأرض وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء والله على كل شيء قدير} [ 2/البقرة/ آية 284] قال فاشتد ذلك على أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم فأتوا رسول الله صلى الله عليه وسلم. ثم بركوا على الركب. فقالوا: أي رسول الله! كلفنا من الأعمال ما نطيق. الصلاة والصيام والجهاد والصدقة. وقد أنزلت عليك هذه الآية. ولا نطيقها. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم “أتريدون أن تقولوا كما قال أهل الكتابين من قبلكم: سمعنا وعصينا؟ بل قولوا: سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير. فلما اقترأها القوم ذلت بها ألسنتهم. فأنزل الله في إثرها: {آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير} [2 /البقرة/ آية 285] فلما فعلوا ذلك نسخها الله تعالى. وأنزل الله عز وجل: لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا (قال: نعم) ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا (قال: نعم) ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به (قال: نعم) واعف عنا واغفر لنا وارحمنا أنت مولانا فانصرنا على القوم الكافرين (قال: نعم) [ 2/ البقرة/ آية 286].

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Ahmad: Apabila Allah menurunkan ayat: {لله ما في السماوات وما في الأرض وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله فيغفر لمن يشاء ويعذب من يشاء والله على كل شيء قدير} Perkara menjadi bebanan kepada sahabat lalu mereka datang menemui rasul saw dan mereka melutut dihadapan rasul s.a.w. Mereka berkata: Kami dipertanggungjawabkan dengan amalan-amalan yang kami tidak mampu, solat, puasa, jihad, sedekah kemudian turun pula ayat ini, kami tidak mampu! Rasulullah saw bersabda: “ Apakah kamu ingin berkata seperti ahli kitab sebelum kamu: Kami dengar dan kami lawan? Katakanlah: Kami dengar dan kami taat, pengampunan darimu wahai tuhan kami dan kepada engkau kami kembali. Apabila sahabat akur dengan perintah ini dan lidah mereka kelu. Allah menurunkan ayat: 285. Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.” (mereka berdoa): “Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali.” Apabila mereka melakukannya Allah telah menasakhkan dengan menurunkan ayat: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Nabi bersabda : Ya Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Nabi bersabda : Ya Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Nabi bersabda : Ya beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” Nabi bersabda :Ya Dan diriwayatkan oleh Imam Muslim, al-Thirmidhi dari Ibn Abbas r.anhuma berkata apabila turunnya ayat ini: وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله Terlintas dihati mereka perkara yang belum terlintas sebelum turunnya ayat ini, lalu Rasululllah s.a.w bersabda:Katakanlah “Kami dengar dan kami taat.”, maka Allah mencampakkan iman ke dalam hati mereka lalu Allah menurunkan ayat {آمن الرسول بما أنزل إليه من ربه والمؤمنون كل آمن بالله وملائكته وكتبه ورسله لا نفرق بين أحد من رسله وقالوا سمعنا وأطعنا غفرانك ربنا وإليك المصير .لا يكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت} Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Marwan al-Asfar dari seorang lelaki dari sahabat nabi s.a.w, (kalau tidak silap) Ibnu Umar berhubung ayat وإن تبدوا ما في أنفسكم أو تخفوه يحاسبكم به الله Dinasakhkan oleh ayat yang selepasnya.

Imam al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Thirmidhi, al-Nasai, Ibn Majah, Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.anhu bersabda Rasul s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak menghukum umatku dalam perkara yang terlintas dihati selagi mana tidak dilakukan atau diperkatakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah r.anhu berkata, Rasulullah saw bersabda: Allah berfirman: Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu keburukan maka ia tidak akan ditulis, dan sekiranya dilakukan maka dicatat satu keburukan, Sekiranya hambaku berniat untuk melakukan sesuatu kebaikan maka akan ditulis satu kebaikan, sekiranya dilakukan maka dicatat sepuluh kebaikan.

 Ibnu Kathir menyebut lima buah hadith menghuraikan ayat ini, beliau juga menyebut riwayat yang lain dan jumlah riwayat yang disebut oleh Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini berjumlah 20 hadith semuanya dengan jalur sanad.

Selain mentafsir al-Quran dengan hadith, Ibnu Kathir juga mentafsir al-Quran dengan sirah nabawiyah, kehidupan sahabat, asbab al-Nuzul, dan menyebut riwayat sahabat tentang suasana ketika turunnya satu-satu ayat. Ini dapat dilihat dengan jelas semasa beliau mentafsirkan surah al-Anfal yang membincangkan tentang peperangan Badar dan surah Ali Imran yang menceritakan tentang peperangan Uhud, Surah al-Ahzab yang menerangkan peperangan Khandaq, Surah al-Tawbah yang menyentuh tentang peperangan Tabuk, Surah al-Nur tentang peristiwa al-Ifk iaitu Sayyidah Aishah yang difitnah dan seterusnya..

. Hakikatnya tafsir Ibnu Kathir kaya dengan sunnah qauliyah(kata-kata) melalui hadith-hadith marfu’ dan sunnah fi’liyyah(perbuatan) melalui sirah nabawiyah.

KETIGA: Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan kata-kata sahabat dan tabiin.

Selepas mentafsirkan al-Quran dengan ayat dan hadith, Ibn kathir mentafsirkan ayat dengan menyebut kata-kata sahabat, tabiin dan atba’ al-tabiin yang diambil dari tafsir-tafsir yang ma’thur seperti tafsir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Ibnu al-Munzir dan lain-lain yang disebut sebelum ini. Tafsir Ibnu Kathir dianggap sebagai pustaka kepada kata-kata sahabat; Khulafa’ al-Rasyidin, Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Kaab, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Amru, Abu Hurayrah, Abu al-Darda’, Muaz bin Jabal dll R.anhum. Pustaka kepada kata-kata Tabiin seperti Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah, Ikrimah, Tawus al-Yamani, Abu al-Aliyah, Zaid bin Aslam, Said bin Musayyab, Muhammad bin Kaab al-Karzi, Said bin Jubayr, Hassan al-Basri, Masruq bin al-Ajda’, Abu Wail, Muqatil bin Sulayman, al-Rabi bin Anas dll.

 Sebagai contoh ialah tafsir ayat 10 surah al-Baqarah berhubung orang munafiq:

10. Dalam hati mereka ada penyakit[23], lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

[23] yakni keyakinan mereka terdahap kebenaran nabi Muhammad s.a.w. lemah. Kelemahan keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri-hati dan dendam terhadap nabi s.a.w., agama dan orang-orang Islam.

Ibnu Kathir semasa mentafsirkan ayat ini menyebut beberapa tafsiran yang diberikan oleh sahabat dan tabiin Al-Suddi meriwayatkan dari Abu Malik dan Abu Soleh dari Ibnu Abbas dan Murrah al-Hamdani dari Ibnu Masud dan beberapa sahabat nabi yang lain: Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya maksudnya Dalam hati mereka ada perasaan syak lalu Allah menambah syak mereka.

Ibnu Ishak meriwayatkan dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah – atau Said bin Jubayr: Dalam hati mereka ada penyakit maksudnya dalam hati mereka ada syak.

Pandangan yang sama turut disebut oleh Mujahid, Ikrimah, Hasan al-Basri, Abu al-Aliyah, al-Rabi’ bin Anas dan Qatadah. Dan dari Ikrimah dan Towus Dalam hati mereka ada penyakit maksudnya riyak.

Al-Dahhak berkata dari Ibnu Abbas: Dalam hati mereka ada penyakit maksudnya dalam hati mereka ada penyakit nifaq lalu Allah tambah nifaq mereka, pandangan ini sama dengan pandangan pertama.

Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam menyebut: Dalam hati mereka ada penyakit, penyakit ini penyakit agama bukannya penyakit pada badan dan mereka ialah orang munafiq.lalu Allah menambah keburukan mereka kerana Allah berfirman: 124. Dan apabila diturunkan suatu surat, Maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turannya) surat ini?” adapun orang-orang yang beriman, Maka surat Ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira.

125. Dan adapun orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit[666], Maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya (yang Telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir. [666] maksudnya penyakin bathiniyah seperti kekafiran, kemunafikan, keragua-raguan dan sebagainya.

Pandangan yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Zaid Rahimahullah adalah baik, balasan adalah dari jenis amalan yang dilakukan . Begitu juga dengan pandangan-pandangan yang lain.Ini sama dengan firman Allah:

17. Dan oraang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketaqwaannya.[ Lihat tafsir Ibnu Kathir 1/46-47]

Daripada tafsiran yang diberikan oleh Ibnu Kathir dapat disimpulkan:

 1. Beliau menyebut kata dua orang sahabat

 2. Beliau menyebut kata 14 orang tabiin

3. Beliau menyebut empat tafsiran bagi perkataan penyakit di hati orang munafiq dan menisbahkan pandangan tersebut kepada tabiin; syak, nifaq, riya’ dan perbuatan jahat.

 4. Ibnu Kathir cenderung kepada pandangan Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan beliau adalah dari kalangan atba’-tabiin, oleh itu beliau menyebut katanya secara lengkap beserta dalil dan mengulasnya sebagai pandangan yang baik(hasan)

5. Beliau mengumpulkan antara kata Abdul Rahman yang menjadi pilihannya dengan pandangan tabiin yang lain untuk menunjukkan pada hakikatnya tidak ada perselisihan antara pandangan-pandangan ini.

6. Beliau menyokong pandangannya dengan surah Muhammad yang menunjukkan balasan adalah berdasarkan jenis amalan, sama ada amalan itu buruk atau baik.

KEEMPAT: Ibnu Kathir Mentafsir al-Quran dengan Bahasa Semasa mentafsirkan al-Quran,

Ibnu Kathir merujuk kepada bahasa Arab dari segi nahu, sorof , menyebut bayt-bayt syair, dan pandangan ahli-ahli bahasa seperti al-Farra’, Abu Ubaydah, al-Akhfash, al-Kasai, al-Mubarrad, Tha’lab dll. Beliau juga merujuk kepada tafsir lorongan bahasa seperti Tafsir al-Farra’, Tafsir al-Zamakhshari dan menyebut pandangan penyusun kamus seperti al-Jawhari.

KELIMA: Ibnu Kathir mengistibat hukum dan pengajaran dari ayat Setelah melalui langkah-langkah tafsir yang disebut sebelum ini, Ibnu Kathir mentafsirkan al-Quran dengan akal dan pandangan I

bnu kathir sangat jelas dalam tafsir ayat-ayat hukum. Contohnya ketika beliau mentafsirkan ayat 49 surah al-Ahzab:

49. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut’ah[1225] dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.

[1225] yang dimaksud dengan mut’ah di sini pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri.

 Ibn Kathir berkata: Ayat ini mengandungi hukum yang banyak:

1- Perkataan “Nikah” merujuk kepada akad dan tidak ada ayat dalam al-Quran yang lebih jelas dari ayat ini. Para fuqaha berselisih tentang hakikat nikah, apakah ia berlaku dengan akad atau dengan wati’(persetubuhan) atau kedua-duanya. Al-Quran menggunakan perkataan al-Nikah untuk merujuk kepada akad diikuti dengan wati’ kecuali ayat ini yang penggunaannya khusus kepada akad nikah berasaskan firman Allah:

2. Dalil keharusan mentalak wanita sebelum disetebuhi

 3. Firmannya “ al-Mu’minat” hukumnya menyeluruh meliputi ahli kitan kerana tidak ada perbezaan hukuman antara mukminah dan ahli kitab secara sepakat..

4. Ibnu Abbas, Said bin Musayyab, Hasan al-Basri, Ali bin al-Husayn dan sekumpulan salaf menjadikan ayat ini sebagai dalil talak tidak akan berlaku melainkan setelah didahului oleh pernikahan. Ia juga menunjukkan talak tidak sah dan tidak berlaku sebelumnya dan ini adalah pandangan mazhab Syafie, Hanbali dan sekumpulan besar dari salaf dan khalaf.

5.Firman Allah:

Ini perkara disepakati ulama bahawa wanita yang ditalak sebelum disetebuhi tidak ada iddahnya dan wanita tersebut boleh pergi dan berkahwin dengan sesiapa yang dikehendakinya pada waktu itu juga, kecuali wanita yang kematian suaminya maka iddahnya 4 bulan 10 hari walaupun suaminya belum bersetubuh dengannya. Hukum ini juga secara ijmak.

6. Firman Allah: Maka berilah mereka mut’ah dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya. Mut’ah dalam ayat ini lebih umum dari memberikan separuh dari mahar musamma(yang ditentukan ), atau mut’ah khas-pemberian khusus sekiranya mahar tidak ditentukan. Allah berfirman bagi golongan yang mengambilnya sebagai mahar musamma maka wanita yang dicerai mendapat separuh dari mahar : 

 237. Jika kamu menceraikan Isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal Sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, Maka bayarlah seperdua dari mahar yang Telah kamu tentukan itu[ Surah al-Baqarah] Sekiranya mahar tidak ditentukan lagi, maka suami memberi mut’ah.

Firman Allah:

 236. Tidak ada kewajiban membayar (mahar) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan maharnya. dan hendaklah kamu berikan suatu mut’ah (pemberian) kepada mereka. orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), yaitu pemberian menurut yang patut. yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan.

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Sahl bin sa’d al-Saidi dan Abi Usaid r.anhuma berkata:

تزوج النبي صلى الله عليه وسلم أميمة بنت شراحيل، فلما أدخلت عليه بسط يده إليها، فكأنها كرهت ذلك، فأمر أبا أسيد أن يجهزها ويكسوها ثوبين رازقيين.

 Nabi saw berkahwin dengan Umaymah binti Sharahil , apabila Umaymah di bawa masuk bertemu Rasul saw, nabi menghulurkan tangannya kepada Umaymah, tetapi Umaymah seolah-olah tidak suka , lalu baginda saw memerintah supaya Abu Usaid menyediakan keperluan pengantin, maka Abu Usaid memakaikannya dua helai baju yang dibuat dari jerami.

Ali bin Talhah berkata: Sekiranya suami telah menetapkan maharnya maka bekas isteri berhak mendapat separuh, dan sekiranya tidak ditetapkan maka suami memberi mut’ah(pemberian) mengikut kemampuan ekonominya yang demikian itu ialah melepaskannya dengan cara yang terbaik.

Kesimpulannya dari ayat ini, Imam Ibnu Kathir telah mengistinbat enam hukum fiqh. Pada setiap hukum yang disebutnya beliau menyebut dalil dari frasa yang terdapat dari ayat tersebut, beliau memberi penjelasan dan menyokong dengan ayat-ayat yang lain dan hadith rasul saw.

Keistimewaan Tafsir al-Quran al-Azim

Tafsir al-Quran al-Azim adalah karya yang ulung yang dihasilkan dalam tafsir al-Atahri al-Nazari, juga yang paling masyhur dan merupakan yang kedua selepas tafsir Ibn Jarir al-Tabari. Ia banyak tersebar di kalangan masyarakat dan kerap diulang cetak. Pernah diterbitkan secara berasingan dan ada juga yang dicetak bersama dengan karya lain. Pernah dicetak bersama tafsir al-Baghawi dan dicetak dalam empat jilid besar. Karya ini turut direngkaskan oleh para ulamak termasuk Ahmad Syakir, namun beliau tetap menjaga keasliannya sebagai karya tafsir bi al-Ma’thur. Dikekalkan gaya bahasa dan ungkapan Ibn Kathir dalam menjelaskan maksud ayat dan tujuannya, dibuang sanad-sanad dan unsur-unsur Israiliyyat, hadith-hadith daif dan juga hadith-hadith sahih yang berulang. Membincangkan persoalan cabang dalam fiqh bagi membolehkan ia menjadi rujukan yang sederhana bagi generasi Islam. Karya beliau dinamakan ( عمدة التفسير عن ابن كثير) dan telah diterbitkan dalam lima jilid. Turut membuat ringkasan ialah Muhammad Nasib al-Rifa’i, Syaikh Muhammad ‘Ali al-Sabuni dan lain-lain. Selain daripada bentuk metodologi yang kemas, keistimewaan Ibn Kathir dalam tafsirnya ialah sering mengingatkan pembaca dan pengkaji ilmu Tafsir tentang riwayat-riwayat Israiliyyat yang tertolak. Pandangn Ibn Hajar: “ Beliau (Ibn Kathir) adalah ahli Hadith yang faqih. Karya-karya penulisannya tersebar luas di pelbagai negeri semasa hidupnya dan dimanfaatkan oleh orang ramai setelah beliau meninggal dunia.

Bab 7 : Tafsir al-Athari al-Nazari (I)

Mac 16, 2009

Dalam bab yang lalu, penulis telah membincangkan tentang Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur dan Tafsir bi al-Ra’yi. Dalam bab ini penulis akan membincangkan satu lagi metodologi pentafsiran iaitu Tafsir al-Athari al-Nazari
1.1 Definisi Tafsir al-Athari al-Nazari
Tafsir al-Athari al-Nazari ialah tafsir yang menggabungkan antara Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur dengan Tafsir bi al-Ra’yi.
1.2 Tafsir-tafsir yang menggunakan metodologi ini.
Antara tafsir-tafsir yang menggunakan metodologi ini ialah:
(a)Tafsir Yahya bin Salam al-Basri(m200H)
(b)Tafsir Baqiyy bin Mukhallad al-Qurtubi(m276H)
(c)Tafsir Ibn Jarir al-Tabari
(d)Tafsir al-Wasit fi Tafsir al-Quran al-Majid oleh Ali bin Hassan al-Wahidi(m427H)
(e)Tafsir Maalim al-Tanzil karangan al-Baghawi(m516H)
(f)Tafsir al-Muharrar al-Wajiz karya Ibn Atiyyah al-Andalusi(m541H)
(g)Zad al-Masir hasil tangan Ibn al-Jawzi(m597H)
(h)Tafsir al-Qurtubi: al-Jami Li Ahkam al-Qur’an(m671H)
(i)Tafsir Fath al-Qadir dihasilkan oleh al-Syawkani(m1250H

1.3 al-Tabari dan tafsir al-Jami’ al-Bayan fi Ta’wil A:yi al-Quran

1.3.1 Biografi al-Tabari
Beliau ialah Abu Jaafar Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib. Beliau dipanggil Abu Jaafar walaupun al-Tabari tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak. Beliau dilahirkan di Bandar Amal Kubra yang terletak di Tabaristan tahun 224H dan meninggal di Baghdad pada tahun 310H setelah hidup selama 85 tahun.al-Tabari dibesarkan dalam suasana ilmu oleh bapanya dimana beliau menghafaz al-Quran sejak kecil. Al-Tabari ada menyebut tentang bapanya yang bermimpi berjumpa dengan rasulullulah saw dan Ibn Jarir ditangan Rasulullullah saw dan bersama-sama ibnu Jarir bekas yang penuh berisi batu dan Ibnu Jarir membaling batu dalam keadaaan beliau dipegang oleh Rasul saw. Apabila bapanya memberitahu kepada rakannya tentang mimpi yang dilihat, rakannya berkata:
“Anakmu ini apabila besar akan memberi nasihat dalam ilmu agama, mempertahankan syariat “
Ketika itu bapanya prihatin dalam memberi pendidikan kepadanya ketika Ibn Jarir masih kecil.
Al-Tabari menghafaz al-Quran semasa berusia 7 tahun, menjadi Imam ketika berusia lapan tahun dan menulis hadith semasa berumur 9 tahun.
Beliau menadah ilmu dengan ulama Tabaristan, al-Rayy, Iraq, Basrah, Kufah, Baghdad, Syam, Mesir sebelum menetap di Baghdad. Semasa di Baghdad beliau memberi sumbangan melalui pengajaran dan penulisan. Beliau terus menulis sehingga beliau tidak sempat menyelesaikan beberapa hasil penulisannnya seperti kitab Fadilat Abu Bakar, Umar, Ali dan Al-Abbas.
Semasa berusia 85 tahun, beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia, beliau ingin menulis kitab tentang Qiyas lalu meminta dari muridnya Abu al-Qasim mengumpul buku-buku berkaitan qiyas. Abu al-Qasim menyebut:
” Abu Jaafar telah memintaku untuk mencari karya-karya tentang qiyas, aku berjaya mengumpul lebih dari tiga puluh buah buku, kemudian aku tinggalkan buku itu di sisinya.Disebabkan sakit yang menyebabkan kewafatannya beliau telah berhenti mengajar beberapa bulan sebelum meninggal, beliau mengembalikan buku-buku tersebut kepadaku, aku dapati dalam buku-buku tersebut garisan merah telah ditanda olehnya.”
Dari segi pemakanannya al-Tabari makan anggur, tin, rutob(kurma basah), za’tar, minyak zaitun dan roti, meminum susu kambing dan memakan daging yang segar, dan tidak makan tamar, madu, bijan, dan daging berlemak kerana mengalami kesakitan di perut.

Dari segi pengurusan masa, al-Tabari menghabiskan waktunya dengan menulis, mengajar, beribadat dan tidur. Beliau tidur qailulah sebelum zohor, kemudian menulis selepas zohor sehingga Asar, kemudian duduk bergaul dengan orang ramai selepas Asar, selepas maghrib beliau mengajar, selepas Isyak beliau pulang ke rumahnya dan menumpukan kepada penulisan serta tidak membenarkan orang berjumpa dengannya kecuali hal yang penting.

Dari segi akhlaknya al-Tabari seorang yang zuhud, mencari makanan yang halal, menjauhi perkara yang haram, reda dengan pemberian Allah walaupun sedikit dan menolak pemberian raja dan pembesar. Beliau menulis karya tentang hukum wakaf lalu dipanggil oleh khalifah al-Muqtadir. Khalifah ingin membalas usahanya dengan memberikan 1000 dinar tetapi al-Tabari menolaknya. Khalifah menawarkan kepadanya untuk meminta apa sahaja yang dikehendakinya. Al-Tabari berkata: “ Saya ingin tuanku melantik polis menghalang pengemis yang meminta-meminta di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat kerana ianya memberi kesan negatif kepada umat Muhammad s.a.w.
Antara hasil karya Ibnu Jarir yang bercetak:
(a)Tarikh al-Rusul wa al-Anbiya’ wa al-Muluk wa al-Khulafa’
(b)Ikhtilaf al-Fuqaha’
(c)Tahzib al-Athar wa Tafsil al-Thabit An RasululLah saw Min al-Akhbar
1.3.2Tafsir al-Tabari satu pengenalan
Al-Tabari memulakan pentafsiran al-Quran semasa usianya hampir mencecah enam puluh tahun. Umur ini sudah tentu menunjukkan Imam al-Tabari telah memilliki kelayakan untuk menulis tafsir seperti menghafaz al-Quran, menguasai qiraatnya, menguasai bahasa Arab dan ilmu hadith…

Sebelum memulakan penulisan tafsirnya Imam al-Tabari melakukan solat Istikharah selama tiga tahun,kemudian Allah swt membuka hatinya untuk mentafsir al-Quran.

Peringkat-peringkat penulisan tafsir:
Peringkat Pertama: Ibn Jarir menulis tafsir dirumahnya
Al-Tabari memulakan penulisan tafsirnya pada tahun 283H dan meneruskan penulisannya selama lapan tahun sehingga menyelesaikannya pada tahun 290H.

Peringkat Kedua: Pada masa yang sama setelah menulisnya Ibn Jarir memperdengarkannya kepada muridnya.
Imam Ibn Khuzaimah penulis sohih Ibnu Huzaimah bertanya kepada murid al-Tabari yang bernama Abu Bakar bin Balawayh: Benarkah kamu menulis tafsir dari Muhammad bin Jarir?
Abu Bakar menjawab: Ya, Aku menyalinnya dengan tangan. Ibnu Huzaimah bertanya: Keseluruhan tafsir?, Abu Bakar menjawab: Ya. Ibnu Khuzaimah bertanya: Sejak bila? Abu Bakar menjawab: Dari 283H ke 290H.
Kemudian Ibnu Khuzaimah meminjam tafsir tersebut dari Abu Bakar bin Balawayh.
Selesai membacanya Ibnu Khuzaimah mengembalikannya dan berkata:
لَقَدْ نَظَرْتُ فِيهِ مِنْ أَوَّلِهِ إِلَى آخِرِهِ ، وَمَا أَعْلَمُ عَلَى أَدِيمِ الأَرْضِ أَعْلَمُ من محمد بن جرير
Aku telah melihatnya dari awal hingga akhirnya, aku tidak tahu di atas muka bumi ini orang yang lebih tahu dari Muhammad bin Jarir.
Kisah ini menunjukkan Abu Bakar bin Balawayh belajar tafsir dengan Ibn Jarir Al-Tabari dan menulis darinya maksudnya Ibn Jarir memperdengarkan tafsirannya kepada murid-muridnya selama lapan tahun.
Peringkat ketiga: Semakan semula
Setelah menyelesaikan memperdengarkan tafsir kepada murid-muridnya pada tahun 290H Ibn Jarir menulis karya yang lain kemudian memperdengarkan semula tafsirannya pada tahun 306H.
Muqaddimah Tafsir al-Tabari menyebut:
“بسم الله الرحمن الرحيم: وبه ثقتي ، وعليه اعتمادي، رب يسر، قرء على أبي جعفر محمد بن جرير الطبري ، في سنة ست وثلاثمائة
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dengan-Nya kepercayaanku dan atas-Nya pergantunganku, wahai Tuhanku permudahkanlah. Dibaca(tafsir ini) di hadapan Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari pada tahun 306H.[ al-Tabari j.1/hal.3]
Usia al-Tabari semasa mengulangi tafsirnya 82 tahun. Ini menunjukkan semangat yang tinggi. Pada asalnya Imam al-Tabari mahu memperdengarkan tafsirannya sebanyak 300 ribu kertas tetapi murid-muridnya tidak sanggup lalu dipendekkan kepada 3000 ribu kertas sahaja!
Sumber Tafsir al-Tabari
Pertama : Tafsir al-Ma’thur
– Tafsir Ibn Abbas mengikut riwayat Ali bin Abi Talhah
– Tafsir al-Ma’thurah dari tabiin; Tafsir Mujahid, Tafsir Qatadah, Tafsir Ikrimah, Tafsir Ata, Tafsir Said bin Jubayr, Tafsir Abu al-Aliyah, Tafsir Hasan al-Basri, Tafsir Ismail bin al-Suddi(al-Kabir),
-Tafsir al-Ma’thurah dari Atba’- tabiin;Tafsir Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam, Tafsir Abd al-Razzaq al-San’ani, Tafsir Muqatil bin Hayyan, Tafsir Abdul Malik bin Juraij, Tafsir Sufyan al-Thawri, Tafsir Waki’ bin al-Jarrah, Tafsir Yahya bin al-Yaman
Kedua: Tafsir dari segi Bahasa
– Majaz al-Quran oleh Abu Ubaydah Ma’mar bin al-Muthanna, Maani al-Quran oleh Abu Zakaria Yahya bin Ziyad al-Farra’, Maani al-Quran oleh Abu al-Hasan Said bin Mas’adah yang terkenal dengan al-Akhfash al-Awsat, Maani al-Quran oleh Muhammad bin al-Mustanir yang terkenal dengan Qutrub dan Maani al-Quran oleh Ali bin Hamzah al-Kisai

Metodologi al-Tabari dalam pentafsiran:
Pertama: al-Tabari mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran
Firman Allah :
             
40. Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmat-Ku yang Telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan Hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk).
Apakah maksud Bani Israel? Apakah maksud ingatlah? Apakah maksud akan nikmat-ku? Apakah janji Allah?
Imam al-Tabari telah mentafsirkan ayat yang mujmal ini dengan 4 ayat yang lain.
1. Imam al-Tabari mengaitkan Bani Israel yang bermaksud keturunan Israel dengan Bani Adam(keturunan Adam) dan menyebut ayat 31 surah al-A’raf
        
31. Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.
2. Semasa menghuraikan maksud ‘nikmatku’, al-Tabari menyebut tafsiran yang diberikan oleh Abu al-Aliyah, Mujahid dan Ibnu Zaid, ianya meliputi semua bentuk nikmat dan nikmat yang paling utama ialah nikmat Iman dan Islam kerana tidak ada nikmat yang lebih afdal dari Islam dan kemudian Ibn Jarir menyebut ayat 17 surah al-Hujurat
                     
17. Mereka merasa Telah memberi nikmat kepadamu dengan keislaman mereka. Katakanlah: “Janganlah kamu merasa Telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, Sebenarnya Allah, dialah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjuki kamu kepada keimanan jika kamu adalah orang-orang yang benar.”

3. Semasa mentafsirkan ayat “ ingatlah” Ibn Jarir mentafsirkannya dengan ayat 20 surah al-Maidah
                •      
20. Dan (Ingatlah) ketika Musa Berkata kepada kaumnya: “Hai kaumku, ingatlah nikmat Allah atasmu ketika dia mengangkat nabi nabi diantaramu, dan dijadikan-Nya kamu orang-orang merdeka, dan diberikan-Nya kepadamu apa yang belum pernah diberikan-Nya kepada seorangpun diantara umat-umat yang lain”.
4. al-Tabari mentafsirkan janji Allah dengan janji Bani Israel dalam kitab taurat untuk beriman dengan nabi Muhammad s.a.w dan mengikutinya bersandarkan ayat 12 surah al-Maidah dan ayat 156-157 Surah al-Araf
Firman Allah:
                      •   •   •  •   • •            •   
12. Dan Sesungguhnya Allah Telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israil dan Telah kami angkat diantara mereka 12 orang pemimpin dan Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku beserta kamu, Sesungguhnya jika kamu mendirikan shalat dan menunaikan zakat serta beriman kepada rasul-rasul-Ku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik[406] Sesungguhnya Aku akan menutupi dosa-dosamu. dan Sesungguhnya kamu akan Kumasukkan ke dalam syurga yang mengalir air didalamnya sungai-sungai. Maka barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah itu, Sesungguhnya ia Telah tersesat dari jalan yang lurus.

[406] maksudnya ialah: menafkahkan harta untuk menunaikan kewajiban dengan hati yang ikhlas.

Firman Allah:
    •         •                               •  •         
156. Dan tetapkanlah untuk kami kebajikan di dunia Ini dan di akhirat; Sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepada Engkau. Allah berfirman: “Siksa-Ku akan Kutimpakan kepada siapa yang Aku kehendaki dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu. Maka akan Aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertakwa, yang menunaikan zakat dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami”.
157. (yaitu) orang-orang yang mengikut rasul, nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka[574]. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka Itulah orang-orang yang beruntung.

[574] Maksudnya: dalam syari’at yang dibawa oleh Muhammad itu tidak ada lagi beban-beban yang berat yang dipikulkan kepada Bani Israil. Umpamanya: mensyari’atkan membunuh diri untuk sahnya taubat, mewajibkan Qisas pada pembunuhan baik yang disengaja atau tidak tanpa membolehkan membayar diat, memotong anggota badan yang melakukan kesalahan, membuang atau menggunting kain yang kena najis.
Kedua: Tafsir dengan al-Sunnah.
Al-Tabari mentafsirkan al-Quran dengan hadith rasul saw dan menyebut hadith dengan jalur sanadnya. Sebagai contoh semasa mentafsirkan ayar 161 Surah Ali Imran:
    •      •        •     
161. Tidak mungkin seorang nabi berkhianat dalam urusan harta rampasan perang. barangsiapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, Maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, Kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak dianiaya.

Al-Tabari mentafsirkan ayat ini dengan hadith nabi saw yang memberitahu bahawa orang yang mencuri harta rampasan perang, khianat dan menipu maka dia akan datang dengan perkara yang dicuri.
Beliau menyebut dengan sanadnya sendiri dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulululah saw berdiri menyampaikan khutbah, baginda memberi nasihat dan peringatan:
(لا ألفين أحدكم يوم القيامة على رقبته شاة لها ثغاء، على رقبته فرس لها حمحمة، يقول: يا رسول الله أغثني، فأقول: لا أملك لك من الله شيئا، قد أبلغتك، وعلى رقبته بعير لها رغاء، يقول: يا رسول الله أغثني، فأقول: لا أملك لك شيئا قد أبلغتك، وعلى رقبته صامت فيقول: يا رسول الله أغثني، فأقول: لا أملك لك شيئا قد أبلغتك، أو على رقبته رقاع تخفق، فيقول: يا رسول الله أغثني، فأقول: لا أملك لك شيئا قد بلغتك)
“Aku akan berjumpa diakhirat nanti seorang dari kamu di atas tengkuknya kambing yang sedang mengembek. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah selamatkan aku. Nabi menjawab: Hari ini aku tidak mempunyai apa-apa kuasa, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu.

“Aku akan berjumpa diakhirat nanti seorang dari kamu di atas tengkuknya kuda yang sedang merengek. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah selamatkan aku. Nabi menjawab: Hari ini aku tidak mempunyai apa-apa kuasa, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu.

“Aku akan berjumpa diakhirat nanti seorang dari kamu di atas tengkuknya emas dan perak. Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah selamatkan aku. Nabi menjawab: Hari ini aku tidak mempunyai apa-apa kuasa, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu.

“Aku akan berjumpa diakhirat nanti seorang dari kamu di atas tengkuknya baju yang bergerak . Lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah selamatkan aku. Nabi menjawab: Hari ini aku tidak mempunyai apa-apa kuasa, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu.[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari no.3073, Muslim no.1381, Ahmad]
Kemudian al-Tabari menyebut dua lagi jalur sanad yang lain bagi hadith ini.
Serterusnya meriwayatkan dengan jalur sanadnya dari Abu Humayd al-Sa’idi bahawa Rasulullah s.a.w telah melantik seorang lelaki dari suku Azd yang dipanggil Ibnu al-Utbiyah untuk mengutip zakat. Apabila datang beliau berkata: Ini untukmu dan ini hadiah yang diberikan kepadaku.
Rasulullah saw bersabda :
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (فهلاَّ جلست في بيت أبيك وبيت أمك حتى تأتيك هديتك إن كنت صادقاً). ثم قام رسول الله صلى الله عليه وسلم فخطب الناس، وحمد الله وأثنى عليه، ثم قال: ( أما بعد، فإني أستعمل رجالاً منكم على أمور مما ولاَّني الله، فيأتي أحدكم فيقول: هذا لكم وهذه هديَّة أهديت لي، فهلاَّ جلس في بيت أبيه وبيت أمه حتى تأتيه هديته إن كان صادقاً، فوالله، لا يأخذ أحدكم منها شيئاً – قال هشام – بغير حقِّه، إلاَّ جاء الله يحمله يوم القيامة، ألا فلا أعرفنَّ ما جاء الله رجل ببعير له رغاء، أو ببقرة لها خوار، أو شاةً تيعر). ثم رفع يديه حتى رأيت بياض إبطيه: (ألا هل بلَّغت).
Apakah dengan duduknya seorang di rumahnya kemudian datang hadiah kepadanya! Kemudian nabi membaca hamdalah dan memuji Allah dan berucap:
Sesungguhnya aku melantik seorang dari kami dalam urusan yang diberikan Allah kepadaku. Kemudian seorang dari kamu berkata: Ini untukmu dan ini hadiah yang diberikan kepadaku, apakah dengan duduknya seorang dari kamu di rumah bapanya atau di rumah ibunya lalu hadiah datang kepadanya?
Demi jiwaku di bawah kekuasaan-Nya, tidak mengambil seorang kamu sesuatu(yang haram) melainkan dia akan memikul perkara tersebut pada hari akhirat, aku tidak tahu tiba datang seorang kamu lelaki memikul unta yang bersuara, atau lembu yang mengemboh, atau kambing yang mengembik. Kemudian baginda mengangkat tangannya sambil berkata: Sesungguhnya aku telah menyampaikan.[ Hadith riwayat al-Bukhari no.2946, al-Bihaqi dalam al-Sunan, Ahmad]
Kemudian al-Tabari menyebut dua jalur sanad yang lain bagi hadith ini.
Jumlah jalur sanad yang disebut oleh al-Tabari semasa mentafsirkan ayat ini ialah 13.

Ketiga :Tafsir dengan pandangan sahabat dan Tabiin
Salah satu dari metodologi al-Tabari dalam tafsir ialah beliau mentafsir al-Quran dengan kata-kata sahabat dan Tabiin. Tafsir al-Tabari mengandungi banyak kata-kata dan tafsiran yang sahabat yang disebut dengan jalur Sahad. Al-Tabari akan menyebut riwayat-riwayat tersebut kemudian al-Tabari mentarjih pandangan yang betul. Contohnya tafsiran kepada ayat 238 surah al-Baqarah.
        
238. Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu’.

Berhubung ayat ini, al-Tabari menyebut perselisihan sahabat dan tabiin dalam menentukan solat al-Wusta.
1) Pandangan pertama : Solat Asar
Ini merupakan pandangan Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Abbas, Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, Abu Said al-Khudri, Aishah, Ummu Salamah, dan dari kalangan tabiin, Hasan al-Basri, Ibrahim al-Nakhai, Said bin Jubayr, Zaid bin Habigh, Qatadah, al-Dahhak, Mujahid.
Jumlah athar yang disebut oleh al-Tabari berhubung pandangan ini ialah 43 semuanya berserta jalur Sahad.
Kemudian al-Tabari menyebut hujah golongan ini daripada hadis yang marfu’

1. Dr Abdullah bin Masud r.a berkata:
Orang-orang yang musyrikin telah mengganggu Rasulullah S.A.W dari mengerjakan solat Asar sehingga matahari menjadi kuning atau merah (masuk waktu maghrib).
Maka Rasulullah S.A.W bersabda:
” شغلونا عن الصلاة الوسطى. ملأ الله أجوافهم نارا”
Mereka telah menghalang kita dari solat al-wusta. Allah S.W.T akan memenuhi mulut mereka dan kubur mereka dengan api neraka.
(Hadith riwayat Imam Muslim no.628, Imam al-Thairmidhi no.181, Ibnu Majah no.686,Imam Ahmad)

2. Dari Ali bin Abi Talib r.a berkata. Rasulullah bersabda semasa berlakunya peperangan Ahzab
” وشغلونا عن الصلاة الوسطى. حتى آبت الشمس ملأ الله قبورهم وبيوتهم نارا “.
Mereka telah menyibukkan kita dari solat wusto sehingga matahari terbenam. Allah akan memenuhi kubur mereka dan rumah mereka dengan api neraka. (Hadith riwayat Imam al-Bukhari no.2931, Muslim (627), Abu Daud (409), al-Thirmidhi (2948).

Kemudian al-Tabari menyebut 26 jalur sanad yang mengandungi hadith-hadith Marfu’ yang menunjukkan Nabi S.A.W menyebut solat al-wusta ialah solat Asar.
2. Pandangan kedua : Solat al-wusta ialah solat Zohor. Ini merupakan kata-kata Zaid bin Thabit, Abu Said al-Khudri dan Abdullah bin Umar.
Al-Tabari menyebut 13 riwayat berhubung pandangan ini.
3. Pandangan ketiga : Jagalah solat & solat al-wusta dan solat Asar. Ini adalah bacaan tafsir.
4. Solat wusta ialah solat maghrib. Ini merupakan kata Qubaisah bin Zuaib.
5. Solat wusta ialah solat subuh. Pandangan ini dinisbahkan kepada Ibnu Abbas, pandangan Abu Musa al-Ashari, Abu al-Aliyah, Ata’ bin Rabah
6. Solat Wusto ialah salah satu dari 5 solat yang kita tidak ketahui. Pandangan ini dinisbahkan kepada Abdullah bin Umar, Nafi’, al-Rabi’ah bin Khathim dan Said bin al-Musayyab.
Al-Tabari menyebut tiga riwayat dengan jalur sanad berhubung pandangan ini. Selepas menyebut riwayat-riwayat ini, al-Tabari mentarjihkan solat al-wusto ialah solat asar. Kemudian al-Tabari menyebut dalil dari riwayat yang selain daripada riwayat-riwayat yang disebut sebelum ini. Antaranya hadith riwayat Abu Basrah al-Ghifari, Buraidah dan Amarah bin Ruwaihah r.anhum. al-Tabari menyebut 7 riwayat dalam jalur sanad bagi riwayat-riwayat tersebut.
Kesimpulan :
Al-Tabari telah mentafsirkan ayat dengan hadith Nabi saw, kata-kata sahabat dan tabiin. Hadith-hadith tersebut ada di antaranya sohih dan ada yang dhaif. Jumlah riwayat yang disebut ialah sebanyak 119 meliputi 60 muka surat.

Keempat: Tafsir al-Quran dengan bahasa Arab
Al-Tabari mentafsirkan al-Quran dengan bahasa Arab; Nahu, Saraf(Morfologi), Balaghah. Imam al-Tabari seorang yang luas pengetahuan tentang Bahasa Arab. Sebagai contoh al-Tabari menghuraikan makna perkataan التَّنور dalam surah Hud. Firman Allah:
•                           
40. Hingga apabila perintah kami datang dan dapur[718] Telah memancarkan air, kami berfirman: “Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang Telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman.” dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit.
[718] yang dimaksud dengan dapur ialah permukaan bumi yang memancarkan air hingga menyebabkan timbulnya taufan.
Ibnu Jarir menyebut bahawa ahli ta’wil berselisih tentang maksud
 
1. Sebahagian berkata : al-Tannur ialah permukaan bumi, maksudnya air terpancut dari permukaan bumi. Kemudian al-Tabari menyebut ini merupakan pandangan Ibn Abbas, Ikrimah dan al-Dahhak. Semua pandangan ini disebut bersama jalur sanad.
2. Sebahagian lain berkata:
هو تنويرُ الصبح ، من قولهم: ” نوَّرَ الصبح تنويرًا “
al-Tannur ialah cahaya pagi dari kata-kata Arab: Pagi yang bercahaya
Ini merupakan pandangan Saidina Ali. Al-Tabari menyebut lima riwayat berkaitan
3. Sebahagian lain berkata:
معنى ذلك: وفار أعلى الأرض وأشرف مكانٍ فيها بالماء. وقال: ” التنور ” أشرف الأرض
Maknanya tempat yang tinggi dan mulia yang ada air. Ini merupakan pandangan Qatadah. Al-Tabari menyebut dua jalur sanad berkaitan.
4. Sebahagian yang lain berkata:
هو التنور الذي يُخْتَبز فيه.
Ianya adalah periuk yang digunakan untuk membuat roti.
Ini merupakan pandangan Ibnu Abbas, Hasan al-Basri, Mujahid, al-Sya’bi, al-Dahhak. Al-Tabari menyebut 10 jalur sanad berhubung pandangan ini.
Ibnu Abbas berkata:
إذا رأيت تنُّور أهلك يخرج منه الماءُ، فإنه هلاك قومك.
“ Apabila kamu melihat air keluar dari periuk di rumahmu, itu tanda kemusnahan kaummu.

Berhubung tafsiran : al-Tannur , terdapat empat pandangan yang disebut oleh sahabat dan tabiin, justeru pandangan manakah yang rajih?
Ibnu Jarir menyebut:
قال أبو جعفر : وأولى هذه الأقوال عندنا بتأويل قوله: (التنور) ، قول من قال: ” هو التنور الذي يخبز فيه ” ، لأن ذلك هو المعروف من كلام العرب، وكلام الله لا يوجه إلا إلى الأغلب الأشهر من معانيه عند العرب ، إلا أن تقوم حجَّة على شيء منه بخلاف ذلك فيسلم لها. وذلك أنه جل ثناؤه إنما خاطبهم بما خاطبهم به ، لإفهامهم معنى مَا خاطبهم به.
Pandangan utama tentang ta’wil al-Tannur ialah mereka yang mengatakan ianya periuk yang digunakan untuk membuat roti,ini disebabkan ia adalah penggunaan yang terkenal oleh orang Arab, dan kalamullah difahami dari bahasa yang banyak dan masyhur digunakan oleh orang Arab kecuali ada hujah yang menyokong makna yang lain, maka ketika itu ianya diterima. Yang demikian itu kerana Allah menujukan ayat sesuai dengan bahasa mereka untuk memahamkan mereka maksud sesuatu perkara.
Kaedah mentafsirkan al-Quran dengan bahasa menjadi satu dari metodologi Ibnu Jarir al-Tabari dalam tafsirnya. Bahasa menjadi asas kepada tafsiran al-Quran, dan tafsiran adalah merujuk kepada penggunaan yang biasa dan masyhur dan bukannya penggunaan yang jarang atau janggal.

Kelima: al-Tabari mengistibat(menganalisis dan mengeluarkan) petunjuk-petunjuk, rahsia-rahsia dan hukum
Langkah terakhir yang digunakan oleh al-Tabari dalam tafsirnya ialah dengan menggunakan akal untuk mengistibat(menganalisis dan mengeluarkan) petunjuk-petunjuk, rahsia-rahsia dan hukum. Kaedah ini dapat dilihat sebagai contoh semasa al-Tabari mentafsirkan ayat:
     
; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.[9]
[9] yang dimaksud dengan mereka yang dimurkai dan mereka yang sesat ialah semua golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Semasa mentafsirkan ayat ini, al-Tabari bertanya:
Siapakah golongan yang dimurkai Allah yang diperintahkan Allah supaya kita meminta dari-Nya tidak termasuk di kalangan mereka?
Al-Tabari berkata: Dia adalah orang Yahudi. Mereka adalah golongan yang disebut oleh Allah swt:
                        •     
60. Katakanlah: “Apakah akan Aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi[424] dan (orang yang) menyembah thaghut?”. mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.
[424] yang dimaksud disini ialah: orang-orang Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabtu (lihat surat Al Baqarah ayat 65).[ Surah al-Maidah]
Kemudian al-Tabari bertanya lagi: Apakah dalil bahawa orang yang dimurkai ialah orang Yahudi?
Beliau menjawab dalil adalah dari hadith. Beliau meriwayatkan dengan jalur sanadnya :
عن عديّ بن حاتم، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: المغضوبُ عليهم، اليهود
Dari Adi bin Hatim al-Tai r.anhu berkata: Rasulululah berkata kepadaku orang yang dimurkai oleh ialah orang Yahudi[ Hadith riwayat al-Thirmidhi, no.2945, al-Tayalisi, no.1040, Ibnu Hibban, no.7206, Ahmad :j.4, hal.378-379]
Kemudian al-Tabari menyebut 14 riwayat dengan jalur sanadnya dari hadith yang marfu’, atau kata-kata yang mawquf pada sahabat dan tabiin bahawa yang dimurkai ialah orang Yahudi.
Selepas itu, al-Tabari menjelaskan maksud kemurkaan Allah ke atas mereka. Sebahagian mengatakan maksudnya dikenakan hukuman kepada mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat berdasarkan firman Allah[ Surah al-Zukhruf ayat 55]
      
55. Maka tatkala mereka membuat kami murka, kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut),
Sebahagian mengatakan : Kemurkaan Allah berbeza dengan kemurkaan makhluk kerana kemurkaan makhluk menyebabkan mereka terganggu dan merasa kesakitan menyebabkan orang yang dimurkai merasa susah lalu mereka juga menjadi marah. Manakala kemurkaan Allah tidak ada makhluk yang dapat memberi manfaat mahupun kemudaratan kepada-Nya, dan kemurkaan merupakan sifat Allah yang layak dengan kebesaran-Nya seperti mana ilmu dan kuasa Allah merupakan sifat Allah…
Kemudian al-Tabari bertanya: Siapakah orang yang sesat? Kemudian beliau menjawab mereka adalah orang-orang Nasrani. Mereka ialah orang yang disebut oleh Allah swt[ Surah al-Maidah ayat 77]
                       
77. Katakanlah: “Hai ahli kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang Telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka Telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus”.
Dan dalilnya hadith nabi saw:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” ولا الضالين ” قال: النصارى
Bersabda Rasulullah saw: Firman Allah (Dan mereka yang sesat), nabi bersabda: Mereka ialah orang-orang Nasrani.
[ Hadith riwayat al-Thirmidhi, no.2945, al-Tayalisi, no.1040, Ibnu Hibban, no.7206, Ahmad :j.4, hal.378-379]
Al-Tabari menyebut dalam tafsirnya 14 riwayat beserta jalur sanad bahawa golongan yang sesat ialah orang Nasrani.
Kemudian al-Tabari menyatakan bahawa orang yang sesat adalah umum termasuk semua manusia yang menentang jalan yang betul dan melalui jalan yang salah adalah tergolong dalam kumpulan yang sesat kerana mereka sesat dari jalan yang sebenarnya.
Dan Allah menamakan orang Nasrani sebagai sesat kerana mereka tersilap dalam memilih jalan dan mereka menganut pegangan yang bukannya jalan yang lurus.
Selepas menghuraikan maksud golongan yang dimurkai dan sesat, al-Tabari mengemukakan satu persoalan: Bukankah orang Yahudi juga berada dalam kesesatan kerana mereka memilih jalan yang bengkok dalam agama? Mengapa Allah mengkhususkan Yahudi sebagai golongan yang dimurkai dan orang Nasrani sebagai sesat?
Al-Tabari menyebut bahawa kedua-dua golongan Yahudi dan Nasrani dimurkai dan sesat. Akan tetapi Allah menyifatkan mereka berasaskan sifat utama mereka. Mereka juga mempunyai sifat terkeji yang lain.
Al-Tabari juga mengkritik segolongan yang berfahaman al-Qadariyyah(aliran yang berserah kepada takdir semata-mata dan bukan dengan usaha manusia ) yang memahami ayat dengan fahaman yang salah dan menjelaskan kesesatan dijadikan sifat mereka kerana mereka yang menyebarkannya, melakukannya dan memilihnya, oleh itu mereka sendirilah yang menjadi sebab digolongkan sebagai sesat tanpa menafikan Allah mempunyai sebab yang lain untuk menjadikan mereka sesat kerana Allah memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki dan menyesatkan siapa yang dikehendaki seperti yang disebut dalam ayat lain yang jelas.

Dengan kata lain, kesesatan ditujukan kepada orang Nasrani kerana mereka yang berusaha ke arah kesesatan dan dikaitkan dengan Allah yang menghendaki mereka menjadi sesat dengan memberi kepada manusia kemampuan untuk melakukan kesesatan tersebut. ” Lihat Tafsir al-Tabri, j.1, hal.180-197.
Tafsiran yang diberikan oleh al-Tabari berhubung ayat 7 surah al-Fatihah ini merupakan satu tafsiran yang menarik menggabungkan antara tiga metodologi iaitu bahasa, riwayat yang ma’thur dan akal.
KEISTIMEWAAN TAFSIR AL-TABARI
Tafsir Jami al-Bayan fi Ta’wil Ayi al=Quran merupakan tafsir terulung yang lengkap dalam sejarah pembukuan ilmu-ilmu tafsir. Antara keistimewaan tafsir ini yang dapat dicatat dalam ruangan yang ringkas ini ialah:
(a)al-Tabari mengasaskan cara tafsiran yang terbaik iaitu kombinasi bahasa, ma’thur dan akal.
(b) al-Tabari komitmen dengan cara tafsiran yang terbaik iaitu tafsir al-Quran dengan al-Quran diikuti al-Quran dengan sunnah, kata-kata sahabat , tabiin dan tabi’ tabiin.
(c) Mengumpulkan pandangan tokoh-tokoh tafsir dari kalangan sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin. Usaha yang dilakukan olehnya memelihara sebahagian dari tafsir yang hilang sumber asalnya.
(d) Menyebut jalur sanad yang pelbagai bagi setiap riwayat yang ma’thur. Penyebutan jalur sanad ini penting untuk menilai riwayat tersebut dari segi sahih dan daif
(e)Menyebut banyak bayt-bayt syair dalam mentafsirkan ayat pada masa yang sama dapat menjaga syair tersebut dari hilang.
(f) Mengkombinasikan antara tafsir dan ta’wil, mengaitkan antara tafsir al-Ma’thur dengan tafsir bi al-ra’y
(g) Menyebut qiraat yang pelbagai antara sohih dan syaz serta menjadikan sebagai dalil dalam menghuraikan sesuatu ayat
(h)Menyebut pandangan golongan-golongan yang berselisih beserta hujah masing-masing.
(i)Memilih pandangan yang kuat tanpa membiarkan pembaca terkeliru dengan pandangan-pandangan yang berbeza-beza.
(j) Meletakkan asas kepada ilmu pengantar usul tafsir

KELEMAHAN DAN KRITIKAN TERHADAP TAFSIR AL-TABARI
(a)Menyebut jalur sanad yang daif dan palsu
(b) Tidak mengkritik riwayat dan jalur sanad yang disebut, tidak menghukum perawi-perawinya.
(c) Menyebut riwayat Israiliyyat dan cerita dongeng umat terdahulu yang tidak dapat disahkan dalam sumber Islam yang diyakini dan mengambil sebahagian besar dari tafsir.
(d) Menyebut pandangan-pandangan bertentangan dari tokoh-tokoh tafsir yang ulung dari sahabat dan tabiin seperti Ibnu Abbas r.anhu dan Mujahid.
(e) Mendalami perkara-perkara yang tidak dijelaskan oleh al-Quran(Mubhamat) dan cuba untuk dan kadang-kadang menentukannya berasaskan riwayat Israiliyat dan riwayat yang tidak sahih.
(f) Pengguguran jalur sanad beberapa hadith nabi saw walaupun beliau sangat menitik beratkan persoalan jalur sanad.
(g)Tidak menyandarkan qiraat al-Quran kepada qari yang masyhur serta tidak menyatakan kesahihan riwayat qiraat tersebut dan tidak membezakan antara qiraat yang sahih dan shaz.
(h) Mentarjih(menguatkan qiraat sahihah yang tertentu)
(i) Membahagikan ayat kepada potongan-potongan menyebabkan pembaca asyik membaca pandangan yang sangat banyak
(j) Huraian yang terlalu panjang menyukarkan pembaca menghubungkan satu ayat dengan satu ayat.

Kelemahan-kelemahan dan kritikan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan manfaat yang ada dalam tafsir, namun kelemahan-kelemahan adalah pada perkara cabang dan hakikatnya Imam al-Tabari bukanlah seorang yang maksum.

Bab 6 Aliran tafsir yang menyeleweng(Tafsir bi al-Ra’y al-Mazmum)

Mac 15, 2009

Bab 6 Aliran tafsir yang menyeleweng(Tafsir bi al-Ra’y al-Mazmum)

Dalam bab yang lalu, penulis telah membincangkan tentang Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur dan Tafsir bi al-Ra’yi dan menyebut tentang tafsir bi al-Ra’y al-Mazmum tanpa memberikan huraian.

1.1 Definisi tafsir bi al-Ra’y al-Mazmum

Tafsir bi al-Ra’y al-Mazmum ialah tafsir yang tidak memenuhi syarat tafsir bi al-Ra’y al-Mahmud yang merupakan aliran yang menyeleweng yang terdiri dari pelbagai mazhab dan fahaman.

 

Bentuk-bentuk kesalahan dalam tafsir

(a)Salah dari segi matlamat dan tujuan seperti pandangan orang bukan Islam terhadap al-Quran.

(b) Salah dalam metodologi memahami al-Quran seperti tafsiran mazhab-mazhab yang menyeleweng

(c)Salah dalam mentafsirkan aspek kecil yang berlaku dikalangan mufassir ahli sunnah wa al-Jamaah.

 

Penyelewengan dan kesilapan dapat dilihat seperti berikut:

(a) Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Pentafsir menerima makna asal ayat tetapi pentafsir memberikan tafsiran tambahan kepada ayat tersebut

Contohnya tafsir ayat 66 surah al-Nisa oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami.

öqs9ur $¯Rr& $oYö;tFx. öNÍköŽn=tã Èbr& (#þqè=çFø%$# öNä3|¡àÿRr& Írr& (#qã_ã÷z$# `ÏB Nä.̍»tƒÏŠ $¨B çnqè=yèsù žwÎ) ×@ŠÎ=s% öNåk÷]ÏiB ( öqs9ur öNåk¨Xr& (#qè=yèsù $tB tbqÝàtãqム¾ÏmÎ/ tb%s3s9 #ZŽöyz öNçl°; £‰x©r&ur $\GÎ7÷Vs? ÇÏÏÈ

66.  Dan Sesungguhnya kalau kami perintahkan kepada mereka: “Bunuhlah dirimu atau keluarlah kamu dari kampungmu”, niscaya mereka tidak akan melakukannya kecuali sebagian kecil dari mereka. dan Sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka),

Beliau mentafsirkan “ Bunuhlah dirimu” dengan melawan hawa nafsu dan “keluarlah dari kampungmu” dengan keluarkan perasaan cinta dunia dari hatimu.

Makna  yang diberikan oleh Abu Abdul Rahman al-Sulami adalah betul iaiatu kewajipan melawan hawa nafsu dan mengeluarkan dunia dari hati tetapi menjadikan ayat sebagai dalil adalah salah kerana perkataan Bunuhlah dirimu adalah makna yang sebenar iaitu bunuh dengan makna mengeluarkan roh  dari badan dan keluar dari kampung adalah keluar dengan fizikal.

(b) Salah dari segi menjadikan dalil tetapi pegangannya adalah betul. Bentuk kedua berbeza dari pertama kerana pentafsir menafikan makna asal ayat dan  menjadikan ayat sebagai dalil yang menyokong pandangannya. Dengan ini pentafsir telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Meninggalkan makna ayat yang betul.

Kedua:Mentafsirkan ayat dengan makna yang salah

Contohnya tafsiran  Sahl bin Abdullah al-Tasturi tentang ayat 35 surah al-Baqarah. Firman Allah:

$uZù=è%ur ãPyŠ$t«¯»tƒ ô`ä3ó™$# |MRr& y7ã_÷ry—ur sp¨Ypgø:$# Ÿxä.ur $yg÷ZÏB #´‰xîu‘ ß]ø‹ym $yJçFø¤Ï© Ÿwur $t/tø)s? Ínɋ»yd notyf¤±9$# $tRqä3tFsù z`ÏB tûüÏHÍ>»©à9$# ÇÌÎÈ

35.  Dan kami berfirman: “Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini[37], yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.

 

[37]  pohon yang dilarang Allah mendekatinya tidak dapat dipastikan, sebab Al Quran dan Hadist tidak menerangkannya. ada yang menamakan pohon khuldi sebagaimana tersebut dalam surat Thaha ayat 120, tapi itu adalah nama yang diberikan syaitan.

Menurut Sahl makan dalam ayat ini bukan makan yang sebenarnya dan mentafsirkannya dengan memberikan penumpuan kepada selain Allah.

3. Tafsiran yang dari segi pegangan salah dan dalilnya salah seperti tafsiran Ibnu Arabi terhadap ayat 8 surah al-Muzammil

̍ä.øŒ$#ur zNó™$# y7În/u‘ ö@­Gu;s?ur Ïmø‹s9Î) Wx‹ÏFö;s? ÇÑÈ

  1. Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.

Ibnu  Arabi mentafsirkan sebutlah nama Tuhanmu iaitu diri kamu sendiri atau kenalilah diri anda janganlah lupa nanti Allah akan lupakan kamu.

Ibnu Arabi  dalam tafsiran ini menyokong fahaman yang dipegangnya iaitu wehdah al-Wujud iaiatu  tuhan dan manusia benda yang sama, nama tuhanmu ditafsirkan dengan diri manusia(kamu), jelas sekali kesesatan  dan kebatilan tafsiran ini.

4. Tafsiran dari segi pegangan dan makna dan salah dan mentafsirkan ayat dengan maksud yang tidak kena mengena dengan ayat seperti tafsiran oleh syiah yang melampau  tentang ayat 51 surah al-Nisa’

öNs9r& ts? ’n<Î) šúïÏ%©!$# (#qè?ré& $Y7ŠÅÁtR z`ÏiB É=»tGÅ6ø9$# tbqãYÏB÷sムÏMö6Éfø9$$Î/ ÏNqäó»©Ü9$#ur tbqä9qà)tƒur tûïÏ%©#Ï9 (#rãxÿx. ÏäIwàs¯»yd 3“y‰÷dr& z`ÏB tûïÏ%©!$# (#qãYtB#uä ¸x‹Î6y™ ÇÎÊÈ

51.  Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al kitab? mereka percaya kepada jibt dan thaghut[309], dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman.

 

[309]  Jibt dan thaghut ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain Allah s.w.t.

Mereka mengatakan Jibt dan thagut dalam ayat ini ialah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar bin al-Khattab.

PENYELEWENGAN TAFSIR MENURUT IBNU TAYMIYYAH

Permasalahan ini menjadi rumi apabila ahli falsafah , Qaramitah dan Syiah mentafsirkan al-Quran dengan  tafsiran yang tidak dapat diterima akal golongan yang berakal. Syiah misalnya telah mentafsir firman Allah:

ôM¬7s? !#y‰tƒ ’Î1r& 5=ygs9 ¡=s?ur ÇÊÈ

1.  Binasalah kedua tangan abu Lahab dan Sesungguhnya dia akan binasa[Al-Masad 1]

‘Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa’. Sebagai Abu Bakar dan Umar.

Firman Allah:

÷ûÈõs9 |Mø.uŽõ°r& £`sÜt6ósu‹s9 y7è=uHxå £`tRqä3tGs9ur z`ÏB z`ƒÎŽÅ£»sƒø:$# ÇÏÎÈ

“ Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur  amalmu”  Antara Abu Bakar,dan Umar dan Ali , maka Ali lebih utama untuk menjawat khalifah. [al-Zumar 65]

Firman Allah:

øŒÎ)ur tA$s% 4Óy›qãB ÿ¾ÏmÏBöqs)Ï9 ¨bÎ) ©!$# ôMä.âßDùtƒ br& (#qçtr2õ‹s? Zots)t/ ( (#þqä9$s% $tRä‹Ï‚­Gs?r& #Yrâ“èd ( tA$s% èŒqããr& «!$$Î/ ÷br& tbqä.r& z`ÏB šúüÎ=Îg»pgø:$# ÇÏÐÈ

 (Al-Baqarah 67)

Firman Allah:

bÎ)ur (#þqèWs3¯R NßguZ»yJ÷ƒr& .`ÏiB ω÷èt/ öNÏdωôgtã (#qãZyèsÛur ’Îû ôMà6ÏZƒÏŠ (#þqè=ÏG»s)sù sp£Jͬr& ̍øÿà6ø9$#   öNßg¯RÎ) Iw z`»yJ÷ƒr& óOßgs9 öNßg¯=yès9 šcqßgtG^tƒ ÇÊËÈ

“ Sesungguhnya   Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina” sebagai Aisyah (binti Abu Bakar r.a)    (Surah al-Taubah 12)

Firman Allah:

ylttB Ç`÷ƒtóst7ø9$# Èb$u‹É)tGù=tƒ ÇÊÒÈ

Maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu” sebagai Talhah dan Zubair bin Awwam.   (Al-Rahman 19)

Firman Allah:

 

ßlãøƒs† $uKåk÷]ÏB àsä9÷s=9$# Üc%y`öyJø9$#ur ÇËËÈ

“Ia biarkan air dua laut ( yang masin dan yang tawar ) mengalir sedang keduanya pula bertemu” Ali dan Fatimah  (Al-Rahman 22)

“Dari kedua laut itu keluar mutiara dan marjan” iaitu Hasan dan Husain

Firman Allah:

¨@ä.ur >äóÓx« çm»uZøŠ|Áômr& þ’Îû 5Q$tBÎ) &ûüÎ7•B ÇÊËÈ

“Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu suratan  yang jelas nyata “ .   (Surah yasin 12)

iaitu Ali bin Abi Talib.

 

Firman Allah:

§Ntã tbqä9uä!$|¡tFtƒ ÇÊÈ Ç`tã Î*t6¨Z9$# ÉO‹Ïàyèø9$# ÇËÈ

Surah Naba’ ayat 1-2

“Tentang apakah mereka bertanya-tanya? Tentang berita besar, ( berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya) “ iaitu Ali bin Abi Talib.

Firman Allah:

$uK¯RÎ) ãNä3–ŠÏ9ur ª!$# ¼ã&è!qߙu‘ur tûïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä tûïÏ%©!$# tbqßJ‹É)ムno4qn=¢Á9$# tbqè?÷sãƒur no4qx.¨“9$# öNèdur tbqãèÏ.ºu‘ ÇÎÎÈ

Surah al-Maidah 55

“ Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah , dan Rasulnya , serta orang-orang yang beeriman , yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk(tunduk menjunjung perintah Allah) “ iaitu Ali bin Abi Talib.

Mereka juga membawakan hadis-hadis palsu mengikut ijma’ ahli imu, sebagaimana mereka menjadikan membaca salawat kepada Ali (dalam tahiyyat akhir, pent) sebagai penutup dalam sembahyang.

Demikian pula firman Allah s.w.t.

y7Í´¯»s9ré& öNÍköŽn=tæ ÔNºuqn=|¹ `ÏiB öNÎgÎn/§‘ ×pyJômu‘ur ( šÍ´¯»s9ré&ur ãNèd tbr߉tGôgßJø9$# ÇÊÎÐÈ

Surah al-Baqarah 157

“Merekla itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya.” Diturunkan kepada Ali kerana mendapat musibah kematian Hamzah r.a.

Dan yang mendekati penyelewengan makna tafsir seperti ini yang disebutkan oleh banyak ahli tafsir seperti firman Allah S.W.T.

ô‰s% ôMn=yz `ÏB öNä3Î=ö6s% ×ûsöߙ (#r玍šsù ’Îû ÇÚö‘F{$# (#rãÝàR$$sù y#ø‹x. tb%x. èpt6É)»tã tûüÎ/Éj‹s3ßJø9$# ÇÊÌÐÈ

Surah Ali Imran 17

“ (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar(perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat(akan perintah Allah), dan orang yang banyak membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristiqfar(memohon ampun) pada waktu sahur.” Orang-orang yang sabar adalah Rasulullah saw; orang yang benar adalah Abu Bakar; orang-orang yang taat adalah Umar; orang-orang yang membelanjakan hartanya ialah Uthman dan orang-orang yang beristighfar adalah Ali.

 

Juga firman Allah:

Ӊ£Jpt’C ãAqߙ§‘ «!$# 4 tûïÏ%©!$#ur ÿ¼çmyètB âä!#£‰Ï©r& ’n?tã ͑$¤ÿä3ø9$# âä!$uHxq①öNæhuZ÷t/ ( öNßg1ts? $Yè©.①#Y‰£Úߙ tbqäótGö6tƒ WxôÒsù z`ÏiB «!$# $ZRºuqôÊ͑ur ( öNèd$yJ‹Å™ ’Îû OÎgÏdqã_ãr ô`ÏiB ̍rOr& ϊqàf¡9$# 4 y7Ï9ºsŒ öNßgè=sVtB ’Îû Ïp1u‘öq­G9$# 4 ö/àSè=sVtBur ’Îû È@ŠÅgUM}$# ?íö‘t“x. ylt÷zr& ¼çmt«ôÜx© ¼çnu‘y—$t«sù xán=øótGó™$$sù 3“uqtFó™$$sù 4’n?tã ¾ÏmÏ%qߙ Ü=Éf÷èムtí#§‘–“9$# xáŠÉóu‹Ï9 ãNÍkÍ5 u‘$¤ÿä3ø9$# 3 y‰tãur ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# Nåk÷]ÏB ZotÏÿøó¨B #·ô_r&ur $JJ‹Ïàtã ÇËÒÈ

 Surah al-Fath 29

“ Nabi Muhammad (saw) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang yang kafir (yang memusuhi Isla), dan sebaliknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesame sendiri(umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud.” Orang-orang yang bersamanya ialah Abu Bakar; bersikap keras dan tegas ialah Umar; orang yang bersikap klasih sayng ialah Uthman; dan yang tetap beribadat dan rukuk serta sujud ialah Ali.

Lebih menghairankan lagi , di antara tafsiran mereka adalah dalam firman Allah s.w.t.: surah al-Tin 1-2

ÈûüÏnG9$#ur ÈbqçG÷ƒ¨“9$#ur ÇÊÈ Í‘qèÛur tûüÏZÅ™ ÇËÈ

 

“Demi buah Tiin dan Zaitun, dan gunung Tursina, serta negeri (Makkah) yang aman ini.” Buah Tiin adalah Abu Bakar; buah Zaitun adalah Umar; gunung Tursina ialah Uthman; negeri yang aman adalah Ali.

Contoh-contoh penyelewengan tersebut mengandungi tafsiran yang kadang-kadang menggunakan kaedah yang tidak sesuai dengan lafaz al-Quran dan keadaan yang sebenarnya. Sesungguhnya lafaz-lafaz itu tidak menunjukkan sedikitpun nama-nama peribadi yang mereka itu maksudkan. Tafsiran semacam ini tida kena mengena sama sekali dengan semangat lafaz al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Fath : 29 :

“ Nabi Muhammad (saw) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang yang kafir (yang memusuhi Isla), dan sebaliknya bersikap kasih saying serta belas kasihan sesame sendiri(umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud.”

Menunjukkan sifat-sifat seluruh orang yang beriman kepada Rasulullah saw, iaitu susunan ayat yang disebutkan oleh para ahli nahwu dengan khabar berita selepas berita ( al-khabar ba’da khabar). Maksudnya ialah seluruh sifat-sifat itu menerangkan sifat seseorang yang beriman kepada-Nya. Tidak benar jika masing-masing sifat dijelaskan menggunakan nama-nama orang perseorangan tertentu dengan salah satu sifat.(Seperti : “Orang-orang yang bersamanya ialah Abu Bakar sahaj; bersikap keras dan tegas ialah Umar sahaja; orang yang bersikap klasih sayng ialah Uthman sahaja; dan yang tetap beribadat dan rukuk serta sujud ialah Ali sahaja.” Bukankah ‘Umar memiliki semua sifat-sifat tersebut? Dan seterusnya, pent.)


Maka tidak boleh menjadikan lafaz yang bermaksud umum , namun dimaksudkan hanya kepada seseorang sahaja, seperti firman Allah s.w.t” 

$uK¯RÎ) ãNä3–ŠÏ9ur ª!$# ¼ã&è!qߙu‘ur tûïÏ%©!$#ur (#qãZtB#uä tûïÏ%©!$# tbqßJ‹É)ムno4qn=¢Á9$# tbqè?÷sãƒur no4qx.¨“9$# öNèdur tbqãèÏ.ºu‘ ÇÎÎÈ

Surah al-Maidah : 55

“ Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman’. Mereka khaskan kepada Ali sahaja.

 

MAZHAB-MAZHAB YANG MENYELEWENG DALAM TAFSIR

Mazhab dan aliran yang menyeleweng dalam tafsir sebahagiannya adalah kafir dan sebahagiannya ahli kiblat dengan fahaman yang salah terhadap al-Quran.

Ismailiyyah

Aliran ini merupakan aliran yang  kafir yang  disandarkan kepada Ismail bin Jaafar al-Sadiq. Mereka mengatakan imam berpindah dari Jaafar al-Sadiq kepada anak sulungnya Ismail dan bukannya  Musa al-Kazim seperti yang dipegang oleh syiah Imamiyah. Mereka juga dipanggil batiniyyah kerana mentafsirkan al-Quran secara batin dan bukannya secara zahir. Mereka tidak mentafsirkan keseluruhan ayat al-Quran. Antara tulisan mereka:

(a) Asas al-Ta’wil  yang ditulis oleh al-Nu’man bin Hayyun al-Tamimi al-Maghribi(m363H) dan dicetak di Dar al-Thaqafah, Beirut.

(b) Masail Majmuah Min al-Haqaiq al-Aliyah wa al-Daqaiq wa al-Asrar al-Samiyah oleh penulis yang tidak dikenali dan diterbitkan semula oleh orientalis Itali Satro Toman.

(c) Mizaj al-Tasnim fi Tafsir al-Quran karangan Ismail bin Hibatullah bin Ibrahim diterbitkan oleh orientalis Itali Satro Toman.

Aliran ini berjaya membina kerajaan Batiniyyah al-Abidiyyah di Mesir yang dinamakan Kerajaan Fatimiyyah selama lebih dari dua kurun sehingga dihapuskan oleh Salahuddin al-Ayyubi.

Aliran ini masih menjadi pegangan pada zaman sekarang seperti di India, negara Akrad dan mereka mendakwi Ali adalah Allah, juga sedikit di Turki, Mesir. Di India juga mereka menggunakan nama Qadyaniyyah, begitu juga kumpulan Alawiyyin, Diruz di Syria, al-Bahaiyyah yang muncul di Iran kemudian tersebar ke pelusuk dunia dan sekarang tapak mereka di Bukir al-Karmal dan Hayfa, Palestin. Mereka  semua mentafsirkan al-Quran dengan tafsiran salah yang menyokong fahaman mereka.

Manakala aliran ahli kiblat yang menyeleweng dalam tafsir ialah:

PERTAMA: MUKTAZILAH

Fahaman ini muncul pada permulaan kurun ke-2H. Pengasasnya ialah Wasil bin Ata’ yang menghadiri majlis ilmu yang diadakan oleh Hassan al-Basri. Pada suatu hari Wasil berkata dengan kata  yang salah lalu Hassan al-Basri mengusirnya dengan berkata:

اعْتَزِل عَنَّا يا واصل

Asingkanlah dirimu dari kami.

Wasil bangun bersama-sama pengikutnya kemudian duduk di tempat lain di masjid. Sejak itu mereka dipanggil muktazilah.

 

Fahaman muktazilah tersebar pada zaman Abbasi yang pertama sehingga menjadi pegangan beberapa Khalifah Abbasiah iaitu al-Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-Wathiq.

Mereka juga dipanggil al-Qadariyyah kerana menyerahkan perbuatan hamba(afal al-Ibad)kepada kemampuan mereka. Fahaman muktazilah terbina atas lima asas iaitu : al-Tauhid(Tauhid), al-Adl(Keadilan), Al-Wa’d wa al-Waid(Janji dan amaran),  Al-Manzilah Bayna al-Manzilatayn(Kedudukan antara dua tempat), al-Amr bil Makruf wa al-Nahyu An al-Munkar.

 

Semasa mentafsirkan al-Quran, golongan muktazilah mentafsirkannya  berdasarkan asas yang lima. Mereka tidak mengambil kira hadith, kata-kata sahabat dan tabiin dalam tafsiran mereka dan menjadikan akal sebagai pengukur untuk menerima fakta-fakta yang terdapat  di dalam al-Quran, akal bagi mereka lebih tinggi dari  nas(al-Quran), dan nas hendaklah mengikut logik akal, sekiranya berlaku pertembungan antara nas dengan akal maka nas hendaklah dita’wilkan supaya selari dengan akal.

Para ulama ahli sunnah telah membidas tafsiran muktazilah.

 

 

Antara tafsir-tafsir muktazilah ialah:

 

(a) Abu Bakar Abdul Rahman bin Kisan al-Asam(m240H

(b)Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahhab al-Jubai(m303H)

(c) Abu al-Qasim Abdullah bin Ahmad al-Balkhi(m319H)

(d)Abu Muslim Muhammad bin Bahr al-Asfahani(m322H). Tafsirnya berjudul:” Al-Jami’ Li Ilm al-Quran.

(e)Al-Qadi Abd al-Jabbar dan tafsirnya “ al-Tafsir al-Kabir.”

(f) Tafsir Mahmud bin Umar al-Zamakhshari

Tafsir muktazilah yang sampai kepada kita hanyalah tafsir al-Khasshaf

KEDUA : SYIAH

Syiah asalnya ialah golongan yang menjadi penyokong kepada Saidina Ali dan menganggap Saidina Ali sebagai Imam selepas kewafatan Rasul saw dan khalifah adalah miliknya dan keturunannya.

Syiah terbahagi kepada beberapa aliran

(a) Syiah Zaydiyyah iaitu pengikut kepada Zaid bin Ali bin al-Husayn bin Ali bin Abi Talib yang tidak mengiktiraf khalifah Hisham bin Abdul Malik tetapi pengikutnya membiarkannya menyebabkab beliau di bunuh dan disalib. Pengikut Zaidiyah menetap di Utara Yaman dan mereka merupakan puak syiah yang paling hampir dengan ahli sunnah. Mereka ada menghasilkan tafsir yang banyak tetapi kesemuanya hilang atau masih dalam bentuk manuskrip.

(b) Syiah 12 merupakan kebanyakan syiah menetap di Iran dan Iraq. Mereka dipanggil syiah Imamiyyah kerana percaya kepada wajib adanya Imam yang dilantik oleh Allah dan Imam mestilah dari keturunan al-Husayn bin Ali r.anhu. Mereka dipanggil 12 kerana mereka mempunyai 12 imam; Ali bin Abi Talib, al-Hasan bin Ali, al-Husain bin Ali, Zainal Abidin bin al-Husain, Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin, Jaafar al-Sadiq bin Muhammad al-Baqir, Musa al-Kazim bin Muhammad al-Baqir, Ali al-Rida bin Muhammad al-Baqir, Muhammad al-Jawwad bin Ali al-Rida, al-Hadi bin Muhammad al-Jawwad, al-Hasan al-Askari bin Al-hadi dan akhirnya anaknya Muhammad al-Mahdi yang ditunggu, Imam ke-12 yang didakwa memasuki Sardaba di rumah bapanya dan dia akan keluar pada akhir zaman.

Mereka juga dipanggil al-Ja’fariyyah nisbah kepada Jaafar al-Sadiq. Mereka mengikut mazhab fiqh al-Ja’fariyyah. Antara ajaran utama mereka ialah : Semua imam adalah maksum, keluarnya imam ke-12 Imam al-Mahdi yang ditunggu, kembalinya Imam dan musuh mereka sebelum berlakunya qiamat dan pegangan al-Taqiyyah.

Golongan syiah dipengaruhi pemikiran dan pandangan mereka oleh golongan muktazilah dan diserapkan dalam tafsir mereka. Mereka juga al-Quran mempunyai maksud yang zahir dan batin dan mereka mengambil maksud yang batin.

 

Antara penyelewengan syiah dalam tafsir ialah kata-kata al-Kulayni ketika mentafsirkan ayat122 surah al-Anam

`tBurr& tb%x. $\GøŠtB çm»oY÷uŠômrsù $oYù=yèy_ur ¼çms9 #Y‘qçR ÓÅ´ôJtƒ ¾ÏmÎ/ †Îû Ĩ$¨Y9$# `yJx. ¼ã&é#sW¨B ’Îû ÏM»yJè=—à9$# }§øŠs9 8l͑$sƒ¿2 $pk÷]ÏiB 4 šÏ9ºx‹x. z`Îiƒã— tûï̍Ïÿ»s3ù=Ï9 $tB (#qçR%x. šcqè=yJ÷ètƒ ÇÊËËÈ

122.  Dan apakah orang yang sudah mati[502] Kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang Telah mereka kerjakan.

 

[502]  maksudnya ialah orang yang Telah mati hatinya yakni orang-orang kafir dan sebagainya.

Orang yang sudah mati ialah orang yang tidak mengetahui sesuatu. Cahaya yang berjalan ditengah-tengah masyarakat pula ialah Imam yang diikuti manakala orang yang berada dalam gelap gelita iala orang yang tidak mengenali Imam.

al-Kulayni menyebut riwayat dari Jaafar al-Sadiq :

* ª!$# â‘qçR ÅVºuq»yJ¡¡9$# ÇÚö‘F{$#ur 4 ã@sWtB ¾Ín͑qçR ;o4qs3ô±ÏJx. $pkŽÏù îy$t6óÁÏB ( ßy$t6óÁÏJø9$# ’Îû >py_%y`㗠( èpy_%y`–“9$# $pk¨Xr(x. Ò=x.öqx. A“Íh‘ߊ ߉s%qム`ÏB ;otyfx© 7pŸ2t»t6•B 7ptRqçG÷ƒy— žw 7p§‹Ï%÷ŽŸ° Ÿwur 7p¨ŠÎ/óxî ߊ%s3tƒ $pkçJ÷ƒy— âäûÓÅÓムöqs9ur óOs9 çmó¡|¡ôJs? ֑$tR 4 î‘qœR 4’n?tã 9‘qçR 3 “ωöku‰ ª!$# ¾Ín͑qãZÏ9 `tB âä!$t±o„ 4 ÛUΎôØo„ur ª!$# Ÿ@»sWøBF{$# Ĩ$¨Y=Ï9 3 ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« ÒOŠÎ=tæ ÇÌÎÈ

 

35.  Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus (Fatimah)yang di dalamnya ada Pelita besar(Al-Husayn Alayhisalam). Pelita itu di dalam kaca (dan)(al-Husayn) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara(Fatimah bintang di antara wanita dunia), yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya(Ibrahim), (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya)[bukan Yahudi dan bukan Nasrani], yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi(Ilmu hampir keluar], walaupun tidak disentuh api. cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)(imam dari Imam-imam yang bersilih ganti), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki,(Allah memberi hidayah kepada Imam bagi sesiapa yang dikehendakinya) dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

7M»yJè=àß $pkÝÕ÷èt/ s-öqsù CÙ÷èt/ !#sŒÎ) ylt÷zr& ¼çny‰tƒ óOs9 ô‰s3tƒ $yg1ttƒ 3 `tBur óO©9 È@yèøgs† ª!$# ¼çms9 #Y‘qçR $yJsù ¼çms9 `ÏB A‘qœR ÇÍÉÈ

40.  di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang tindih-bertindih,(Muawiyah dan pemfitnah Bani Ummayyah) apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya,(Orang mukmin yang difitnah oleh Bani Umayyah) (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah (orang yang tidak mengikut Imam dari keturunan Fatimah Alayhissalam), tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.(Tidak mempunyai Imam pada hari Qiyamat

 

Al-Khawarij

 

Al-Khawarij ialah aliran mazhab yang melampau dalam menentang golongan syiah. Mereka melampau dalam membenci Saidina Ali dan keturunannya. Sehingga mengkafirkan mereka. 

 

Fahaman ini muncul ketika berlakunya fitnah pada zaman Saidina Ali. Mereka mengkritik Saidina Ali kerana bersetuju dengan al-Tahkim ketika berperang dengan Muawiyah dalam peperangan Siffin. Mereka asalnya bersama Saidina Ali kemudian keluar dari tentera saidina Ali. Lebih dari itu mereka kemudiannya mengkafirkan Saidina Ali  yang menjadi sebab pembunuhan saidina Ali. Saidina Ali dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam dari puak khawarij.

 

Golongan khawarij berpecah kepada beberapa aliran dan mereka menentang kerajaan khalifah Umawiyah dan Abbasiyyah dan mereka membunuh orang Islam dan mengkafirkan orang yang nelakukan dosa besar.  Antara aliran utama dalam fahaman khawarij ialah al-Azariqah, al-najdat, al-Safariyah dan al-Ibadiyyah. Dikalangan aliran ini, yang paling hampir dengan ahli sunnah ialah aliran Ibadiyyah yang terdiri dari pengikut Abdullah bin Ibad.

 

Kesemua aliran ini telah pupus kecuali Ibadiyyah menjadi pegangan sebahagian umat Islam di Algeria, Tunisia dan menjadi agama rasmi di Oman pada hari ini.

 

Seperti mazhab-mazhab yang lain, puak khawarij menyokong pemikiran mereka dengan memberio tafsiran yang menyeleweng terhadap ayat al-Quran tetapi hasil karya mereka dalam tafsir adalah sedikit jika dibandingkan dengan muktazilah dan syiah.

 

Antara tafsiran khawarij ialah Tafsir Abdul Rahman bin Rustum al-Farisi yang hidup pada kurun ke-3H, Tafsir Yusuf bin Ibrahim al-Warjalani yang hidup pada kurun ke-6 dan dari kalangan ulama semasa tafsir Muhammad bin Yusuf al-Tafayysh

 

Aliran Menyeru kepada Pembaharuan Dalam tafsir

 

Aliran ini menyeru kepada pembaharuan dalam tafsir tetapi tidak mengikut syarat-syarat dan metodologi pentafsiran al-Quran. Mereka berpandangan sesiapa sahaja boleh bercakap tentang al-Quran walaupun tanpa ilmu. Golongan ini terkesan dengan aliran-aliran yang menyeleweng sebelum ini seperti penrusan kepada fahaman muktazilah, syiah dan khawarij. Ada juga yang terpengaruh dengan pemikiran jahiliyah moden seperti Yahudi, Kristian, Marxisme, Kapitalisme dan lain-lain.

 

Mereka tidak mentafsirkan al-Quran keseluruhannya tetapi mereka mengeluarkan kajian-kajian dan mentafsirkan ayat dengan fahaman yang salah.

 

Antara karya yang termasuk dalam aliran ini:

(a) al-Hidayah wa al-Irfan fi Tafsir al-Quran bi al-Quran oleh Abu Zaid al-Damanhuri, cetakan tahun 1349H

(b) al-Jawahir fi Tafsir al-Quran oleh Syaikh Tantawi Jawhari, cetakan tahun 1351H

(c) al-Tafsir al-Qurani lil quran, Abdul Karim al-Khatib , cetakan 1976M

 

 

Tafsir-tafsir ini tidak sama dari segi penyelewengannya.  Tafsir karangan al-Damanhuri, jauh dari kebenaran sehingga mahkamah Mesir mengharamkannya.

 

Tafsir al-Jawahir  adalah hasil syaikh tantawi seorang alim yang mulia, mempunyai niat baik, penyelewengan ialah dari segi tafsiran yang keluar dari nas kepada kajian-kajian ilmiah yang semasa, serta perbahasan ilmiah yang tidak kena mengena dengan ayat.

 

Abdul Karim al-Khatib pula melampau dalam penggunaaan akal dalam tafsir sehingga menundukkan nas kepada logik akal. Beliau terpengaruh dengan aliran pemikiran asing berhubung wanita, perkara-perkara ghaib, jihad, Yahudi dan kristian, pensyaritan dan nasakh.

 

Manakala buku-buklu yang menyeleweng ialah;

a) al-Fann al-Qasasi fi al-Quran oleh Dr.Ahmad Khalfullah

b) al-Quran muhawalah lifahm,i Asri oleh Mustafa Mahmud

c) Mafhum al-Nas oleh Dr. Nasr Hamid Abu Zaid

d) al-Kitab wa al-Quran, Dirasah Muasirah, Dr. Muhammad Sahrur.

1.2 Tafsir-tafsir yang termasuk dalam tafsir bi al-Ra’y al-Mazmun.

(a)Tafsir Majma al-Bayan oleh al-Tabarsi(m538H)

Tafsir ini merupakan tafsir yang penting bagi mazhab syiah imamiyyah. Ia ditulis oleh Abu Ali al-Fadl bin al-Hasan bin al-Fadl, al-Tabarsi. Al-Tabarsi menjadikan kitab “ al-Tibyan fi Tafsir al-Quran al-Quran” yang dikarang oleh Muhammad bin al-Hasan bin Ali al-Tusi (m460H) juga merupakan kitab utama dalam tafsir menurut syiah sebagai sumber tafsirnya.

Al-Tabarsi menyelesaikan tafsirnya pada tahun 534H iaitu empat tahun sebelum kematiannya.

Al-Tabarsi di dalam muqaddimah tafsirnya menyebut tentang kepentingan tafsir, minatnya untuk menulis tafsir sejak muda lagi, memuji tafsir al-Tusi dan menyebut tujuh bentuk ulum al-Quran. Beliau menyebut:

” Saya memulakan pada setiap permulaan surah dari segi Makkiyah dan Madaniyah, perbezaan pendapat tentang bilangan ayatnya, setiap ayat saya akan menyebut perbezaan dari segi qiraat, kemudian saya menyebut hujah-hujah, tafsiran dari segi  bahasa, irab(fleksi), sebab turun ayat, diikuti makna-makna, hukum-hukum, kisah-kisah dan susunan ayat…dan aku namakannya Majma’ al-Bayan li Ulum al-Quran.

 

Dalam tafsir ini jelas menyebut tentang Ali sebagai imam, para imam adalah maksum, kembalinya al-Mahdi, taqiyyah, nikah mut’ah, perkahwinan dengan ahli kitab dan hukum harta rampasan perang. Beliau juga terkesan dengan fahaman muktazilah dalam beberapa isu seperti melihat Allah.

(b)Tafsir Hayman al-Zad Muhammad Yusuf Attafayish(m1332H)

Tafsir ini merupakan tafsir aliran ibadiyyah yang digarap oleh Muhammad Yusuf bin Isa bin Soleh Attafayish. Dilahirkan di Yasjun satu tempat yang terletak di Wadi Mizab(lembah mizab)di selatan Algeria. Dilahirkan pada tahun 1236H. Beliau dibesarkan dalam suasana ilmiah. Terkenal sebagai seorang yang zuhud  dan warak. Beliau mula mengajar dan mengarang ketika usianya baru mencecah 16 tahun.

 

 (c)Al-Zamakhshariy  dan tafsir al-Kashshaf

Beliau ialah Abu al-Qasim Jarullah Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Umar al-Khawarizmi, al-zamakhshariy. Dilahirkan di kampung Zamakhshar di kawasan Khawarizm pada hari Rabu 27 Rejab 476H dan meninggal di Bandar Khawarizm pada malam 9 Zulhijjah 538H semasa berusia 71 tahun.

Beliau dibesarkan oleh kedua ibu bapa yang soleh. Beliau menuntut dengan bapanya dan menghafaz al-Quran dengannya. Beliau juga belajar dengan ulama besar zamannya di Khawarizm, Bukhara dan tempat-tempat lain. Semasa berusia 30-an beliau terkenal sebagai ulama dalam tafsir, nahu, aqidah dan sastera.

Pada awal kurun ke-6 hijrah beliau ke Mekah untuk mengerjakan haji dan menetap di sana sehingga dipanggil jarullah(jiran Allah) dan berjumpa dengan pembesar Mekah Ali bin Hamzah bin Wahhas dari Al al-Bayt yang berpegang dengan fahaman muktazilah. Di Mekah beliau menulis karya-karyanya antaranya tafsir al-Kashhaf. Beliau juga pergi kebeberapa tempat seperti Yaman, Oman, Najd dan lain-lain.

Beliau meninggalkan hasil karya yang banyak mencecah 50 buah  seperti tafsirnya, Asas al-Balaghah,al-faiq fi gharib al-hadith. Ruus al-Masail fi fiqh al-Khilafi bayna al-hanafi wa al-Shafii.

Metodologi al-Zamakhshary

Secara ringkas metodologi al-Zamakhshary dalam tafsir dapat dirumuskan seperti berikut:

(a) Mentafsir al-Quran dengan bahasa Arab

(b) Menjelaskan kecantikan struktur al-Quran

al-Zamakhshary melalui tafsirnya mengaplikais  teori al-Nazam yang disebut oleh Abdul Qahir al-Jurjani.  Beliau menampilkan betapa al-Quran adalah mukjizat pada aspek bahasa, kecantikan susunan dan gaya bahasa dan balaghah al-Quran. Di sinilah terletak keistimewaan tafsir ini sehingga menjadi rujukan dalam aspek ini.

Contoh tafsirannya yang  menarik ialah:

Orang munafik tidak merasai dan tidak mengetahui

#sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% öNßgs9 Ÿw (#r߉šøÿè? ’Îû ÇÚö‘F{$# (#þqä9$s% $yJ¯RÎ) ß`øtwU šcqßsÎ=óÁãB ÇÊÊÈ Iwr& öNßg¯RÎ) ãNèd tbr߉šøÿßJø9$# `Å3»s9ur žw tbráãèô±o„ ÇÊËÈ #sŒÎ)ur Ÿ@ŠÏ% öNßgs9 (#qãYÏB#uä !$yJx. z`tB#uä â¨$¨Z9$# (#þqä9$s% ß`ÏB÷sçRr& !$yJx. z`tB#uä âä!$ygxÿ¡9$# 3 Iwr& öNßg¯RÎ) ãNèd âä!$ygxÿ¡9$# `Å3»s9ur žw tbqßJn=ôètƒ ÇÊÌÈ

11.  Dan bila dikatakan kepada mereka:”Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi[24]“. mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”

12.  Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sedar.

13.  Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah beriman.” mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu Telah beriman?” Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.

 

[24]  kerusakan yang mereka perbuat di muka bumi bukan berarti kerusakan benda, melainkan menghasut orang-orang kafir untuk memusuhi dan menentang orang-orang Islam.

 

Ayat 12 diakhiri dengan لا يَشعرون   manakala ayat 13 diakhiri dengan لا يعلمون.

Mereka yang memerhatikan kedua-dua ayat ini akan dapat melihat kecantikan al-Quran dalam pemilihan al-Fasilah al-Quraniyyah. Ayat 11 dan 12 menjelaskan sikap orang munafik apabila dilarang dari melakukan kerosakan lalu mereka mendakwa mereka adalah orang-orang yang baik lalu al-Quran menjelaskan realiti mereka sebenarnya sebagai golongan yang membuat kerosakan sedangkan mereka tidak menyedarinya. Ayat ke-12 pula menolak dakwaan orang munafiq yang menuduh orang yang beriman sebagai bodoh padahal merekalah orang yang bodoh. Ayat 12 diakhiri dengan orang-orang munafiq itu tidak tahu.

 

Pengakhiran kedua-dua ayat dengan لا يَشعرون    dan لا يعلمون amat sesuai sekali dengan konteks ayat. Gambaran al-Quran orang munafiq sebagai perosak  dimuka bumi berkaitan dengan pancaindera. Firman Allah:

z`ÏBur Ĩ$¨Y9$# `tB y7ç6Éf÷èム¼ã&è!öqs% ’Îû Ío4quŠysø9$# $u‹÷R‘‰9$# ߉Îgô±ãƒur ©!$# 4’n?tã $tB ’Îû ¾ÏmÎ6ù=s% uqèdur ‘$s!r& ÏQ$|Áςø9$# ÇËÉÍÈ #sŒÎ)ur 4’¯<uqs? 4Ótëy™ ’Îû ÇÚö‘F{$# y‰Å¡øÿã‹Ï9 $ygŠÏù y7Î=ôgãƒur y^öysø9$# Ÿ@ó¡¨Y9$#ur 3 ª!$#ur Ÿw =Ïtä† yŠ$|¡xÿø9$# ÇËÉÎÈ

204.  Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras.

205.  Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan[130].

 

Kerosakan yang dilakukan oleh orang-orang munafiq dapat dilihat dengan pancaindera manusia, maka amatlah sesuai ayat 11 diakhiri dengan ولكن لا يشعرون  kerana tidak sedar atau tidak merasai berkaitan dengan pancaindera.

 

Penutupan ayat ke-12 dengan tidak tahu sesuai dengan al-Sufaha’ yang membawa maksud kejahilan yang merupakan kontra kepada iman. Iman memerlukan kepada kajian, penilitian dan dalil. Perkara ini tidak dapat dicapai melainkan dengan ilmu. Apabila orang-orang munafik menuduh orang-orang mukmin sebagai bodoh, amat sesuai sekali dalam ayat ini menyatakan realiti bahawa orang munafik tidak berilmu : ولكن لا يعلمون

Tuduhan mereka terhadap orang-orang yang beriman tidak mempunyai asas ilmu.

 

Sehubungan dengan itu al-Zamahsyari menyebut:

“ Mengakah ayat ini ditutup dengan لا يعلمون dan ayat sebelumnya dengan لا يَشعرون    . Saya menjawab: Kerana perkara agama dan pendirian bahawa orang-orang mukmin berada dalam kebenaran dan mereka berada dalam kebatilan memerlukan kepada pemerhatian  dan hujah sehingga seseorang itu memperolehi maklumat. Manakala munafiq dan sifat melampau mereka yang membawa kepada fitnah dan kerosakan di muka bumi merupakan urusan dunia yang menjadi kebiasaan, diketahui umum khususnya masyarakat Arab dalam jahiliyah mereka, mereka dapat melihat perubahan, peperangan dan cara hidup berpuak-puak, maka ianya satu yang dapat dicapai dan dilihat oleh pancaindera. Dan apabila disebut perkataan alsafh iaitu jahil maka pengakhiran ayat dengan ilmu tepat sekali.’

(c) Menjadi syair sebagai sumber menghuraikan makna sesuatu perkataan atau semasa menjelaskan balaghah al-Quran.

Antara penyair yang menjadi sumber al-Zamakhshari ialah Imraul Qays, al-Nabighah al-Zubyani, Amru bin Kalthum, Antarah bin Shaddad, Tarafah bin al-Abd, Zuhair bin Abi Sulama dari kalangan penyair jaliliyah; Hassan bin Thabit, al-Farazdaq, Jarir, al-Mutanabbi, Abu Nuwas, Abu Tamam dari kalangan penyair Islam.

(d) Mengurangkan tafsir bil Ma’thur.

Beliau tidak mengikut metodologi tafsir bil Ma’thur, atau metodologi al-Athari al-Nazari. Amat jarang sekali al-Zamakhshari mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran dan kadang-kadang beliau mentafsirkan al-Quran dengan hadith tetapi al-Zamakhsari bukan tokoh yang alim dalam bidang hadith menyebabkan banyak hadith daif dan palsu dalam tafsir tanpa menafikan terdapatnya hadith-hadith yang sohih. Hadith-hadith dalam tafsrinya telah dinilai oleh al-Hafiz al-Zailai dan diringkaskan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani.

Antara kritikan terhadap al-Zamakhsari berhubung hadith dalam tafsirnya ialah hadith yang disandarkan kepada nabi s.a.w melalui Ubay bin Kaab berhubung kelebihan  setiap surah yang menetapkan kelebihan khusus bagi setiap surah yang disebut oleh al-Zamakhsari diakhir setiap surah.

Hadith-hadith tersebut adalah palsu secara sepakat dikalangan ulama hadith. Ibnu Hajar al-Asqalani menyebut:

Hadith tersebut dikeluarkan oleh Ibnu al-Jawzi dalam kitabnya al-Mawduat dari Ubay bin Kaab dan ianya diriwayatkan oleh Ubay bin Kaab dan diriwayatkan oleh Ibnu Mardawayh dan al-Wahidi.

Begitu juga al-Zamakhshary tidak banyak menyebut  tafsiran sahabat dan tabiin.

Oleh kerana al-Zamakhsary tidak mengikut metodologi tafsir bil Ma’thur, atau metodologi al-Athari al-Nazari menyebabkan kurangnya unsur-unsur israliyyat dalam tafsirnya berbanding tafsir-tafsir yang lain.

(e) Tafsir al-Quran dengan fahaman mazhab muktazilah

Al-Zamakhsary merupakan seorang yang fanatic dengan fahaman muktazilah menyebabkan unsure muktazilah jelas dalam tafsirnya Beliau mengemukakan hujah dan pandangan muktazilah  semasa menerangkan sesuatu ayat dan menta’wilkan ayat al-Quran sesuai dengan mazhab mu’tazilah. Beliau juga sangat lantang terhdap ahl sunnah dan menggunakan ungkapan yang kasar dan sinis.

Antara contoh tafsiran muktazilah ialah firman Allah:

×nqã_ãr 7‹Í´tBöqtƒ îouŽÅÑ$¯R ÇËËÈ 4’n<Î) $pkÍh5u‘ ×otÏß$tR ÇËÌÈ

22.  Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri.23.  Kepada Tuhannyalah mereka Melihat.

[al-Qiyamah]

Semasa mentafsirkan ayat ini al-Zamakhshari mengatakan ORANG MUKMIN TIDAK DAPAT MELIHAT TUHAN PADA HARI AKHIRAT’ ayat ditafsirkan sebagai kemungkinan dan harapan melihat tuhan diakhirat.

Tafsiran yang diberikan oleh al-Zamakhshari terpengaruh dengan fahaman muktazilah yang berpegang bahawa tuhan tidak boleh dilihat di dunia dan akhirat.

 

Kedudukan Tafsir al-Kashshaf

Para pentafsir yang datang selepas beliau telah merujuk kepada tafsir al-Kashshaf di samping  membidas pandangan muktazilah di dalam tafsirnya. Pengaruh tafsir  al-Kashshaf jelas dalam karya-karya berikut:

(a)Tafsir Mafatih al-Ghayb karangan Fakhr al-Din al-Razi

(b) Tafsir Gharaib al-Quran wa Raghaib al-Furqan oleh al-Qimmi al-Naisabury

(c) Tafsir Bahr al-Muhit karya Abu Hayyan al-Andalusi

(d) Tafsir al-Durr al-Masun fi Ulum al-Kitab al-Maknun oleh Samin al-Halabi

(e) Tafsir Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-ta’wil oleh al-baydawi

(f) Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir oleh Imam al-Nasafi

(g)Tafsir Irshad al-Aql al-Salim Ila mazaya al-Quran al-Karim oleh Abu Saud al-Imadi

Hakikatnya tafsir al-Kashhaf merupakan satu kitab tafsir yang istimewa sekiranya tidak ada elemen muktazilah di dalamnya menyebabkan ia dimasukkan dalam kelompok tafsir-tafsir yang menyeleweng. Sehubungan dengan ini Muhammad Husayn al-Zahabi mengatakan:

“ Mahmud   bin Umar al-Zamakhsyari adalah mufassir adan ahli bahasa yang baik, tetapi beliau mengajak kepada muktazilah..dengan itu berwaspadalah dari al-Kasshaf’

 

 

Bab 5: Tafsir Bi al-Ra’y al-Mahmud

Mac 15, 2009

Bab 5 Tafsir al-Quran bi Al-Ray al-Mahmud

Tafsir al-Quran bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Tafsir ini juga dinamakan dengan tafsir al-Aql atau tafsir al-Nazari(تفسير العقلى/ النظري

Tafsir bi al-Ray terbahagi kepada dua:

(a)Tafsir bi al-Ray al-Mahmud

Definisi: Tafsir yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab,kaedah perundangan dan asas-asas agama termasuk ilmu usul fiqh, ilmu hadith dan sebagainya. Ia juga tidak bertentangan dengan sumber yang sahih, akal yang sejahtera, ilmu yang pasti dan berusaha keras untuk mencari kebenaran, membersihkan diri daripada hawa nafsu  serta mengingati Allah terhadap apa yang diperkatakan.

 

b) Tafsir bi al-Ray al-Mazmum

Pentafsiran yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak berkelayakan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dengan menyokong mazhab yang sesat. Tafsir jenis ini berdasarkan sumber yang palsu atau meragukan dan tidak mempunyai asas yang jelas.

Perbincangan berkaitan tafsir  ini akan dibincangkan dalam bab yang berikutnya.

 

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulamak telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur sahaj. Sementara golongan lain pula berpendapat  harus mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang terdahulu  yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihab terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat diperolehi.

Hujah Golongan yang menentang

Pertama: Golongan yang menetang menggunakan argumentsi akal dalam menegakkan pendapatnya. Mereka berpendapat mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad beerti menyatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan dan ini tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam. Seseoranل mufassir yang mentafsir al-Quran dengan ijtihad tidak dapat menyakiniorang lain bahawa ijtihad itu benar.Mungkin ada mufassir yang hanya menyangka ijtihadnya betul menurut sangkaannya sahaja, sedangkan perkara ini tidak dibenarkan. Dalilnya :

Al-Isra’ : 36

Maksudnya : “ Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahunan tentangnya.”

Firman Allah:

Al-A’raf 33  

33.  Katakanlah: “Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.”

 

Kedua : Larangan mentafsirkan  al-Quran dengan pendapat dan  ijtihad adalah berdasarkan firman Allah SWt : al-Nahl : 44

Maksudnya : “ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang member peringatan , supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturnkan kepada mereka.”

Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah saw dan tidak kepada orang lain. Oleh itu hak untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran adalah terbatas kepada Baginda sahaja, manakala orang lain hanya berhak menyebarkan penerangan yang ternyata benar daripada rasulullah saw . Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah saw telah wafat sedangkan tidak semua ayat di dalam al-Quran telah dijelaskan oleh Rasululllah saw.

Ketiga: Golongan ini juga berdalilkan kepada hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ibn Abbas:

 

Maksudnya : “ Berwaspadalah bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya  dalam neraka dan sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri maka sediakanlah tempatnya dalam neraka.”

Dan sabda Rasulullah saw lagi:

Maksudnya : “ Sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul, sesungguhnya ia adalah salah.”

Larangan yang terdapat dalam hadith Rasulullah saw ini adalah kepada mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang musykil dan mutsyabihat dalam al-Quran. Pandangan yang dikemukakan adalah bersifat peribadi tanpa diasaskan kepada bukti yang kukuh , tetapi disandarka kepada zahir bahasa Arab.

Keempat : Menolak pentafsiran dengan ijtihad dan pendapat adalah berasaskan pendapat salaf al-Salih yang berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan fikiran sendiri. Antaranya ialah Abu Bakr al-Siddiq yang pernah menegaskan: “ Mana bumi untukku dan mana langit yang sanggup melindungiku sekiranya aku memperkatakan tentang kitab Allah perkara yang aku tidak ketahui. “

 

Begitu juga riwayat dari Sa’id bin al-Musayyab yang disampaikan oleh Yazid bin Abi Yazid mengatakan : “ Kami semua bertanya kepada Sa’id bin Musayyab tentang halal dan haram  kerana beliau adalah seorang yang lebih arif, tetapi apabila kami bertanyakan tentang tafsir ayat-ayat al-Quran , diapun mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengarnya . “Begitu juga  riwayat daripada Masruq mengatakan : “ Berhati-hatilah dengan tafsir, sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Allah. “

Hujah golongan yang mengharuskan tafsir dengan ijtihad dan pendapat 

Manakala golongan yang mengharuskan tafsir bi al- Ra’yi mengemukan beberapa  hujah akal dan juga dalil al-Quran dan al-Hadith untuk menegakkan pendapat mereka. Antaranya :

Pertama :

Al-Quran sendiri menyuruh umat manusia supaya mengkaji dan meneliti ayat-ayat Allah. Dalilnya :

 

Maksudnya : “ maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka  kunci penutup ( yang menghalang mereka daripada menerima ajaran al-Quran )

Pengkajian terhadap al-Quran tidak berlaku melainkan dengan penelitian yang berasaskan kepada pemahaman , kekuatan berfikir dan penggunaan ijtihad. Ini menujukkan bahawa al-Quran sendiri yang menyuruh supaya melakukan pentafsiran dengan ijtihad. Sekiranya pentafsiran al-Quran dengan ijtihad dan pendapat tidak diharuskan nescaya terhalanglah ijtihad , dengan demikian tergendalalah urusan ummah seluruhnya, seterusnya menafikan fungsi al-Quran sebagi penyuluh ummah.

Kedua a;

Wujudnya perselisihan pendapat dikalangan para sahabat dan tabi’in dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ini menunjukkan bahawa pendapat-pendapat tersebut adalah datangnya daripada mereka bukannya daripada Rasulullah saw . Oleh itu bagaimana para sahabat boleh bertindak sedemikian sekiranya ijtihad  dan mengeluarkan pendapat tidak dibenarkan oleh syara’? Ini sudah pasti menunjukkan bahawa ianya tidak dil;arang oleh syara’.

Ketiga:

Doa Nabi saw untuk ibn Abbas r.a

Maksudnya : “ Ya Allah ! Berilah kepadanya keluasan kefahaman dalam ilmu agama dan ajarlah ta’wil kepadanya.”

Daripada hadith ini dapat dibuat kesimpulan , Seandainya ta’wil atau tafsir itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja, tentulah tidak berfaedah dikhususkan ta’wil kepada ibn Abbas. Jadi yang dikehendaki dengan ta’wil di sini adalah tafsir menggunakan ijtihad.

 

Keempat :

Mereka juga berdasarkan kepada athar yang didapati daripada al-salaf yang menunjukkan ada keharusan dalam memberikan pendapat sendiri, berijtihad dan beramal dengannya. Contohnya Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya yang lain  : “ Adakah Rasulullah saw mengurniakan sesuatu secara khusus kepada kamu? “ Mereka menjawab : “ Tidak ada di sisi kami melainkan apa yang ada pada mushaf ini (al-Quran ) , juga kefahaman yang dikurniakan kepada seseorang di dalam kitabnya.” Kenyataan ini menggambarkan bahawa tafsiran dengan pendapat dan juga ijtihad diharuskan oleh agama.

 

Namun para mufassir yang menggunakan ijtihad haruslah berhati-hati dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki dalam mentafsirkan al-Quran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :

1-      Seseorang mufassir  hendaklah mencari makna al-Quran daripada al-Quran itu sendiri. Jika dia tidak menemuinya dalam al-Quran , hendaklah ia mencari dalam hadith dan jika tidak menemuinya juga haruslah mencari pendapat sahabat yang adil . Ini kerana para sahabt lebih mengetahui  tentang suasana turunnya sesuat ayat dan sebab penurunannya. Namun sebaik-baik method yang hendak digunakan dalam mentafsirkan al-Quran hendaklah berdasarkan penjelasan atau penafsiran daripada Nabi saw itu sendiri.

2-      Jika Mufassir tidak menemui makna  yang dimaksudkan dalam al-Quran , di dalam hadith atau daripada pendapat-pendapat sahabat, maka kita boleh menggunakan pedoman –pedoman yang telah diisyaratkan.

Pandangan yang rajih berkaitantafsir bi al-Ra’y al-Mahmud adalah harus dengan syarat bahkan menurut Dr. Solah al-Khalidi ianya menjadi wajib bagi mereka yang memiliki dan keperluan yang membantunya untuk memilih pandangan yang betul dan memiliki persediaan ilmu-ilmu untuk mentafsir al-Quran. (Ta’rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin hal.433)

 

Dr.Subhi Soleh berpendapat pengharaman wajar dilakukan sekiranya pentafsir itu tadi tegas  menyatakan bahawa inilah makna sebenar ayat yang dihuraikan sedangkan beliau gagal untuk membawa sebarang dalil yang sah bagi menyokong pendapatnya itu. Pengharaman juga wajar dibuat kalau ia dilakukan oleh seorang yang jahil dengan segala kaedah bahasa Arab dan usul-usul syarak atau juga disebabkan beliau cuba mencari sokongan dari ayat-ayat al-Quran terhadap kepentingan hawa nafsunya sendiri.

 

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y

syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

 

1. Memiliki sifat penting dan memiliki adab-adab bagi pentafsir

2. Memiliki ilmu-ilmu asas untuk memahami dan mentafsirkan al-Quran

3. Menjauhi kesalahan-kesalahan yang disebut oleh ulama semasa mentafsirkan al-Quran

4.Tidak menundukkan al-Quran kepada pemikiran

5. Menjauhi hawa nafsu semasa mentafsir al-Quran

6.Tafsiran tidak bertentangan  dengan ayat al-Quran yang lain

7.Tafsiran tidak bertentangan dengan hadith yang sohih

8.Tafsiran tidak bertentangan dengan penggunaan bahasa Arab yang fasih

9.Tidak terkesan dengan pemikiran dan pegangan yang menyeleweng dan sesat

10. Tidak mengatakan bahawa tafsiran yang diberikan oleh pentafsir sebagai maksud ayat atau maksud ayat yang sebenarnya sebaliknya mengatakan: Ini yang saya faham, ini yang ditunjukkan Allah kepada saya dan pandangan orang lain mungkin lebih baik[ Solah al-Khalidi hal.435-436]

 

 

Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ra’y  yang terkenal:

1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya  Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil

Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di Bandar al-Bayda’ yang terletak di Syiraz tetapi tarikh lahirnya tidak diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua bapa dan datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang waktu kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada tahun 685H semasa berusia 100 tahun.

Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila  Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali al-Anwar tentang akidah.

Tafsir al-Baydawi:

Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya “ Kashf al-Zunun An Asami al-Kutub wa al-Funun”

“ Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu dijelaskan lagi, beliau telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf berkaitan fleksi(I’rab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-Bayan, dari tafsir al-Kabir berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-Raghib(Jami’ al-Tafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsia…selain beliau mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri…”

Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang bilangan mencecah empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah dalam  Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut perkiraan Ismail al-Baghadadi dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang masyhur ialah:

(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti “ Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar”

(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)

(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)

(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)

(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H)

 

2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir

Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.

Tafsir al-Nasafi

Al-Nasafi menjelaskan  objektif penulisan tafsirnya:

“Saya telah diminta oleh pihak yang  berkuasa(sultan) menulis kitab yang sederhana berkaitan ta’wil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan tentang bentuk-bentuk fleksi(I’rab), dan qiraat,  mengandungi perbahasan tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan pandangan ahli sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.”

Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa  yang singkat seperti yang dinyatakan di muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.

 

Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah

(a)Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada tafsir ini dengan menggugurkan pandangan muktazilah

(b)Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau meninggal 25 tahun sebelum al-Nasafi

(c)Tafsir “al-Kashf wa al-Bayan’ karya Abu Ishaq al-Tha’labi

(d) Tafsir Syarh Ta’wilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.

Metodologi

Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat  Tujuh, dan membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam masalah fiqh pula  beliau mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan aqidah beliau mendukung pandangan ahli sunnah dan menolak pandangan aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut riwayat Israiliyyat dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.”

3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar

Biografi:

Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin ،Umar bin Hassan al-Ruba:t. Beliau merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada tahun 809H. Semasa berusia 12 tahun, beliau berpindah bersama keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: ،i: menadah ilmu dengan beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin ilmu Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu feqah, usul fiqh, nahu, balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula beliau menuntut ilmu dengan tokoh hadith Ibn  Hajar al-،Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-Dimashqi:. Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu seperti Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab. Selain menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: ،i: tidak  ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan. al-Biqa: ،i: meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.[

Tafsir

Al-Biqai menulis kitab tafsirnya yang dinamakan” Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy  wa Al-Suwwar.’ Tafsir ini memberi penekanan tentang hubungan dan perkaitan  antara ayat-ayat dalam satu surah dan perkaitan antara satu surah dengan surah yang lain. Perhubungan ini disebut sebagai ilmu munasabat iaitu sebagai bentuk-bentuk hubungkait diantara satu ayat dengan ayat al-Quran yang lain atau bentuk pertautan antara satu surah dengan surah yang lain.

Antara sumber tafsir beliau ialah  tafsir yang  ditulis oleh Abu al-Hasan, Ali bin Ahmad bin al-Hasan al-Tajibi al-Maghribi yang dinamakan ” Miftah al-Bab al-Muqaffal li Fahm al-Quran al-Munazzal dan tafsir Ibn Naqib.

Beliau telah menghabiskan masa selama14  tahun untuk menyelesaikan tafsirnya. Beliau menyebut diakhir tafsirnya:

” Aku selesai menulis muswaddah(draf awal) pada hari Selasa 7 Syaaban tahun 875H di masjidku di pintu Bab al-’Id di Kaherah dan permulaannya pada bulan Syaaban tahun 861H, maka genaplah 14 tahun.

Kemudian aku selesai menyalin semula pada Asar hari Ahad 10 Syaaban tahun 882H di rumahku yang terletak dalam kawasan Madrasah al-Badraiyyah di Damsyik menjadikan tempoh keseluruhannya 22 tahun.”

4. Imam al-Alusi dan tafsir Ruh al-Maani

Beliau ialah Syihab al-Din Mahmud Syukri al-Alusi al-Baghdadi. Al-Alusi adalah merujuk kepada pulau” A:lus” yang terletak di pertengahan Sungai Furat di antara Syam dan Iraq.

Al-Alusi dilahirkan di   perkampungan ‘Al-Khurh,’ Baghdad tahun 1217H dan meninggal di Baghdad pada 1270H ketika berusia 53 tahun. Beliau menuntut ilmu dengan ulama Baghad antaranya bapanya sendiri Syukri. Al-Alusi mula mengajar dan menulis ketika usianya 13 tahun. Sejak itu ramai yang menuntut dan beliau melahirkan ramai tokoh ulama. Pada tahun 1248 beliau menguruskan al-Madrasah al-Marjaniyyah dan sekolah ini tidak boleh diuruskan melainkan orang yang paling alim di Baghdad. Kemudian beliau menjadi mufti mazhab Hanafiyah di Iraq   selama 15 tahun sehingga tahun 1263H.

Selepas itu beliau memberikan tumpuannya untuk menyelesaikan penulisan tafsirkan al-Quran sehingga tahun 1267H. Selesai menulis tafsir, beliau menghadap Sultan Abdul Majid yang Khan, khalifah kerajaan Islam Uthmaniyyah di Istanbul dan menghadiahkan tafsirnya. Khalifah sangat kagum dengan hasil usahanya.

 

Selain tafsirnya al-Alusi juga menghasilkan beberapa karya seperti Syarh al-Sulam dalam ilmu mantiq, al-Ajwibah al-Iraqiyyah An al-Asilah al-Lahuriyyah, Durrah al-Ghawwas fi Awham al-Khawwas, akan tetapi tafsirnya yang paling terkenal.

 

Tafsir

Al-Alusi memulakan tafsirnya pada malam 16 Sya’ban tahun 1252H ketika beliau berusia 34 tahun dan menyelesaikannya pada tahun 1267H mengambil masa  15 tahun dan tiga tahun sebelum kewafatannya.

5.Tafsir al-Kabir

Imam Fakhr al-Din al-Razi dan metodologinya dalam pentafsiran

Biodata Al-Razi

Beliau ialah Muhammad bin Umar bin al-Husayn bin Ali al-Taymi terkenal dengan panggilan Ibn al-Khatib al-Rayy. Beliau dilahirkan di bandar al-Rayy yang kini meruapakan bandar lama yang terletak di Tenggara Tehran tahun 554H. Beliau dibesarkan oleh bapanya Diyauddin Umar dalam suasana ilmu sesuai dengan sahsiahnya seorang ulama besar di Rayy. Al-Razi dibesarkan dalam keadaan sederhana dan mengembara ke beberapa tempat dalam usaha  mencari ilmu dan menuntut ilmu dengan tokoh ulama zamannya sehingga beliau  muncul sebagai alim dalam bidang tafsir, aqidah, ilmu mantiq, bahasa , ilmu fiqh dan usul fiqh. Beliau juga mahir dalam memberi nasihat dalam dua bahasa iaitu Arab dan Parsi sehingga orang yang mendengarnya boleh menangis. Al-Razi meninggal dunia di Hirah pada hari Isnin , 1 syawal tahun 606H semasa berusia 63 tahun. Sepanjang hidupnya beliau telah menghasilkan lebih dari lapan puluh karya berupa buku dan risalah. Antara karya yang terkenal:

1.Tafsir al-Kabir

2. Al-Mahsul dalam bidang usul fiqh

3.Asas al-Taqdis dalam bidang ilmu kalam

4. Sharh Asmaullah al-Husna

5. I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin

6. Nihayah al-Ijaz fi Dirayah al-I’jaz

7. Manaqib Imam al-Syafie

 

Tafsir al-Kabir Satu pengenalan

Tafsir al-Razi mempunyai dua nama:

(a)Tafsir al-Kabir yang merupakan nama yang terkenal dikalangan ulama

(b) Mafatih al-Ghayb

Al-Razi memulakan penulisan tafsirnya menjelang usianya mencecah lima puluh tahun. Beliau telah mentafsirkan surah al-Fatihah dalam satu jilid yang besar tetapi catatan tidak menunjukkan kepada kita bilakah al-Razi tamat dari menulis tafsir surah al-Fatihah dan al-Baqarah. Beliau menghabiskan masa untuk menulis tafsirnya lebih dari sepuluh tahun dan menjadi kelaziman al-Razi mencatat tarikh akhir beliau mentafsir satu-satu surah. Namun waktu beliau mentafsirkan surah-surah tersebut tidak mengikut susunan mushaf.

Sebagai contoh beliau mengakhiri penulisan tafsir surah Ali Imran pada 1 Rabiul akhir tahun 595H, surah al-Ahqaf pada 20 Zulhijjah tahun 603H dan ini merupakan tarikh terakhir yang ditulis dalam tafsirnya.  Beliau selesai  mentafsir surah al-Anfal pda bulan Ramadan tahun 601H, surah al-Tawbah dan Yunus pada permulaan Rejab tahun 601H lebih awal dari surah al-Anfal sedangkan dari segi susunan mushaf surah al-Anfal adalah lebih awal dari surah al-Tawbah dan surah Yunus. Beliau juga menghabiskan tafsir surah al-Ra’d selama satu hari iaitu pada 8 Syaaban 601H.

Berhubung tafsir ini, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa al-Razi tidak menyelesaikan penulisan tafsirnya sebaliknya disempurnakan oleh dua muridnya: Syams al-Din Ahmad bin Khalil al-Khui dan Najmuddin Ahmad bin Muhammad bin al-Hazm al-Makhzum. Antara sarjana yang berpegang dengan pendapat ini ialah Dr.Muhammad Husyain Al-Dhahabi dalam karyanya al-Tafsir wa al-Mufassirun , Muhammad al-fadil bin Asyur dalam hasil garapannya “ al-Tafsir wa Rijaluh” dan Dr. Ali Muhammad Hasan al-Imadi dalam karyanyaberjudul” al-Imam  Fakh al-Din al-Razi: Hayatuhu wa Atahruh”

Pendapat ini ditolak Dr.Muhsin Abdul Hamid dalam karyanya al-Razi Mufassiran dan Dr.Solah al-Khalidi dalam kajiannya berjudul: “ Adakah Imam al-Razi menyelesaikan tafsirnya  Mafatih al-Gyahb”. Pandangan yang kuat ialah al-Razi mentafsirkan seluruh al-Quran.

 

 

Bab 4 : Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur

Mac 14, 2009

Bab 4 : Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur
Definisi: Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran, hadith-hadith rasul saw yang sahih dan riwayat para sahabat r.anhum(athar) atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat[ Ibn Taymiyyah, hal.41
Walaubagaimanapun ada dikalangan ulama yang tidak bersetuju memasukkan tafsiran tabiin ke dalam tafsir bi al-Ma’thur.

Perkembangan Tafsir bi al;Mathur
Perkembangan Tafsir bi al;Mathur terbahagi kepada lima peringkat:
Pertama: Secara Lisan atau periwayatan. [ Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]

Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah,

Kedua: Secara penulisan bersama dengan hadith.
Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sohih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.

Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh ini ialah:
(a) Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.
(b) Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)
(c) Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)
(d)Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani(m211H)
(e)Tafsir Abd bin Humayd(m249H)
(f)Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)
(g)Tafsir al-Nasai(m303H)

Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H), Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).

Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tangan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.

Syarat-syarat Tafsir bil Ma’thur
a) Mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai ilmu hadith riwayat dan dirayat
b) Benar-benar mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, kemudian mengenai kata-kata sahabat, tabiin dan imam-imam mujtahid.
c)Berkemampuan mengumpul dan menserasikan riwayat-riwayat yang bercanggah
d)Mengetahui hakikat perselisihan tafsir dan sebab-sebabnya.
e) Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan ilmu nasikh mansukh, kerana pengetahuan tentang asbab al-Nuzul membantu memahami nas dan ilmu nasikh mansukh untuk mengetahui ayat yang muhkam dan mansukh.
f) Memetik pendapat yang sepakat sahaja dan tidak memetik pendapat yang gharib(asing)
g)Tidak bersandar kepada riwayat-riwayat Israiliyyat._pengantar 63

Sumber Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur

1.Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, sebab perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ayat diperincikan di tempat lain.
Sehubungan itu Ibn Kathir berkata:
“ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.”
Mentafsir al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari berbagai sudut
a) Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas. [ Lihat pengantar hal.65, ]

17. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
18. Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
19. (yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.

b)Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh”mujmal”
Ayat yang menyeluruh dihuraikan lagi dengan ayat-ayat lain. Sebagai contoh kisah nabi Adam a.s dan Iblis yang dilaknat disebut secara mujmal”menyeluruh’ dalam ayat 50 surah al-Kahf:
50. Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam[884], Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.

[884] sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri, Karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.
Ayat ini dihuraikan ditempat yang lain:
(a)Surah al-Baqarah ayat 30-39
(b) Surah al-Araf ayat 11-27
(c)Surah al-Hijr ayat 36-50
(d)Surah al-Isra’ayat 61-65
(e)Surah Sad ayat 67-85

Contoh yang lain ialah dalam surah al-Fatihah:

7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka;
Dalam ayat ini golongan yang dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Iman disebut secara mujmal(menyeluruh) dijelaskan dalam ayat 69 surah al-Nisa’
69. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.

c)Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang maknanya umum kerana lafaznya menunjukkan kepada makna yang umum sedangkan di dalam ayat yang lain terdapat ayat yang mengkhususkan makna umum yang terdapat dalam ayat. Memahami ayat dengan makna yang umum tanpa merujuk kepada ayat-ayat yang lain akan menyebabkan fahaman yang salah tentang ayat.
Contoh ayat yang umum ialah firman Allah:

228. Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'(Quru’ dapat diartikan Suci atau haidh.)
[ Surah al-Baqarah}
Kata المطلفاتadalah kata nama plural yang menjadi makrifah dengan alif dan lam,zahir ayat menunjukkan setiap wanita yang dicerai hendaklah menunggu iddah mereka selama tiga kali suci tetapi hukum ini dikhususkan dengan ayat yang lain.

Ayat yang mengkhususkan hukum yang umum ini ialah:
Pertama: Firman Allah SWT:
49. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut’ah[1225] dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.
[1225] yang dimaksud dengan mut’ah di sini pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri.
Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi isteri yang ditalak tetapi belum disetubuhi tidak ada iddah baginya.

Kedua: Firman Allah SWT:
4. Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.

Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi wanita yang monopause atau kanak-kanak yang belum datang haid maka tempoh iddahnya ialah selama tiga bulan tempoh iddah bagi wanita yang hamil ialah apabila melahirkan anaknya.

Kesimpulannya hukum iddah yang umum dalam surah al-Baqarah bagi wanita yang ditalak dikhususkan dengan ayat-ayat yang lain bagi wanita yang ditalak dari kalangan iyang belum disetubuhi, yang menopause atau belum baligh dan yang sedang mengandung[ al-Sayuti: al-Itqan j.2, hal.685-687]

d)Pentafsiran melalui ketentuan ikatan(muqayyad) terhadap suatu ayat yang mutlak
Terdapat beberapa ayat yang menyebut hukum secara mutlak(terbuka) kemudian terdapat di sana ayat mengikat(muqayyad) ayat yang mutlak maka hukum yang muqayyad hendaklah diambil. Contohnya hukum saksi. Hukum saksi disebut secara mutlak dalam dua ayat.
Pertama berkaitan saksi dalam urusan jual beli melibatkan hutang-piutang, sewa menyewa dan sebagainya . Firman Allah Taala:
282. . (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu,
[Surah al-Baqarah]
Ayat ini menyebut tentang perintah membawa saksi dalam urusan jual beli. Saksi dalam ayat ini disebut secara terbuka tanpa mengira keadaan saksi itu Islam atau kafir, orang yang baik atau fasiq, kanak-kanak atau orang tua, lelaki atau wanita.
Kedua berkaitan saksi ketika mengembalikan harta anak yatim. Firman Allah Taala:
6. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, Maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).
[Surah al-Nisa’]
Ayat ini menjelaskan perintah membawa saksi semasa menyerahkan kembali anak yatim tetapi saksi dalam ayat ini adalah mutlak seperti ayat yang sebelum ini.

Ayat yang mutlak ini ditaqyidkan(diikat) dengan saksi bagi wanita yang dirujuk selepas di cerai dan saksi bagi kes wasiat.
Hukum saksi bagi wanita yang dirujuk disebut dalam ayat:
2. Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah.
Ayat surah al-Talak mengikat saksi dengan tiga ikatan iaitu dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.
Hukum yang sama disebut tentang saksi dalam urusan wasiat:
106. Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, Maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu[454], jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian.
[454] ialah: mengambil orang lain yang tidak seagama dengan kamu sebagai saksi dibolehkan, bila tidak ada orang Islam yang akan dijadikan saksi.
Menurut Imam al-Syafie kesaksian yang mutlak dalam hukum jual beli dan penyerahan harta anak yatim diikat dengan kesaksian berkaitan hukum rujuk dan hukum wasiat, maka saksi dalam urusan jual beli dan penyerahan harta anak yatin hendaklah terdiri dari dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.

e)Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh[ Lihat pengantar hal.69)
f) Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara dua perkara yang dilihat secara zahirnya bertentangan antara satu sama lain[ Lihat pengantar hal.70]
59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, Kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), Maka jadilah Dia.
12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” menjawab Iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,

14. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

g)Pentafsiran menerusi bacaan atau qiraat yang sahih[ Lihat ha.71]
6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Surah al-Hujurat)

SUMBER KEDUA: .Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw
Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw merupakan cara kedua mentafsirkan al-Quran sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannya dari ayat yang lain.

Imam al-Safie menyebut: Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami daripada al-Quran. Firman Allah(Surah al-Nisa 105)
105. Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), Karena (membela) orang-orang yang khianat[347],

[347] ayat Ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu’mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu’mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahwa yang mencuri barang itu orang Yahudi. hal Ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu’mah kepada nabi s.a.w. dan mereka meminta agar nabi membela Thu’mah dan menghukum orang-orang Yahudi, kendatipun mereka tahu bahwa yang mencuri barang itu ialah Thu’mah, nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu’mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.

Firman Allah:
apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.
Ibnu Masud memahami dari ayat ini wajib mengambil hukum daripada Rasulullah saw, dan al-Sunnah adalah penjelasan kepada al-Quran dan wajib bagi orang Islam berpegang dengannya sepertimana berpegang dengan al-Quran
وفي صحيح مسلم وغيره عن علقمة عن ابن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله) فبلغ ذلك أمرأة من بني أسد يقال لها أم يعقوب; فجاءت فقالت: بلغني أنك لعنت كيت وكيت! فقال: وما لي لا ألعن من لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو في كتاب الله! فقالت: لقد قرأت ما بين اللوحين فما وجدت فيه ما تقول. فقال: لئن كنت قرأتيه لقد وجدتيه! أما قرأت “وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا”! قالت: بلى. قال: فإنه قد نهى عنه.. الحديث

Mencari tafsiran daripada hadith adalah berasaska kepada sabda Rasullullah saw kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz:” Dengan apa engkau berhukum? Jawabnya dengan kitab Allah?
Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)?
Jawab Muaz: Dengan sunnah Rasulullah saw,”
Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya?
Jawab Muaz: “ Aku berijtihad denganpendapatku.”
Maka rasulullah saw menepuk dada Muaz dan bersabda:
“ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.

Pentafsiran hadith kepada al-Quran dapat dilihat dalam beberapa bentuk
PERTAMA:Hadith mentafs irkan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mujmal(menyeluruh)
Beberapa perintah dan kewajipan di dalam al-Quran datang dalam bentuk mujmal tanpa diterangkan cara-cara, syarat-syarat dan rukunnya, maka sunnah berfungsi menerangakan hukum al-Quran yang mujmal.
Sebagai contoh tentang ibadat solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya disebut secara mujmal dalam surah al-Nisa’(ayat 103). Firman Allah:
Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sunnah berupa kata-kata dan perbuatan berfungsi menjelaskan hukum al-Quran yang bersifat umum. Daripada hadith kita dapat mengetahui waktu solat, bilangan rakaat, rukun-rukun solat, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan solat.

196. Dan sempurnakanlah ibadah haji dan ‘umrah Karena Allah.
[Surah al-Baqarah]
Maka sunnah nabi saw menjelaskan rukun-rukun haji, perkara-perkara yang membatalkan haji, cara menunaikan haji; Ihram,Tawaf. Saie, Arafah, berhenti di Muzdalifah, bermalam di Mina pada hari-hari Tasyriq, melontar jamrah, cara tahallul dan sembelihan korban.

Ringkasnya sekiranya kita tidak mentafsirkan al-Quran dengan sunnah dari segi perkataan dan perbuatan maka kita tidak dapat menunaikan rukun Islam; solat, puasa, zakat dan haji
[Al-Dhahabi: Tafsir wa al-Mufassirun: j.1, hal.55-56, Khalid al-Ak: Usul al-Tafsir wa Qawaiduh: hal.128-129) Solah al-Khalidi, hal.180-181,)

KEDUA: Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum
Contohnya dalam firman Allah :
82. Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman , mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Perkataan Zulm(kezaliman) dalam ayat ini pada asasnya umum. Semasa turunnya ayat ini para sahabat memahami zalim dalam ayat ini mengikut makna yang umum iaiatu apa jua bentukdosa dan maksiat sedangkan para sahabat juga tidak maksum, ketika itu mereka bertanya kepada Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam al-Thirmidhi daripada Ibnu Masud berkata:
Apabila turunnya ayat ini:

Para sahabat menjadi kelam-kabut dan mereka berkata kepada Rasulullah saw:
” Siapakah dikalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman?”
Lalu nabi saw memberi penjelasan; Bukan ini yang dimaksudkan ayat. Tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman kepada anaknya:
13. Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ialah perbuatan syirik.(Riwayat Imam al-Bukhari,no.34, riwayat Imam Muslim,no.124 dan Imam al-Thirmidhi , no.3067

Contoh yang lain, firman Allah Taala:
11. Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu
[Surah al-Nisa’]

Ayat ini menjelaskan pensyariatan harta pusaka adalah umum untuk semua anak, Seorang anak berhak mendapat harta pusaka apabila bapa meninggal, namun hukum ini dikhususkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:
Daripada Abdullah bin Amru r.Anhuma dari Rasulullah saw bersabda:
لاَ يَرِثُ للْقَاتِلِ شَيء
” Seorang yang membunuh tidak boleh mewarisi.”
Hadith ini mengkhususkan hukum yang umum dalam ayat, mana-mana anak yang membunuh bapanya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja tidak berhak mewarisi harta bapanya.
KETIGA: Hadith menentukan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak
Mithalnya firman Allah SWT:

196. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), Maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau menyembelih.
Ayat ini menjelaskan bahawa apabila seorang itu berniat ihram haji atau umrah maka diharamkan ke atasnya menggunting atau mencukur rambut dan memakai pakaian berjahit sehingga selesai mengerjakan ibadat haji atau umrah. Namun begitu sekiranya seseorang itu sakit maka diharuskan baginya menggunting rambutnya atau memakai pakaian berjahit dengan membayar fidyah iaitu puasa, bersedekah dan berkorban, tetapi hukum fidyah ini masih mutlak dan diikatkan(muqayyad) dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Kaab bin Ujrah r.anhu berkata: Firman Allah

Turun khusus tentangku dan hukumnya umum untuk kamu, aku dibawa kepada Rasul saw dalam keadaan kutu merayap di mukaku! Lantas baginda saw bersabda:
مَا كُنْتُ أََرَى الْوَجَعَ بَلَغَ بِكَ مَا أَرَى ، احْلِقْ رَأْسَكَ، وَصًمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ ، أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِين أو أنْسُكْ بِشَاةٍ
”Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat kesakitan yang kamu sedang alami. Cukurlah ramburmu, puasalah tiga hari atau beri makan kepada enam orang miskin atau sembelihlah kambing.
Hadith ini mengikut hukum yang mutlak dalam ayat, berpuasa diikat dalam hadith dengan ” Puasalah tiga hari.”, sedekah mutlak diikat dengan” beri makan kepada enam orang miskin , manakala sembelihan diikat dengan hadith iaitu menyembelih kambing.”
Contoh yang lain ialah firman Allah:
223. Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.
[Surah al-Baqarah]
Ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan orang Yahudi yang mengatakan orang yang menyetubuhi isteri dari belakang(bukannya dubur), maka anak yang dilahirkan akan menjadi juling lalu Allah swt membatalkan dakwaan mereka dengan menghalalkan suami mendatangi isteri dari arah mana yang mereka kehendaki.
Surah al-Baqarah… Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.Anhuma : Orang Yahudi berkata:
“ Apabila suami mendatangi isterinya dari sebelah belakang, maka dia akan mendapat anak yang juling, lalu Allah turunkan ayat :
Surah al-Baqarah Maka datangilah isteri kamu dalam keadaan berdiri, dan duduk dan melutut selepasnya ia dilakukan dari hadapan.[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari, no.4528, Muslim no.1435, al-Thirmidhi, no2978 dan Abu Daud .no.2163)

Firman Allah :
Surah al-Baqarah
Ayat ini adalah mutlak dan secara zahirnya seseorang itu boleh mendatangi isterinya dalam apa jua keadaan termasuklah semasa haid dan dari arah duburnya, namun ayat ini diikat dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi , Imam Ahmad dan lain-lain daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata: Saidina Umar bin al-Khattab r.anhu datang bertemu dengan Rasul saw dan berkata:
Wahai Rasulullah! Musnahlah aku.”
Nabi bertanya: Apakah yang memusnahkanmu?
Umar menjawab: Aku mengubah cara perjalananku malam tadi.”
Rasulullah saw tidak menjawab sehinggalah Allah mewahyukan ayat ini kepada Rasulullah saw:
Surah al-Baqarah

Rasulullah saw bersabda: ” Datanglah dari depan atau belakang tetapi awasilah dari mendatangi dubur atau wanita yang haid.”
Hadith riwayat Imam al-Thirmidhi no.2980 dan Imam Ahmad jil.1/hal.297
Hadith ini mengikat makna ayat yang mutlak dengan mengharuskan suami mendaamkan suami

KEEMPAT: Hadith menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran seperti penerangan mengenai maksud benang putih dan benang hitam dalam ayat:
187. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.
(Surah al-Baqarah) Ada dikalangan para sahabat yang berpendapat maksud benang ialah (العقال ) hakikat benang itu sendiri yang berwarna putih dan hitam. Tetapi ianya dijelaskan oleh Rasulullah saw :
بل هو سواد الليل وبياض النهار
Maksudnya: “Tidak begitu ! yang dimaksudkan ialah kegelapan malam dan terangnya siang.”
.
KELIMA: Hadith menguatkan kedudukan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-Quran
Contohnya hadith menyokong kenyataan al-Quran yang menjelaskan bahawa harta yang sebaiknya dijadikan sumber rezeki seseorang. Sabda Rasulullah saw :
لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطسب من نفسه
Maksudnya: Tidak halal harta seseorang itu melainkan yang diperolehi dengan cara yang baik oleh dirinya sendiri.” Hadith ini sebenarnya menyokong serta menguatkan lagi firman Allah :
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil.

Contoh yang lain berkaitan ayat amaran kepada orang yang enggan mengeluarkan zakat:
Firman Allah:
surah al-Tawbah 34. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,
35. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, Lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, Maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.”

Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurayrah r.anhu dari Rasulullah saw bersabda:
Mana-mana orang yang memiliki emas dan perak dan tidak menunaikan haknya, maka mereka akan diseterika dengan seterika yang dibuat dari api neraka, seterika itu dipanaskan di neraka jahannam, kemudian disapu pada dahi dan belakang mereka, apabila sejuk hukuman yang sama akan diulang, pada hari yang satu hari bersamaan 50, 000 tahun, sehinggalah Allah Taala menentukan hukuman antara hamba-hambanya lalu ditentukan jalannya samaada ke syurga atau ke neraka.[Hadith riwayat Imam Muslim no.987]
KEENAM: Hadith menerangkan dengan lebih meluas apa yang dikemukan oleh al-Quran
Contohnya hadith yang menerangkan kedudukan benda-benda yang dihalalkan sama ada yang tinggal di laut atau di sungai, sabdanya:
Maksudnya: “ Adalah bersih airnya dan halal bangkainya.”
Jelasnya hadith Rasulullah saw memainkan peranan yang begitu penting dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Tanpanya adalah amat sukar memahami rahsia-rahsia yang tersirat disebalik ayat-ayat Allah. Oleh itu para ulamak berpendapat hadith adalah unsur kedua terbaik dalam mentasebabkanfafsir al-Quran. Ini adalah disebabkan faktor berikut:
Hadith adalah wahyu daripada Allah, di mana Rasulullah menerima kandungannya daripada Allah SWT, lalu diterangkan kepada para sahabat dengan bahasanya sendiri walaupun makna wahyu tersebut daripada Allah. Jika ia ungkapan biasa, maka ia adalah ungkapan Nabi yang tidak berdusta.
Rasulullah saw dibekalkan dengan wahyu. Oleh itu Allah mempastikan Baginda tidak melakukan kesilapan dalam melakukan ijtihad atau membuat istinbat dalam sesuatu perkara dengan berdasarkan pemahamannya terhadap ayat-ayat al-Quran atau dengan pengamatannya terhadap realiti alam. Sekiranya berlaku kesilapan kecil maka akan turun wahyu menerangkan perkara yang sebenar, seperti yang berlaku kepada peristiwa tawanan perang Badar, solat jenazah ke atas golongan munafik dan sebagainya.
Contoh yang lain hadith menerangkan hukum rejam bagi penzina yang muhsan. Hukum sebatan terhadap penzina bukan muhsan disebut dalam ayat 2 surah al-Nur:
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

Hukum rejam bagi penzina muhsan diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim katanya: Seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang menemui Rasulullah saw ketika baginda berada di masjid dan memanggil Rasul saw:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berzina!”
Rasullullah lari dari lelaki itu dengan mengubah pandangannya
Lelaki itu berkata lagi: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berzina!”
Rasulullah saw berpaling lagi, sehinggalah lelaki tersebut mengulangi ucapannya untuk kali yang keempat. Ketika itu Rasulullah saw bertanya kepadanya:” Apakah kamu ada penyakit gila?”
Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah bertanya: Adakah anda Muhsan(telah berkahwin)?
Lelaki itu menjawab:Ya.
Lantas rasulullah saw berkata: Bawalah dia dan jatuhkan hukuman rejam…
[Hadith riwayat Imam al-Bukhari, no.6430, Muslim, no.1691]
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, seorang wanita dari kalangan suku Juhaynah bertemu dengan Rasul saw dalam keadaan dia mengandung kesan perbuatan zina. Wanita itu berkata: Aku melakukan kesalahan hudud, maka hukumlah aku.
Rasulullah saw memanggil wali wanita tersebut dan berkata: Berbuat baiklah terhadapnya, apabila dia melahirkan anak datanglah kepadaku.”
Setelah wanita itu melahirkan anak, Rasulullah saw menjatuhkan hukuman rejam kemudian menyembahyangkan ke atas jenazahnya.
Ketika itu Umar berkata: Wahai Rasulullah engkau menyembahyangkan ke atas jenazahnya sedangkan dia telah berzina.
Nabi saw bersabda: Sesungguhnya dia telah bertaubat.Sekiranya dibahagikan taubat itu kepada 70 orang penduduk Madinah masih luas, adakah sesuatu yang lebih baik dari dia berlaku baik terhadap Allah.
[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari: no.5109 dan Muslim no.1408
Contoh yang lain: Larangan berkahwin dengan dua adik-beradik(isteri) dalam satu masa disebut dalam al-Quran:
23. dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah terjadi pada masa lampau; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Surah al-Nisa’]
Hadith pula menerangkan larangan berkahwin dengan ibu saudara kepada isteri dalam satu masa dan hukum ini tidak disebut dalam ayat.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurayrah r.anhu bersabda nabi saw:
” Seorang wanita tidak dihimpunkan(dikahwini) bersama ibu saudaranya(dari sebelah bapa) juga bersama ibu saudara(dari sebelah ibu…”
[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim]
Hadith ini menambah hukuman yang baru itu larangan mengahwini wanita dan ibu saudaranya dalam satu masa kerana ianya akan memutuskan hubungan silaturrahim dan mengeruhkan keadaan seperti sifat cemburu dan sifat-sifat negatif yang lain.
KETUJUH: Hadith mentafsirkan perkataan-perkataan al-Quran
Contohnya berhubung firman Allah:
     
7. bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Siapakah yang dimurkai dan sesat dalam ayat di atas?
Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi dan Imam Ahmad dari Adi bin Hatim al-Tai R.anhu katanya: Berkata Rasulullah saw: Sesungguhnya mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi manakala mereka yang sesat ialah orang Nasrani.
[Lihat al-Thirmidhi:hadith no.2953, Ahmad:j.4, hal.378]

Rasul saw dalam hadith ini mentafsirkan sebahagian dari golongan yang dimurkai sebagai contoh dan bukannya khusus kepada orang Yahudi sahaja. Orang yang dimurkai Allah kerana mereka mengetahui kebenaran tetapi mereka meninggalkannya selepas mereka berilmu dan sifat ini sangat tepat dengan orang Yahudi, manakala golongan yang sesat ialah kerana kejahilan dan hal ini bertepatan sekali dengan orang Nasrani.

Demikianlah tujuh bentuk pentafsiran hadith terhadap al-Quran.

SUMBER KETIGA : Tafsir al-Quran dengan perkataan para sahabat

Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima ilmu secara langsung dari Rasulullah saw. Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki kemampuan dalam memahami al-Quran(Ibn Taymiyyah)
Abdullah bin Masud menyebut tentang nikmat Allah kepadanya dalam memahami al-Quran:
“Tanyalah kepadaku. Maka Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidak turun satu ayat dari kitab Allah melainkan aku mengetahui tentang apa diturunkan, di mana diturunkan, sekiranya aku mengetahui satu tempat seorang yang lebih tahu tentang kitab Allah dariku dan aku boleh sampai dengan kenderaan, nescaya aku akan bertemu dengannya.” [ Lihat Tahzib Tafsir al-Tabari , j.1, hal.42-43]
Namun tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir al-Quran perlulah memenuhi kriteria berikut:
a) Sanadnya baik dan tidak terputus
b) Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
c)Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
d)Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
e)Tidak bertentangan dengan al-Quran

Contoh:
Saidina Umar pernah dihadapkan dengan satu masalah di mana seorang lelaki telah dibunuh oleh ibu tiri dan saudaranya. Untuk menjatuhkan hukuman bunuh ke atas dua orang yang membunuh satu jiwa tidak begitu tepat kerana nas al-Quran hanya menyebut:

Lalu Sayyidina Ali memberi pandangan dan berkata:
“ Wahai Amirul Mukminin, jika tuan hamba lihat seorang itu berkongsi membunuh seekor kambing, maka masing-masing mengambil habuan masing-masing, adakah Amirul Mukminin akan memotong tangan-tangan mereka.” Jawab Saidina Umar : “ Sudah tentu..” Maka di jawab oleh Sayyidina Ali: Begitulah sebaliknya.

Dengan penjelasan Saidina Ali tersebut, Saidina Umar menulis surat kepada pegawainya agar dihukum bunuh kedua-duanya.
SUMBER KEEMPAT: Tafsir al-Quran dengan Pandangan Tabiin
Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir al-Quran dengan pandangan Tabiin adakah ianya termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur atau tidak?
Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur kerana mereka adalah murid kepada para sahabat.

Contoh Tafsir bi al-Ma’thur
Tafsir Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur:
Biodata al-Sayuti
Beliau ialah Abu al-Fadl Abd Rahman bin Kamaludin Abu Bakr bin Muhammad al-Khudairy al-Suyuti. Beliau terkenal dengan panggilan al-Suyuti merujuk kepada Bandar Asyut di Mesir. al-Sayuti dilahirkan di Kaherah pada bulan Rejab tahun 849H. Bapanya Kamaludin adalah antara ulama yang tersohor memiliki perpustakaan yang besar. Al-Idrusi meriwayatkan bahawa bapa kepada al-Sayuti meminta dari isterinya untuk mengambil buku dari perpustakaan tersebut dan pada waktu itu tiba waktu untuk melahirkan anak, lantas al-Sayuti dilahirkan di tengah-tengah buku sehingga beliau dipanggil Ibnu al-Kitab yang bermaksud anak kepada buku-buku. Dan beginilah hal keadaan al-Sayuti yang hidup dengan buku sehingga beliau bertemu dengan Allah swt.
Al-Sayuti dibesarkan dalam suasana ilmu walaupun bapanya meninggal dunia semasa beliau berusia enam tahun. Beliau belajar dengan tokoh ilmuan zamannya sehingga menjadi tokoh dalam tujuh disiplin ilmu iaitu tafsir, hadith, fiqh, nahu, ilmu balaghah( al-Maani, al-Bayan, al-Badi’).

Semasa berusia empat puluh tahun beliau memperuntukkan sepenuh masanya untuk menulis dan beribadat kepada Allah swt. Beginilah kehidupan al-Sayuti sehinga beliau wafat pada 17 Jamadil Awwal tahun 911H ketika berusia 62 tahun. Hasil usaha ini menyebabkan al-Sayuti Berjaya menghasilkan lebih dari 1194 judul tulisan berupa buku dan risalah kecil. Dalam bidang al-Quran sahaja beliau menghasilkan lebih dari empat puluh karya. Antara karya ulungnya dalam bidang al-Quran ialah al-Itqan fi Ulum al-Quran, Mu’tarik al-Aqran, Mufhamat al-Quran, Tanasuq al-Durar fi Tanasub al-Suwar, Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul, al-Tahbir fi Ulum al-Tafsir, al-Iklil fi Istinbat al-Tanzil

Metodologi Penulisan
Berhubung metodologi penulisan kitab ini, al-Sayuti menyebut di muqaddimah tafsirnya:
“ Saya telah menghimpunkan satu kitab tafsir bersanad kepada nabi saw, dimuatkan di dalamnya lebih 10 ribu hadith di antara marfu danmawquf dan telah sempurna dalam empat jilid lalu saya namakan Tarjuman al-Quran
Oleh kerana terdapat kekurangan semasa menghasilkan karya tersebut, beliau telah meringkaskannya
Tafsir al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur
Al-Sayuti menulis tiga karya berhubung Tafsir bil Ma’thur
(a)Majma al-Bahrayn wa Matla al-Badrayn dan merupakan satu kitab tafsir yang besar kerana beliau menjadikan kitab al-Itqan sebagai pengantar kepada tafsir ini, sekiranya pengantar sudah banyak maka bagaimana tafsiran yang sebenar?Malangnya kitab ini tidak sampai kepada kita dan kita tidak pasti adakah al-Sayuti menghabiskannya atau tidak.
(b) Turjuman al-Quran. Dalam kitab ini al-Sayuti mengumpulkan riwayat-riwayat yang ma’thur meliputi 10000 hadith yang marfu’ dan mawquf dari Rasul saw dan para sahabat dalam empat jilid. Tafsir ini juga hilang dari khazanah perpustakaan umat Islam
(c ) Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur
Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Turjuman al-Quran. Setelah menamatkan penulisan tafsir dengan riwayat yang ma’thur, beliau melihat keperluan untuk meringkaskan tafsirnya dengan menggugurkan rangkaian perawi dan memadai dengan menyebut matan hadith yang marfu dan mawquf dalam tafsir al-Durr al-Manthur
Kitab ini ditulis sekitar 13 tahun sebelum kewafatannya seperti yang disebut dihujung tafsirnya:
“ Saya selesai menulis tafsir ini pada hari raya Aidil Fitri, tahun 898H”
Setiap tafsir dalam kitab ini merupakan riwayat ma’thurat diambil oleh Imam al-Hafiz al-Sayuti dari pelbagai buku dari kitab-kitab hadith yang sohih, sunan-sunan, musnad-musnad dan karya yang menghimpun kata-kata sahabat dan tabiin seperti musannaf Abdul Razaq dan musannaf Ibnu Abi Syaibah dan kitab-kitab tafsir yang ma’thur yang bersanad seperti tafsir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Tafsir Ibnu al-Munzir , tafsir Ibn Mardawaih, tafsir Abd bin Humayd dan lain-lain.
Dari segi metodologi, al-Sayuti hanyalah mengumpul dan menyebut riwayat-riwayat dalam tafsir tanpa mengira status riwayat tersebut sama ada sahih, daif bahkan ada riwayat yang palsu.
Sehubungan dengan ini Dr. Al-Dhahabi menyebut:
“ Al-Sayuti seorang lelaki yang tersohor dalam membawa riwayat yang banyak, walaupun dia seorang yang menguasai ilmu hadith dan ilalnya(kecacatan hadith) tetapi dia tidak memilih riwayat yang sahih sahaja dalam tafsirnya, karyanya ini perlu kepada penilaan sehingga dapat diambil isinya.

BAB 3: TAFSIR PADA ZAMAN PEMBUKUAN

Mac 14, 2009

Tafsir pada zaman Tabiin
Tabiin merupakan generasi kedua dalam sejarah pentafsiran al-Quran kerana mereka golongan yang bertemu secara langsung dengan para sahabat. Pada peringkat ini ulasan terhadap sesuatu ayat mula ditulis dan dibukukan. Pada zaman ini perbezaan banyak dijumpai berbanding zaman sahabat. Pada terdapat tiga kumpulan besar pengajian tafsir.
(a)Madrasah Ibnu Abbas di Mekah
Antara ulama tafsir di kalangan tabiin yang terkenal ialah Said bin Jubir(m94H), Mujahid bin Jabr(m103H), Ikrimah al-Barbariy(m105H), Tawus bin Kaysan(m106H) dan Ata bin Abi Rabah(m114H).
Mujahid adalah antara para Tabiin yang menerima seluruh tafsir daripada sahabat, sebagaimana yang dikatakan oleh Mujahid.
“Aku baca seluruh Isi al-Quran kepada Ibn Abbas , aku berhenti pada setiap ayat dan menanyakan makna kepada beliau.”( Usul al-Tafsir.hal3)

(b) Madrasah Abdullah bin Masud di Kufah.
Antara pengikut Ibn Masud yang terkenal ialah al-Qamah bin Qays(m102H), Masruq(m63H), al-Aswad binYazid(m75H), Marrah al-Hamdani(m76H), Amir al-Sya’bi(m109H), Hassan al-Basri(m110H) dan Qatadah(m117H)
(c) Madrasah Ubay bin Kaab di Madinah
Pengikut kelompok ini yang paling terkenal ialah Abu al-Aliyah(m90H), Muhammad bin Kaab al-Quraziy(m118H) dan Zaid bin Aslam(m136H)
Daripada ketiga-tiga madrasah ini, mereka yang paling arif tentang tafsir ialah pengikut madrasah Mekah seperti yang disebut oleh Ibnu Taymiyyah:
“ Manakala dalam bidang Tafsir, mereka yang paling arif ialah penduduk Mekah kerana mereka adalah pengikut Ibnu Abbas seperi Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah, Ikrimah, …

Pada zaman tabiin usaha-usaha menulis, menghimpun dan mengumpulkan pentafsiran para sahabat terhadap ayat-ayat al-Quran bermula(al-Buti74)

Ibn Jarir al-Tabari menyebut bahawa Ibn Abi Malikat pernah berkata:
“ Aku melihat Mujahid bertanya Ibnu Abbas tentang tafsir al-Quran dan dia bawa bersama-samanya papan tulis. Kata Ibnu Abbas kepadanya: “ Tuliskan… sehingga dia bertanya Ibn Abbas tentang tafsiran ayat semua sekali.

Riwayat ini menunjukkan bahawa penulisan dan pembukuan tafsir telah mula berlaku. Namun kita tidak dapat memastikan siapakah orang yang pertama membukukan tafsir.

Nilai Tafsir Zaman tabiin

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tafsir pada zaman sahabat adalah bergantung kepada al-Quran, al-Hadith dan ijtihad sahabat dalam keadaan tertentu dibantu penguasaan bahasa Arab pada tahap yang tinggi, pengetahuan tentang sebab turun ayat di samping ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tafsir pada zaman tabiin juga masih mengikut metodologi pentafsiran para sahabat Cuma perselisihan pada zaman tabiin adalah lebih luas .
Antara perkembangan yang berlaku pada zaman tabiin:
(a)Riwayat ahli kitab menjadi salah satu sumber tafsir mereka.
(b) Kemunculan mazhab pada zaman tabiin member impak kepada tafsir
(c) Asas kepada tafsir bi al-Ray (dengan akal pemikiran) seperti yang dilihat dalam tafsiran Mujahid
Faktor Kelemahan Tafsir Pada zaman selepas Tabiin
(a)Kemasukan riwayat Israiliyat dalam Tafsir
Israiliyyat bermaksud berita-berita umat terdahulu atau akan datang yang diriwayatkan dari sumber ahli kitab sama ada Yahudi atau Kristian.

Contoh riwayat Israiliyyat dalam tafsir:
a)Nama Ashab al-kahf dan warna anjing mereka
b)Kayu tongkat nabi Musa dibuat dari apa?
c)Nama-nama burung yang dihidupkan Allah bagi nabi Ibrahim
d) Penentuan anggota badan lembu yang dijadikan pemukul untuk memukul orang-orang yang terbunuh
Riwayat Israiliyyat menjadi satu dari ciri tafsir pada zaman tabiin. Ini disebabkan oleh faktor ramai dari kalangan ahli kitab yang memeluk Islam menyebabkan banyak riwayat-riwayat yang bertentangan meresap dalam tafsir. Kemasukan riwayat tersebut juga berpunca dari pengguguran sanad dalam tafsir Muqatil bin Sulayman dalam tafsirnya. Beliau telah menggugurkan sanad dan memasukkan riwayat ahli kitab.
Tiga tokoh tabiin yang banyak memasukkan riwayat Israiliyyat ialah: (Lihat Ibnu Taymiyyah: Usul al-Tafsir hal.28)
(a)Kaab bin al-Ahbar
Beliau ialah Abu Ishak, Kaab bin Mati’ al-Himyari. Asalnya seorang Yahudi daripada Yaman dan memeluk Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab ranhu. Kemudian berhijrah ke Syam dan meninggal dunia di Hims tahun 32Hijrah.
(b)Wahab bin Munabbih
Beliau seorang yang thiqah dan saduq, sanat banyak meriwayatkan daripada riwayat Israiliyyat
c) Muhammad bin Ishak
Beliau ialah Muhammad bin Ishak Yasir diperselisihkan dari segi thiqahnya tetapi kebanyakan mengatakan beliau adalah thiqah dan merupakan pandangan yang kuat.

Walaupun ketiga-tiga tokoh ini thiqah, apabila mereka meriwayatkan riwaya Israiliyyat maka kita akan meriwayatkannya

Hukum riwayat Israiliiyat
Pandangan pertama: Dilarang meriwayatkannya secara mutlak. Golongan ini bersandarkan kepada dalil daripada al-Quran dan hadith. Pandangan ini merupakan pandangan ahli tafsir semasa seperti Dr.Solah al-Khalidi, Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh Muhammad Husayn al-Dhahabi
Dr. Solah al-Khalidi telah menyebut lebih dari 17 dalil dari al-Quran, hadith dan kata-kata sahabat yang menyokong larangan riwayat Israiliyyat.
Syaikh Ahmad Syakir pula menyebut:
“ Keharusan meriwayatkan dari ahli kitab pada perkara-perkara yang kita tidak mempunyai dalil tentang kebenaran atau kepalsuannya satu perkara, manakala periwayatannya dalam tafsir dan menjadikannya sebagai satu pandangan atau makna kepada ayat atau menentukan sesuatu yang tidak dijelaskan dalam al-Quran satu perkara yang lain.
Meletakkan riwayat tersebut di samping kalam Allah, sedangkan riwayat-riwayat Israiliyyat tidak layak untuk menjelaskan maksud kalamullah, menghuraikan sesuatu yang umum di dalam al-Quran. Takutlah kepada Allah dari menulisnya di samping ayat Allah.
Walaupun rasul saw memberi keizinan kepada kita menyebut riwayat mereka tanpa membenarkan dan mendustakannya, Maka apakah layak untuk kita meletakkannya standing dengan kitab Allah sebagai penjelasan atau tafsiran?

Dr. Muhammad Husyan al-Dhahabi ketika mengulas pandangan syaikh Ahmad Syakir menyebut:
“ Saya cenderung kepada pandangan ini bagi memelihara kitab Allah dari perkara-perkara yang tidak berfaedah
Pandangan kedua: Golongan yang mengharuskan meriwayatkan Israiliyyat tanpa syarat
Pandangan ketiga: Golongan yang meletakkan syarat untuk meriwayatkan Israiliyyat
Hujah Golongan Pertama:
Dalil dari al-Quran sangat banyak antaranya.
(a) Orang Yahudi mengubah-ngubah ayat Allah menyebabkan mereka tidak amanah dari segi sejarah
Firman Allah:
41. dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong[415] dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu[416]; mereka merobah[417] perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. mereka mengatakan: “Jika diberikan Ini (yang sudah di robah-robah oleh mereka) kepada kamu, …
[415] maksudnya ialah: orang Yahudi amat suka mendengar perkataan-perkataam pendeta mereka yang bohong, atau amat suka mendengar perkataan-perkataan nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada pendeta-pendeta dan kawan-kawan mereka dengan cara yang tidak jujur.
[416] Maksudnya: mereka amat suka mendengar perkataan-perkataan pemimpin-pemimpin mereka yang bohong yang belum pernah bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w. Karena sangat benci kepada beliau, atau amat suka mendengarkan perkataan-perkataan nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan secara tidak jujur kepada kawan-kawannya tersebut.
[417] Maksudnya: merobah arti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.
Surah al-Maidah :41

(b) Larangan al-Quran bertanya kepada ahli kitab tentang berita umat terdahulu

Firman Allah:
22. Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.
Surah al-Kahf ayat 22

(c) Larangan al-Quran berkata sesuatu tanpa ada asas dan ilmu dan israiliyyat antara kata-kata tanpa ilmu
Firman Allah:
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Surah al-Isra’ ayat 36
Manakala hadith yang melarang antaranya:
(a)Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah berkata: Adalah ahli kitab membaca kitab taurat dalam bahasa Ibri dan menghuraikannya dalam bahasa Arab kepada orang Islam. Sehubungan dengan ini rasul saw bersabda:
“Jangan kamu benarkan ahli kitab dan jangan kamu dustakan, dan katakanlah kami beriman kepada Allah dan kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami.
(b) Hadith rasulullah saw yang melarang Saidina Umar membaca kitab Taurat

Hujah golongan yang mengharuskan:
Antara hujah yang menjadi sandaran golongan ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abdullah bin Amru bin al-As R.Anhuma berkata: Sampaikan dariku walaupun satu ayat, bawalah riwayat dari Bani Israel dan janganlah kamu berasa bersalah. Sesiapa yang sengaja berdusta ke atasku maka dia menempah tempat di neraka.[ al-Bukhari: Kitab Ahadith al-Anbiya’:60, Bab Ma Dhukira An Bani Israel, hadith. No. 3461.

Berdasarkan hadith ini, mereka melihat harus bagi orang Islam menyebut riwayat daripada Bani Israel dan perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan.
Ringkasnya pendapat ini tertolak dengan melihat rumusan yang dibuat oleh Dr Solah al-Khalidi setelah menyebut pandangan-pandangan berkaitan hadith ini dengan merumuskan maksud sebenar hadith ini ialah sampaikan kepada orang Islam tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Bani Israel, dan jelaskan kepada mereka tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Bani Israel kerana sejarah mereka yang penuh dengan kehinaan kecuali nabi-nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka. Pendedahan tentang kesalahan yang dilakukan oleh Bani Israel tidaklah menjadi satu kesalahan dengan syarat membersihkan para nabi dan orang yang soleh di kalangan mereka dari melakukan penyelewengan dan kesilapan.

Kesimpulan berhubung riwayat Israiliyat, keharusan meriwayatkan dari Bani Israel tidak bermakna memberi keharusan kepada kita untuk menjadikannya sebagai riwayat ketika mentafsirkan al-Quran.

Jenis-jenis Israiliyyat

(a)Apa yang diketahui kesahihan berdasarkan ilmu yang ada pada kita.
Contoh:
“Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Said al-Khudri r.Anhu berkata,
“ Bumi pada hari Qiamat akan ditelengkup oleh Allah yang maha perkasa dengan kekuasaan-Nya sehingga menjadi seperti roti sebagaimana kamu menguli roti kamu ketika kamu bermusafir . Demikianlah Allah menyediakan tempat untuk ahli syurga.
Lantas nabi saw didatangi oleh seorang lelaki Yahudi lalu berkata:
“Allah memberkatimu wahai Aba al-Qasim. Bolehkah aku beritahu kepadamu bahawa bumi akan dilipatkan menjadi seperti sekeping roti- seperti yang diperkatakan oleh nabi saw-“
Kemudian nabi SAW memandang kepada kami kemudian ketawa sehingga nampak gigi taringnya.’

(b) Apa yang dikatahui bercanggah dengan syariat Islam
Contoh: Riwayat dalam Safar Keluar tuduhan orang Yahudi bahawa nabi Harun yang membuat patung dari lembu dan memerintahkan kepada Bani Israel untuk menyembah patung lembu tersebut dan riwayat dalam Safar kejadian bahawa Allah menciptakan langit dan bumi selama enam hari dan Allah berehat pada hari ke-7 iaitu hari Sabtu kerana letih. Kedua-dua riwayat ini jelas bertentangan dengan Islam.

(c)Apa yang tidak dibincangkan dalam syariat Islam dan ianya tidak ada dalil yang menyokong atau menyanggahnya seperti riwayat Israiliyyat berhubung perincian kisah lembu bani Israel dalam surah al-Baqarah seperti siapakah lelaki yang membunuh dan bahagian daging lembu yang digunakan oleh nabi Musa ketika memukul si mati, warna anjing yang dimiliki oleh Ashab al-Kahf, ukuran bahtera yang dinaiki oleh Nabi Nuh dan dari kayu apa ianya dibuat? Jawapan kepada persoalan-soalan ini tidak ada penghujungnya kerana kita tidak mempunyai apa-apa dalil untuk menyokong atau menolaknya
Menurut Ibnu Taymiyyah kebanyakan israiliyyat dalam bentuk yang ketiga tidak ada manfaat yang dapat diambil mengenai perkara-perkara agama. Riwayat-riwayat ini menurut Dr. Adnan Zarzur ketika mengulas kitab Muqaddimah fi usul al-Tafsir sebagai mengotori halaman-halaman kebanyakan kitab tafsir.
(b) Pengguguran sanad
Pada peringkat awal pembukuan dan penulisan tafsir, tokoh-tokoh seperti Sufyan bin Uyaynah dan Waki’ bin al-Jarah menyebut sanad, kemudian golongan yang datang selepas mereka mula menggugurkan sanad dan tidak menyandarkan tafsiran kepada periwayatnya. Mereka juga tidak begitu peduli tentang riwayat yang sohih atau sebaliknya menyebabkan berlakunya percampuran antara riwayat yang sohih dan tidak sahih dalam kitab tafsir.
(c) Pemalsuan dalam riwayat tafsir
Pada zaman selepas tabiin, kemunculan aliran pemikiran aqidah yang menyeleweng telah mengakibatkan terciptanya hadith-hadith palsu dan pembohongan dalam periwayatan tafsir. Mazhab-mazhab tersebut telah mentafsirkan ayat dengan memberikan takwilan yang menyeleweng dan menisbahkan pandangan tersebut kepada tokoh-tokoh seperti Ibnu Abbas sehinggakan Imam al-sayie menyebut: Tidak ada riwayat yang thabit dari Ibnu Abbas dalam tafsir kecuali lebih kurang seratus hadith.

(b)Zaman pembukuan yang sebenar
Berikut adalah perkembangan tafsir selepas pembukuan seperti yang disebut oleh Ustaz Ahmad Rida di dalam muqaddimah tafsirnya Majma al-Bayan
Kurun ke-3 hijrah
Muhammad bin Jarir al-Tabari( Jami’ al-Bayan)
Kurun ke-4 hijrah
a)al-Naysaburi
b)Abu Hasan al-Asari
c)Ali bin Isa al-Rummani
d)Abu Hilal al-Askari
e)Abdullah bin Muhammad al-Kufi
f)Ibn Hibban
g)Ibn Furak
Kurun ke-5 hijrah
a)Abu Jaafar Muhammad bin al-Hasan al-Tusi
b)Al-Sayyid al-Syarif al-Rida al-Musawi
Kurun ke-6 hijrah
a) al-Zamahsary( Tafsir al-Kasyaaf)
b) Abu Ali Al-Fadl bin Hassan al-Tabarsi(Majma’al-Bayan)
c)Abu al-Baqa’ al-Abkari
d)Abu Muhammad al-Baghawi
e)Ibn al-Dahhan
Kurun ke-7 hijrah
a) al-Baydawi(Anwar al-Tanzil)
b) Ibn Razin
c) Syaikh Muhyi al-Din bin al-Arabi( al-Futuhat)
d)Ibn ‘Aqil
e)Muhammad bin Sulayman al-Balkhi @ ibn al-Naqib
Kurun ke-8 hijrah
a) Syaikh Badr al-Din al-Zarkasy
b)Ibn Kathir Ismail bin Umar
c)Abu Hayyan al-Andalusi( Bahr )
d)Muhammad bin Irfah al-Maliki@Ibn al-Naqqasy
Kurun ke-9 hijrah
a) al-Biqai(Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy wa Al-Suwar)
b)Al-Mawla al-Jami
c)Burhan al-Din bin Jamaah
d)Ala al-Din al-Qarmani ( Bahr al-Ulum)
e) Jalal al-Din al-Sayuti
Kurun ke-10 hijrah
a) Syaikh Ali bin Yunus al-Nabati(Mukhtasar Majma’ al-Bayan)
b)Al-Allamah Ibn Kamal Basya Ahmad bin Sulayman Al-Rumi
c)Abu Saud al-Imadi( Irsyad al-Aql Al-Salim Ila Mazaya al-Kitab al-Karim
d) Syaikh Abu Yahya Zakariyya bin Muhammad al-Ansari
Kurun ke-11 hijrah
a) Syaikh Ali al-Qari
b)Syaikh Hassan al-Burini
c)Syaikh Baha’ al-Din al-Amili(Ayn al-Hayah)
d) Syaikh Khayr al-Din al-Ramali
e)Al-Syihab al-Khafaji
Kurun ke-12 hijrah
a) Syaikh Abd al-Ghani al-Nabilsi(Tahrir al-Hawi fi Syarh Tafsir al-Baydawi)
b)Sayyid Hasyim al-Bahrani(Al-Burhan fi Tafsir al-Quran)
Kurun ke-13 hijrah
a) al-Alusi( Ruh al-Maani)
b)al-Sayyid Mahmud al-Hamzawi
Kurun ke-14 hijrah
a) Syeikh Muhammad Abduh
b)Syeikh Muhammad Rasyid Rida(al-Manar)

BAB 2 : SEJARAH PERKEMBANGAN TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW, SAHABAT DAN TABIIN

Mac 14, 2009

2.1 TAFSIR PADA ZAMAN RASULULLAH SAW

Rasululullah saw adalah pengasas kepada tafsir al-Quran kerana berperanan menjelaskan ayat-ayat yang tidak difahami. Firman Allah:
44. dan kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang Telah diturunkan kepada mereka[829] dan supaya mereka memikirkan,

[829] Yakni: perintah-perintah, larangan-larangan, aturan dan lain-lain yang terdapat dalam Al Quran.

Firman Allah:

64. Dan kami tidak menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Nabi saw telah menerangkan kepada para sahabat baginda makna-makna al-Quran sebagaimana baginda menjelaskan kepada mereka lafaz-lafaznya

2.2 TAFSIR PADA ZAMAN SAHABAT

Setelah Rasulullah saw wafat, tugas mentafsir al-Quran dipikul oleh sahabat. Mereka merupakan golongan yang paling arif tentang tafsir selepas kewafatan rasul saw tetapi pentafsiran mereka tidak sama. Berikut adalah sepuluh orang sahabat yang terkenal dalam bidang tafsir
(a) Khulafa al-Rasyidun
(b) Ibn Masud
(c) Ibn Abbas
(d) Ubayy bin Kaab
(e) Zaid bin Thabit
(f)Abu Musa al-Asyari
(g) Abdullah bin al-Zubayr

Sebab tafsir kurang pada zaman sahabat
(a) Mereka mentafsirkan al-Quran mengikut suasana dan peristiwa
(b) Tahap penguasaan bahasa yang tinggi
(c) Kefahaman aqidah yang mantap

Nilai Tafsir Zaman Sahabat
(a)Tafsir sahabat bersumberkan hadith marfu dari rasululllah saw
(b)Apabila tidak di dapati daripada rasulullah saw sahabat akan berijtihad dan bertaraf hadith mauquf yang boleh diterima dan ditolak
(c)Perbezaan pendapat di kalangan sahabat tentang tafsir sangat sedikit berbanding perbezaan dalam soal hokum-hakam. Kebanyakan perselisihan merupakan perbezaan keanekaragaman dan pertikaian yang membawa padah.(Usul al-Tafsir:hal.5)
Contoh:
Firman Allah swt:

6. Tunjukilah[8] kami jalan yang lurus,(Surah al-Fatihah)

Terdapat beberapa tafsiran al-Sirat dalam ayat ini
Pandangan pertama: Ia adalah al-Quran atau mengikutinya berdasarkan sabda Rasul saw yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi bahawa ia adalah agama Allah yang kuat, peringatan yang berhikmah dan jalan lurus.
Pandangan kedua:Islam berdasarkan sabda Rasul saw dalam hadith al-Nawas bin Sam’an yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi:
Dan Allah memberi satu perumpamaan: Jalan lurus. Di kiri kanan jalan ada dua pagar. Pada kedua-dua pagar itu ada pintu-pintu terbuka. Pada pintu itu ada garis-garis kosong. Ada seorang penyeru yang menyeru di atas jalan. Dan seorang penyeru yang menyeru di tengah jalan. Maka dikatakan jalan lurus adalah Islam, kedua-dua pagar adalah hudud(batasan-batasan Allah); pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah; penyeru di tengah jalan adalah kitabullah, penyeru di atas jalan adalah nasihat Allah kepada hati setiap orang mukmin.”
Pandangan ketiga: Jalan lurus adalah Rasulullah saw
Pandangan keempat: Ahli sunnah wal Jamaah
Pandangan kelima: Jalan ubudiyyah(ibadah kepada Allah)
Pandangan keenam: Perkataan orang yang berkata:Taat kepada Allah dan rasul-Nya.
Dan lain-lain yang mana semua pandangan ini adalah tafsiran kepada al-Sirat dan menunjukkan kepada satu nama yang sama dan perbezaan adalah mereka menyifatinya dengan sifat-sifat yang berbeza yang dikandung oleh nama itu.(Usul Tafsir hal.10-11)

(d) Tafsir pada zaman sahabat hanya mengulas ayat-ayat secara umum tidak secara terperinci
(e) Para sahabat tidak mengeluarkan sebarang hukum daripada maksud ayat.
(f) Tafsir-tafsir dan huraian mereka terhadap sesuatu ayat tidak ditulis dan dibukukan. Apa yang ditulis hanyalah al-Quran dan al-Hadith sahaja.
(g)Pentafsiran sahabat adalah bergantung kepada asbab al-nuzul(Sebab turun sesuatu ayat)
(g) Periwayatan sahabat daripada ahli kitab
Pandangan pertama: Sahabat sangat jarang menyebut riwayat ahli kitab jika dibandingkan dengan tabiin.
Pandangan merupakan pandangan Ibnu Taymiyyah dalam Usul al-Tafsir dan Dr. Nur al-Din Itir professor al-Quran dan al-hadith di Universiti Damsyik.
Menurut Dr.Nur al-Din al-Itr pengaruh ahli kitab bermula pada zaman sahabat. Namun para sahabat tidak berminat untuk mengetahui riwayat-riwayat ahli kitab secara terperinci. Mereka tidak bertanya semua perkara daripada ahli kitab dan mereka tidak menerima kesemuanya berasaskan pesanan nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
لاَ تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلاَ تَكَذَِبُوهم وَقُولُوا آَمَنَّا بالله
”Janganlah kamu benarkan dan kamu dustakan mereka dan katakanlah kami beriman kepada Allah”

Pandangan kedua: Ahli kitab bukan sumber tafsir sahabat.
Pandangan ini merupakan pandangan Profesor Dr. Fadal Hassan Abbas. Menurutnya sumber tafsir di kalangan sahabat: al-Quran, al-Sunnah, bahasa Arab, asbab al-Nuzul dan pemerhatian yang tajam. Ahli kitab tidak menjadi sumber periwayatan sahabat seperti pandangan beberapa pengkaji. Hal ini berpunca dari ketegasan Rasul saw supaya sahabat member perhatian kepada al-Quran. Kenyataan yang menyatakan sahabat meriwayatkan dari ahli kitab dalam tafsir tertolak dengan beberapa dalil:
1) Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Hakim dan al-Baihaqi suatu ketika nabi saw masuk ke masjid dan baginda mendapati mereka sedang berkumpul mendengar ucapan seorang lelaki lantas baginda bertanya: “Apa ini?. Mereka menjawab: Beliau sedang menerangkan tentang keturunan Arab. Baginda bersabda:
“Ini ilmu yang tidak bermanfaat. Sekiranya tidak diketahui tidak memudaratkan. “
Kemudian baginda berkata: Ilmu pada tiga perkara: Ayat yang muhkamat(terang hukumnya), fardu yang dilaksanakan dan sunnah yang diikuti.
Sekiranya ilmu berkaitan keturunan pun dikatakan oleh nabi sebagai ilmu yang tidak bermanfaat
2) Semasa Rasul saw melihat Saidina Umar membaca lembaran dari kitab taurat, baginda murka dan berkata:
“ Jangan Tanya sesuatu dari ahlil kitab, sesungguhnya mereka tidak memberi hidayah kepadamu kerana mereka telah sesat, dengan mengambil riwayat dari mereka, anda mungkin mendustakan suatu yang benar atau anda membenarkan sesuatu yang batil. Demi Allah sekiranya Musa bersama kamu maka pasti Musa akan mengikutiku.

3) Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata:
“ Wahai orang-orang Islam! Bagaimana kamu bertanya kepada ahli kitab sedangkan kitab kamu yang diturunkan Allah ke atas nabinya, berita yang terkandung di dalamnya merupakan yang terkini, kamu membacanya dan kamu tidak akan . Dan Allah telah memberitahu kamu bahawa ahli kitab mengubah ayat Allah dengan tangan mereka. Mereka mendakwanya dating dari sisi Allah semata-mata untuk mendapat habuan yang sedikit, apakah pengetahuan ini tidak akan menghalang kamu dari bertanya kepada mereka. Tidak demi Allah kita tidak melihatpun seorang dari mereka bertanya kepada kamu tentang kitab yang diturunkan kepada kamu.’

4. Ibn Kathir menyebut dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah bahawa Saidina Umar member amaran kepada Kaab bin al-Ahbar menghentikan kisah-kisah ahli kitab dengan katanya:
لَتَتْرُكُنَّ الْحَدِيْثَ الأَوَّل أَو لأَلْحِقَنَّكَ بِأَرْضِ الْقِرَدَةَ
Samaada kamu tinggalkan perbicaraan dahulu atau aku hantarkan kamu ke bumi kera.

5. Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi mengulas berita yang disampaikan oleh Kaab bahawa Allah telah membahagikan kalamnya dan melihat Allah antara nabi Musa dan Muhammad alihima sallam. Aisyah r.anha berkata: “ Telah berdiri bulu rambutku.”

Daripada dalil-dalil yang dikemukakan jelas menunjukkan kepada kita bahawa para sahabat ketika mentafsirkan al-Quran mereka kembali kepada sumber-sumber yang telah disebutkan bukannya kepada ahli kitab. Sumber mereka adalah tulen walaupun riwayat yang sampai kepada kita sangat terhad.

Bab 1 ilmu Tafsir satu pengenalan

Mac 14, 2009

PERHATIAN: SEBAHAGIAN AYAT AL-QURAN HANYA SAYA SERTAKAN TERJEMAHAN SAHAJA
BAB 1 : ILMU TAFSIR SUATU PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1.1 Pengertian Tafsir

(a) Bahasa: Tafsir dari segi bahasa berasal dari kata تَفْسِرا فَسَّر-يُفَسِّرُ-
Menurut Ibn Manzur:
“التَّفْسِيْرُ كَشْفُ الْمَرَادِ عَنِ اللَّفظِ الْمُشْكِل”
“ Menerangkan maksud lafaz yang tidak jelas.”

(b) Istilah:
” عِلْمٌ يُفْهَمُ بِهِ كِتاَبُ الله الْمُنَزَّلُ عَلَى نِبِيِّهِ مُحَمَّدٌ وَبَيَانُ مَعَانِيهِ واسْتِخْرَاجُ أَحْكَامِهِ وَحِكَمِه”
“ Ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum dan pengajaran yang dipetik dari al-Quran”

1.2 Kepentingan mempelajari ilmu tafsir:

(a) al-Quran sangat tinggi bahasanya sehingga kita sukar memahaminya, justeru memerlukan pentafsiran daripada Rasulullah saw, sahabat, tabiin dan ulama
(b)Memahami makna-makna al-Quran dengan lebih sempurna dan tepat
(c) Mengambil dan mengeluarkan hukum yang terkandung di dalamnya.
(d) Mengelakkan seseorang dari memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.

1.3 Ilmu-ilmu yangdiperlukan oleh seorang pentafsir

(a)Ilmu bahasa
(b) Ilmu Qiraat
(c)Ilmu Usuluddin
(d)Ilmu Usul fiqh
(e)Ilmu Asbab al-Nuzul
(f) IlmuNasikh-Mansukh
(g) Ilmu fiqh
(h) Ilmu hadith

1.4 Syarat pentafsir
(a)Aqidah yang selamat
(b)Tidak mengikut hawa nafsu
(c) Memulakan dengan mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran diikuti dengan hadith, kata-kata sahabat, kata para tabiin
(d) Ilmu yang berkaitan al-Quran
(e) Kefahaman yang mendalam

1.4 Adab pentafsir
(a)Ikhlas
(b) Beramal
(c) Berakhlak mulia

Assalamualaikum

Mac 14, 2009

Berikut adalah nota yang ana sediakan untuk subjek Metodologi Pentafsiran al-Quran yang diajar di Diploma Pasca Siswazah UMS yang tidak sempat diedit untuk dimanfaatkan


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.