Bab 5: Tafsir Bi al-Ra’y al-Mahmud

Bab 5 Tafsir al-Quran bi Al-Ray al-Mahmud

Tafsir al-Quran bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Tafsir ini juga dinamakan dengan tafsir al-Aql atau tafsir al-Nazari(تفسير العقلى/ النظري

Tafsir bi al-Ray terbahagi kepada dua:

(a)Tafsir bi al-Ray al-Mahmud

Definisi: Tafsir yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab,kaedah perundangan dan asas-asas agama termasuk ilmu usul fiqh, ilmu hadith dan sebagainya. Ia juga tidak bertentangan dengan sumber yang sahih, akal yang sejahtera, ilmu yang pasti dan berusaha keras untuk mencari kebenaran, membersihkan diri daripada hawa nafsu  serta mengingati Allah terhadap apa yang diperkatakan.

 

b) Tafsir bi al-Ray al-Mazmum

Pentafsiran yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak berkelayakan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dengan menyokong mazhab yang sesat. Tafsir jenis ini berdasarkan sumber yang palsu atau meragukan dan tidak mempunyai asas yang jelas.

Perbincangan berkaitan tafsir  ini akan dibincangkan dalam bab yang berikutnya.

 

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi

Para ulamak telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur sahaj. Sementara golongan lain pula berpendapat  harus mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang terdahulu  yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihab terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat diperolehi.

Hujah Golongan yang menentang

Pertama: Golongan yang menetang menggunakan argumentsi akal dalam menegakkan pendapatnya. Mereka berpendapat mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad beerti menyatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan dan ini tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam. Seseoranل mufassir yang mentafsir al-Quran dengan ijtihad tidak dapat menyakiniorang lain bahawa ijtihad itu benar.Mungkin ada mufassir yang hanya menyangka ijtihadnya betul menurut sangkaannya sahaja, sedangkan perkara ini tidak dibenarkan. Dalilnya :

Al-Isra’ : 36

Maksudnya : “ Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahunan tentangnya.”

Firman Allah:

Al-A’raf 33  

33.  Katakanlah: “Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.”

 

Kedua : Larangan mentafsirkan  al-Quran dengan pendapat dan  ijtihad adalah berdasarkan firman Allah SWt : al-Nahl : 44

Maksudnya : “ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang member peringatan , supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturnkan kepada mereka.”

Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah saw dan tidak kepada orang lain. Oleh itu hak untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran adalah terbatas kepada Baginda sahaja, manakala orang lain hanya berhak menyebarkan penerangan yang ternyata benar daripada rasulullah saw . Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah saw telah wafat sedangkan tidak semua ayat di dalam al-Quran telah dijelaskan oleh Rasululllah saw.

Ketiga: Golongan ini juga berdalilkan kepada hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ibn Abbas:

 

Maksudnya : “ Berwaspadalah bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya  dalam neraka dan sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri maka sediakanlah tempatnya dalam neraka.”

Dan sabda Rasulullah saw lagi:

Maksudnya : “ Sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul, sesungguhnya ia adalah salah.”

Larangan yang terdapat dalam hadith Rasulullah saw ini adalah kepada mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang musykil dan mutsyabihat dalam al-Quran. Pandangan yang dikemukakan adalah bersifat peribadi tanpa diasaskan kepada bukti yang kukuh , tetapi disandarka kepada zahir bahasa Arab.

Keempat : Menolak pentafsiran dengan ijtihad dan pendapat adalah berasaskan pendapat salaf al-Salih yang berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan fikiran sendiri. Antaranya ialah Abu Bakr al-Siddiq yang pernah menegaskan: “ Mana bumi untukku dan mana langit yang sanggup melindungiku sekiranya aku memperkatakan tentang kitab Allah perkara yang aku tidak ketahui. “

 

Begitu juga riwayat dari Sa’id bin al-Musayyab yang disampaikan oleh Yazid bin Abi Yazid mengatakan : “ Kami semua bertanya kepada Sa’id bin Musayyab tentang halal dan haram  kerana beliau adalah seorang yang lebih arif, tetapi apabila kami bertanyakan tentang tafsir ayat-ayat al-Quran , diapun mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengarnya . “Begitu juga  riwayat daripada Masruq mengatakan : “ Berhati-hatilah dengan tafsir, sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Allah. “

Hujah golongan yang mengharuskan tafsir dengan ijtihad dan pendapat 

Manakala golongan yang mengharuskan tafsir bi al- Ra’yi mengemukan beberapa  hujah akal dan juga dalil al-Quran dan al-Hadith untuk menegakkan pendapat mereka. Antaranya :

Pertama :

Al-Quran sendiri menyuruh umat manusia supaya mengkaji dan meneliti ayat-ayat Allah. Dalilnya :

 

Maksudnya : “ maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka  kunci penutup ( yang menghalang mereka daripada menerima ajaran al-Quran )

Pengkajian terhadap al-Quran tidak berlaku melainkan dengan penelitian yang berasaskan kepada pemahaman , kekuatan berfikir dan penggunaan ijtihad. Ini menujukkan bahawa al-Quran sendiri yang menyuruh supaya melakukan pentafsiran dengan ijtihad. Sekiranya pentafsiran al-Quran dengan ijtihad dan pendapat tidak diharuskan nescaya terhalanglah ijtihad , dengan demikian tergendalalah urusan ummah seluruhnya, seterusnya menafikan fungsi al-Quran sebagi penyuluh ummah.

Kedua a;

Wujudnya perselisihan pendapat dikalangan para sahabat dan tabi’in dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ini menunjukkan bahawa pendapat-pendapat tersebut adalah datangnya daripada mereka bukannya daripada Rasulullah saw . Oleh itu bagaimana para sahabat boleh bertindak sedemikian sekiranya ijtihad  dan mengeluarkan pendapat tidak dibenarkan oleh syara’? Ini sudah pasti menunjukkan bahawa ianya tidak dil;arang oleh syara’.

Ketiga:

Doa Nabi saw untuk ibn Abbas r.a

Maksudnya : “ Ya Allah ! Berilah kepadanya keluasan kefahaman dalam ilmu agama dan ajarlah ta’wil kepadanya.”

Daripada hadith ini dapat dibuat kesimpulan , Seandainya ta’wil atau tafsir itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja, tentulah tidak berfaedah dikhususkan ta’wil kepada ibn Abbas. Jadi yang dikehendaki dengan ta’wil di sini adalah tafsir menggunakan ijtihad.

 

Keempat :

Mereka juga berdasarkan kepada athar yang didapati daripada al-salaf yang menunjukkan ada keharusan dalam memberikan pendapat sendiri, berijtihad dan beramal dengannya. Contohnya Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya yang lain  : “ Adakah Rasulullah saw mengurniakan sesuatu secara khusus kepada kamu? “ Mereka menjawab : “ Tidak ada di sisi kami melainkan apa yang ada pada mushaf ini (al-Quran ) , juga kefahaman yang dikurniakan kepada seseorang di dalam kitabnya.” Kenyataan ini menggambarkan bahawa tafsiran dengan pendapat dan juga ijtihad diharuskan oleh agama.

 

Namun para mufassir yang menggunakan ijtihad haruslah berhati-hati dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki dalam mentafsirkan al-Quran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :

1-      Seseorang mufassir  hendaklah mencari makna al-Quran daripada al-Quran itu sendiri. Jika dia tidak menemuinya dalam al-Quran , hendaklah ia mencari dalam hadith dan jika tidak menemuinya juga haruslah mencari pendapat sahabat yang adil . Ini kerana para sahabt lebih mengetahui  tentang suasana turunnya sesuat ayat dan sebab penurunannya. Namun sebaik-baik method yang hendak digunakan dalam mentafsirkan al-Quran hendaklah berdasarkan penjelasan atau penafsiran daripada Nabi saw itu sendiri.

2-      Jika Mufassir tidak menemui makna  yang dimaksudkan dalam al-Quran , di dalam hadith atau daripada pendapat-pendapat sahabat, maka kita boleh menggunakan pedoman –pedoman yang telah diisyaratkan.

Pandangan yang rajih berkaitantafsir bi al-Ra’y al-Mahmud adalah harus dengan syarat bahkan menurut Dr. Solah al-Khalidi ianya menjadi wajib bagi mereka yang memiliki dan keperluan yang membantunya untuk memilih pandangan yang betul dan memiliki persediaan ilmu-ilmu untuk mentafsir al-Quran. (Ta’rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin hal.433)

 

Dr.Subhi Soleh berpendapat pengharaman wajar dilakukan sekiranya pentafsir itu tadi tegas  menyatakan bahawa inilah makna sebenar ayat yang dihuraikan sedangkan beliau gagal untuk membawa sebarang dalil yang sah bagi menyokong pendapatnya itu. Pengharaman juga wajar dibuat kalau ia dilakukan oleh seorang yang jahil dengan segala kaedah bahasa Arab dan usul-usul syarak atau juga disebabkan beliau cuba mencari sokongan dari ayat-ayat al-Quran terhadap kepentingan hawa nafsunya sendiri.

 

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y

syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

 

1. Memiliki sifat penting dan memiliki adab-adab bagi pentafsir

2. Memiliki ilmu-ilmu asas untuk memahami dan mentafsirkan al-Quran

3. Menjauhi kesalahan-kesalahan yang disebut oleh ulama semasa mentafsirkan al-Quran

4.Tidak menundukkan al-Quran kepada pemikiran

5. Menjauhi hawa nafsu semasa mentafsir al-Quran

6.Tafsiran tidak bertentangan  dengan ayat al-Quran yang lain

7.Tafsiran tidak bertentangan dengan hadith yang sohih

8.Tafsiran tidak bertentangan dengan penggunaan bahasa Arab yang fasih

9.Tidak terkesan dengan pemikiran dan pegangan yang menyeleweng dan sesat

10. Tidak mengatakan bahawa tafsiran yang diberikan oleh pentafsir sebagai maksud ayat atau maksud ayat yang sebenarnya sebaliknya mengatakan: Ini yang saya faham, ini yang ditunjukkan Allah kepada saya dan pandangan orang lain mungkin lebih baik[ Solah al-Khalidi hal.435-436]

 

 

Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ra’y  yang terkenal:

1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya  Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil

Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di Bandar al-Bayda’ yang terletak di Syiraz tetapi tarikh lahirnya tidak diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua bapa dan datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang waktu kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada tahun 685H semasa berusia 100 tahun.

Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila  Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali al-Anwar tentang akidah.

Tafsir al-Baydawi:

Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya “ Kashf al-Zunun An Asami al-Kutub wa al-Funun”

“ Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu dijelaskan lagi, beliau telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf berkaitan fleksi(I’rab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-Bayan, dari tafsir al-Kabir berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-Raghib(Jami’ al-Tafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsia…selain beliau mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri…”

Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang bilangan mencecah empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah dalam  Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut perkiraan Ismail al-Baghadadi dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang masyhur ialah:

(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti “ Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar”

(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)

(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)

(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)

(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H)

 

2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir

Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.

Tafsir al-Nasafi

Al-Nasafi menjelaskan  objektif penulisan tafsirnya:

“Saya telah diminta oleh pihak yang  berkuasa(sultan) menulis kitab yang sederhana berkaitan ta’wil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan tentang bentuk-bentuk fleksi(I’rab), dan qiraat,  mengandungi perbahasan tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan pandangan ahli sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.”

Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa  yang singkat seperti yang dinyatakan di muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.

 

Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah

(a)Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada tafsir ini dengan menggugurkan pandangan muktazilah

(b)Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau meninggal 25 tahun sebelum al-Nasafi

(c)Tafsir “al-Kashf wa al-Bayan’ karya Abu Ishaq al-Tha’labi

(d) Tafsir Syarh Ta’wilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.

Metodologi

Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat  Tujuh, dan membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam masalah fiqh pula  beliau mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan aqidah beliau mendukung pandangan ahli sunnah dan menolak pandangan aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut riwayat Israiliyyat dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.”

3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar

Biografi:

Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin ،Umar bin Hassan al-Ruba:t. Beliau merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada tahun 809H. Semasa berusia 12 tahun, beliau berpindah bersama keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: ،i: menadah ilmu dengan beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin ilmu Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu feqah, usul fiqh, nahu, balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula beliau menuntut ilmu dengan tokoh hadith Ibn  Hajar al-،Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-Dimashqi:. Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu seperti Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab. Selain menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: ،i: tidak  ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan. al-Biqa: ،i: meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.[

Tafsir

Al-Biqai menulis kitab tafsirnya yang dinamakan” Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy  wa Al-Suwwar.’ Tafsir ini memberi penekanan tentang hubungan dan perkaitan  antara ayat-ayat dalam satu surah dan perkaitan antara satu surah dengan surah yang lain. Perhubungan ini disebut sebagai ilmu munasabat iaitu sebagai bentuk-bentuk hubungkait diantara satu ayat dengan ayat al-Quran yang lain atau bentuk pertautan antara satu surah dengan surah yang lain.

Antara sumber tafsir beliau ialah  tafsir yang  ditulis oleh Abu al-Hasan, Ali bin Ahmad bin al-Hasan al-Tajibi al-Maghribi yang dinamakan ” Miftah al-Bab al-Muqaffal li Fahm al-Quran al-Munazzal dan tafsir Ibn Naqib.

Beliau telah menghabiskan masa selama14  tahun untuk menyelesaikan tafsirnya. Beliau menyebut diakhir tafsirnya:

” Aku selesai menulis muswaddah(draf awal) pada hari Selasa 7 Syaaban tahun 875H di masjidku di pintu Bab al-’Id di Kaherah dan permulaannya pada bulan Syaaban tahun 861H, maka genaplah 14 tahun.

Kemudian aku selesai menyalin semula pada Asar hari Ahad 10 Syaaban tahun 882H di rumahku yang terletak dalam kawasan Madrasah al-Badraiyyah di Damsyik menjadikan tempoh keseluruhannya 22 tahun.”

4. Imam al-Alusi dan tafsir Ruh al-Maani

Beliau ialah Syihab al-Din Mahmud Syukri al-Alusi al-Baghdadi. Al-Alusi adalah merujuk kepada pulau” A:lus” yang terletak di pertengahan Sungai Furat di antara Syam dan Iraq.

Al-Alusi dilahirkan di   perkampungan ‘Al-Khurh,’ Baghdad tahun 1217H dan meninggal di Baghdad pada 1270H ketika berusia 53 tahun. Beliau menuntut ilmu dengan ulama Baghad antaranya bapanya sendiri Syukri. Al-Alusi mula mengajar dan menulis ketika usianya 13 tahun. Sejak itu ramai yang menuntut dan beliau melahirkan ramai tokoh ulama. Pada tahun 1248 beliau menguruskan al-Madrasah al-Marjaniyyah dan sekolah ini tidak boleh diuruskan melainkan orang yang paling alim di Baghdad. Kemudian beliau menjadi mufti mazhab Hanafiyah di Iraq   selama 15 tahun sehingga tahun 1263H.

Selepas itu beliau memberikan tumpuannya untuk menyelesaikan penulisan tafsirkan al-Quran sehingga tahun 1267H. Selesai menulis tafsir, beliau menghadap Sultan Abdul Majid yang Khan, khalifah kerajaan Islam Uthmaniyyah di Istanbul dan menghadiahkan tafsirnya. Khalifah sangat kagum dengan hasil usahanya.

 

Selain tafsirnya al-Alusi juga menghasilkan beberapa karya seperti Syarh al-Sulam dalam ilmu mantiq, al-Ajwibah al-Iraqiyyah An al-Asilah al-Lahuriyyah, Durrah al-Ghawwas fi Awham al-Khawwas, akan tetapi tafsirnya yang paling terkenal.

 

Tafsir

Al-Alusi memulakan tafsirnya pada malam 16 Sya’ban tahun 1252H ketika beliau berusia 34 tahun dan menyelesaikannya pada tahun 1267H mengambil masa  15 tahun dan tiga tahun sebelum kewafatannya.

5.Tafsir al-Kabir

Imam Fakhr al-Din al-Razi dan metodologinya dalam pentafsiran

Biodata Al-Razi

Beliau ialah Muhammad bin Umar bin al-Husayn bin Ali al-Taymi terkenal dengan panggilan Ibn al-Khatib al-Rayy. Beliau dilahirkan di bandar al-Rayy yang kini meruapakan bandar lama yang terletak di Tenggara Tehran tahun 554H. Beliau dibesarkan oleh bapanya Diyauddin Umar dalam suasana ilmu sesuai dengan sahsiahnya seorang ulama besar di Rayy. Al-Razi dibesarkan dalam keadaan sederhana dan mengembara ke beberapa tempat dalam usaha  mencari ilmu dan menuntut ilmu dengan tokoh ulama zamannya sehingga beliau  muncul sebagai alim dalam bidang tafsir, aqidah, ilmu mantiq, bahasa , ilmu fiqh dan usul fiqh. Beliau juga mahir dalam memberi nasihat dalam dua bahasa iaitu Arab dan Parsi sehingga orang yang mendengarnya boleh menangis. Al-Razi meninggal dunia di Hirah pada hari Isnin , 1 syawal tahun 606H semasa berusia 63 tahun. Sepanjang hidupnya beliau telah menghasilkan lebih dari lapan puluh karya berupa buku dan risalah. Antara karya yang terkenal:

1.Tafsir al-Kabir

2. Al-Mahsul dalam bidang usul fiqh

3.Asas al-Taqdis dalam bidang ilmu kalam

4. Sharh Asmaullah al-Husna

5. I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin

6. Nihayah al-Ijaz fi Dirayah al-I’jaz

7. Manaqib Imam al-Syafie

 

Tafsir al-Kabir Satu pengenalan

Tafsir al-Razi mempunyai dua nama:

(a)Tafsir al-Kabir yang merupakan nama yang terkenal dikalangan ulama

(b) Mafatih al-Ghayb

Al-Razi memulakan penulisan tafsirnya menjelang usianya mencecah lima puluh tahun. Beliau telah mentafsirkan surah al-Fatihah dalam satu jilid yang besar tetapi catatan tidak menunjukkan kepada kita bilakah al-Razi tamat dari menulis tafsir surah al-Fatihah dan al-Baqarah. Beliau menghabiskan masa untuk menulis tafsirnya lebih dari sepuluh tahun dan menjadi kelaziman al-Razi mencatat tarikh akhir beliau mentafsir satu-satu surah. Namun waktu beliau mentafsirkan surah-surah tersebut tidak mengikut susunan mushaf.

Sebagai contoh beliau mengakhiri penulisan tafsir surah Ali Imran pada 1 Rabiul akhir tahun 595H, surah al-Ahqaf pada 20 Zulhijjah tahun 603H dan ini merupakan tarikh terakhir yang ditulis dalam tafsirnya.  Beliau selesai  mentafsir surah al-Anfal pda bulan Ramadan tahun 601H, surah al-Tawbah dan Yunus pada permulaan Rejab tahun 601H lebih awal dari surah al-Anfal sedangkan dari segi susunan mushaf surah al-Anfal adalah lebih awal dari surah al-Tawbah dan surah Yunus. Beliau juga menghabiskan tafsir surah al-Ra’d selama satu hari iaitu pada 8 Syaaban 601H.

Berhubung tafsir ini, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa al-Razi tidak menyelesaikan penulisan tafsirnya sebaliknya disempurnakan oleh dua muridnya: Syams al-Din Ahmad bin Khalil al-Khui dan Najmuddin Ahmad bin Muhammad bin al-Hazm al-Makhzum. Antara sarjana yang berpegang dengan pendapat ini ialah Dr.Muhammad Husyain Al-Dhahabi dalam karyanya al-Tafsir wa al-Mufassirun , Muhammad al-fadil bin Asyur dalam hasil garapannya “ al-Tafsir wa Rijaluh” dan Dr. Ali Muhammad Hasan al-Imadi dalam karyanyaberjudul” al-Imam  Fakh al-Din al-Razi: Hayatuhu wa Atahruh”

Pendapat ini ditolak Dr.Muhsin Abdul Hamid dalam karyanya al-Razi Mufassiran dan Dr.Solah al-Khalidi dalam kajiannya berjudul: “ Adakah Imam al-Razi menyelesaikan tafsirnya  Mafatih al-Gyahb”. Pandangan yang kuat ialah al-Razi mentafsirkan seluruh al-Quran.

 

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: